Mira Yang Kuat.

Thursday, January 17, 2013

Hari ni aku teragak2 nak pegi keje, disebabkan panas badan Mira yang sekejap kebah sekejap tidak. Tapi,mengenangkan keje di opis berlambak giler! maka kene settlekan jugak ler dan Mira plak bertegas nak pegi sekolah...nak pegi sekolah...maka, aku ikutkan ajer. Dari ari Selasa ari tu, dia kurang aktif...tak macam selalu. Tapi, mulut tetap maintain becok hahaha~



Dua tiga malam ni, dia tido agak awal, macam semalam. Biasanya, kalu ajak pi Tesco belakang umah tu, confirm dia lompat2 suker tapi malam tadi, dia balas dengan....menguap! Alahai...penat ghupernyer anak den ni huhu. Tapi, kene pi jugak pasai nak beli pembalut buku Wani, cikgu suruh balut buku, katanya. Balik umah terus 'booom!' atas tilam..mintak susu..dan terus lelap. Kesian Mira sayanggggg......

Pagi ni, tengah siap2kan dia aku tanya, "Adik ok ker? Tak mo pegi sekolah la ari ni, nak?"

Dengan muker manjanyer, "Taknak..Adik nak gi sekola..."

Masa dalam kete tadi, aku rasa kat dahi dia..tak panas sangat dah...so, aku bawak Wani & Mira gi bekpes dulu kat warung Pak Ayob. Aku order mihun goreng, dan milo untuk Wani. Mira taknak makan mulanya, tapi biler aku nak 'ngap' mihun tu..dia cakap, "Buuuu....nak tu" *sambil tunjuk mihun goreng aku*

Aku pun haper lagi, suap la dia makan..budak2 ni kalu sihat selera makan pun baik. Tu tandanya Mira dah nak sihat la tu hehehe. Sedap pulak mihun goreng tu gamaknyer, habis separuh pinggan kat dia, walaupun ader pedas cikittttttttt~ (^_^)

Dah siap makan, "Bu..adik dah kuat bu..adik makan mihun ni adik rasa kuat dah bu". Hehehehe lega hati ibu dengar Mira dah rasa sihat skit. Baru la ibu boleh buat keje dengan senang hati.

Dari dalam kete sampaila kat depan sekolah, aku ingatkan pada Mira jangan lupa minum air masak dalam botol air Barbie dia tu...minum banyak2 biar panas kuar dari badan. Biar kencing banyak kali pun kat sekolah, mesti minum air masak supaya tak panas badan. Dan Wani, aku pesan tolong jaga adik baik2 kat sekolah dan di nurseri...i know i can rely on her.

To both of My Precious Pearls...ibu ayah sayang korang ketat sehingga ke liang lahad!~

You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM