'Rakan' FB Ugut Siar Gambar Bogel Guru.

Wednesday, January 09, 2013

Bakpe la 'cerdik' sangat dia ni yer, gi bagi gambar bogel ke orang yang tak dikenali. Haddoowww! Ni nak panggil bodo ke cerdik? Apela bagus sangat si mamat 'rakan' FB dia tu sampai cikgu ni sesenang jer tunjuk video tayang body....adeehhhh~fenin fenin.

artikel mstar.com.my

Tak guna aku nak membebel pasal peranan guru dan integriti seorang guru, yang tu empunya badan pun tentu dah sedia maklum kan. Tentang tugas dan tanggungjawab dia sebagai pendidik dan perhatian orang sekeliling terhadap dirinya. Ramai yang belajar tinggi2 sampai 'bertingkat2' hehehe, aku cuma sampai 'tingkat 6' jer tu pun dah rasa 'gayat' biler 'pandang bawah' *aper aku merepek meraban ni, korang paham?hehe*

Mak dan abah selalu pesan kat aku, jangan sewenangnya mempercayai orang asing yang belum kiter kenali. Apatah lagi ni nak tayang body depan dia...giler haper??Berhati2lah memilih kawan dan kenali lah lawan. Jangan main hadap jer! Asal romantik...boleh ajer! Asal berduit..boleh ajer! Asal caring..boleh ajer!

Macam yang aku cakap dulu, manusia cerdik tapi akhlak punah. Tapi, BUKAN SEMUA! Sekarang dah kene ugut dengan 'kawan' tu, tak ke haru hidup tu?? Dah kene ugut, kene plak tindakan tata tertib kerana menyalahgunakan komputer milik kerajaan buat 'free show' untuk si mamat tu huhu. Cerdik noooooo......

P/S: Jangan kerana sayang, maruah melayang...

You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM