Kenapa Kena UBAH?

Sunday, April 28, 2013

Assalamualaikum!~

Di waktu hujan lebat sebegini, hawa dingin yang menusuk ke tulang tidak dapat memadamkan bara kekecewaan terhadap sekelompok pemikir yang hanya bersandarkan kejahilan. 

Rasa sesal menggunung dalam hati, pabila mereka yang terpimpin nyata 'bengkok' hati untuk menyelam keindahan agama Ilahi pelindung umat sekelian alam.



sumber: fb

Bermuhasabahlah wahai dikau selalu, 
jangan terpedaya kenikmatan dunia yang penuh daya tipu. 
Mereka yang menasihati bukannya seteru, 
tapi dipilih Allah menegur untuk kebaikan dirimu.




sumber: fb

Jauh sekali hendak mencari aib diri, tetapi ini sekadar pandangan peribadi Kenit yang serba tidak sempurna ini. Sebagai umat Islam, ilmu berkaitan rezeki kita HANYA Allah s.w.t yang tentukan memang sudah semua maklum. It's basic.....really basic.

Hatta parti kanan atau parti kiri yang bakal memerintah negara ini, rezeki kita TETAP Allah yang tentukan. Tiada seorang manusia pun yang boleh menentukan banyak sedikit rezeki kita.  

Maka, UBAHLAH cara pemikiranmu agar tidak tergelincir dari kebenaran yang satu.

Maha benar firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
(Surah Saba' : ayat 24)


P/S: Mahukah kita berada dalam kesesatan dan jauh dari rahmat Allah? Nauzubillahiminzalik!

You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. wah..ayat ustaz Don dan FT memang kelas.. :) betul tu..itu semua dunia ja..hiburan ja lebih..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM