Peti Harta Karun.

Monday, January 28, 2013

*Sigh* redho je la blog aku masih tkleh bukak lagi. Macam 'nyesal' plak tukar domain ni huhu. Dah 3/4 hari dah cenggini. Sedih tau takleh nak bukak ari2. Orang lain bahagia jer boleh update dan blogwalking. Aku.....? Hurmmmm...hari ini Wani beransur pulih sedikit demi sedikit. Selera makan pun bertambah baik cuma aku masih pantau pemakanan dia agar perut dia tak meragam lagi. 

Tengahari semalam aku masakkan dia lauk kegemarannya sup su'un tapi aku campurkan dengan cendawan skit(dia tak tahu). Budak2 ni kalu kiter cakap ada sayur atau barang yang pelik2 dalam lauk konpem dia takkan makan. Sampai bergaduh2 nak suruh dia telan. Pernah jugak aku try secara psikologi. Contohnya, aku katakan bagus makan carrot tu, baik untuk mata nanti mata cantik dan bersinar. Haaaa, barulah dia bukak mulut makan..itu pun dengan muka 'ketat' hehehehe. Pastu aku gorengkan telur garing2.

Seronok tengok budak makan apa yang kiter masak. Dan biler aku tanya, "sedap tak ibu masak?", diaorg jawab, "sedapppppp....", dengan muker tersengih. Aahhhhhhh....puas, gembira, terharu dan sedikit 'kembang' aku rasa hahahaha.

Selesai dua beradik ni makan nasi, its time for medication untuk Wani. Pas tu terus dia 'pengsan'...ngantuk katanya. Malam tadi, dia tanya naper tiap kali lepas makan ubat kakak rasa ngantuk. So, doktor anim pun terangkan la. (tak tahula betul ke dak, tapi i tried to use my logic hehe) Aku katakan, "sebabnya biler badan kiter dalam keadaan rehat dan tak bergerak maka senangla ubat tu nak 'pergi' kat tempat yang sakit tu dan ilangkan sakit tu. Kalu kakak melompat, berlari dan banyak bergerak, camner badan kakak nak sihat." Dan dia, "oohhhh.....", aku rasa dia faham kot ngan jawapan aku tu hehehe.

Pastu petang semalam, Mira ternampak mini 'peti harta karun' atas meja. Dia tanya sapa punyer 'peti' tu. Memang aku nak bagi diaorg 'peti' tu buat mainan. 



Tetiba aku dapat satu idea dan memey diaorg pun suker ngan idea tu sampai aku yang kene 'makan' balik hehehe. Aku suggest diaorg jadikan 'peti' tu tabung since diaorg suker tengok dari kartun upin ipin pasai 'Dapat & Simpan' .Tapi, dari maner diaorg nak dapatkan duit tabungan mereka sendiri? So, aku pun gunakan konsep yg sama macam dalam kartun tu...latih mereka buat keje umah dan beri upah. Takkan nak suruh diaorg jual eskrem tepi jalan kot..kang JKM 'terjah' aku plak hehe.

Diaorg ni kalu dengar pasai buat keje dapat upah, terus melompat bangun buat keje! hehehe. So, aku suruh diaorg kemas umah tapi opkos buat yang ringan2 dulu la macam angkat bantal letak dalam bilik, letak botol susu di dapur, susun beg sekolah dan susun barang mainan sendiri. 

Dah siap kemas dan aku pun puas hati dengan 'hasil keje' mereka maka its PAY TIME!weeeeeeeee....:D

Amboiii bukan main sengih lagi diaorg dapat duit syiling ngan duit kertas. Duit syiling sajer tak mo, nak duit kertas sekali. DEMAND wokeh! Tapi, it's ok..it's their 1st time and they did a very good job. Kiter kene puji hasil keje mereka so that next time mereka 'ringan tulang' nak bantu kiter tul tak? Pasal upah tu, takat dapat singgit tu pun dah kire ok bagi diaorg. Lagipun, padahal....anak sendiri kan. Plus, diaorg tak reti nak kire duit beso lagi so, aku masih still 'selamat' lagi la sekarang ni hahahaha. 

You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. wahh ok dah nuffnang boleh keluar.. hehe tahniah :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM