Mak Yam Kembali Ke Rahmatullah.

Tuesday, December 24, 2013


Assalamualaikum!~

Sangat terkejut dan terkilan kenit mendengar perkhabaran yang baru saja kenit baca di laman sosial. Allah lebih sayangkan Mak Yam ....INNALILLAHI WAINNA ILAIHIROJI'UN.

Mariam Bt Yahya atau lebih mesra dengan panggilan Mak Yam mendapat simpati masyarakat apabila berita beliau disamun dan dicederakan penyamun tidak berperikemanusiaan mendapat liputan meluas. 




Mak Cik Yam seorang wanita yang bisu parah, dipercayai dipukul penjenayah dalam kejadian jam 2.00 pagi, 17 Disember lalu, telah cedera di bahagian muka dan beberapa anggota badan. Jiran-jirannya mendakwa, Allahyarham turut dipukul dengan objek keras oleh suspek yang datang ke rumahnya dan dipercayai mangsa pengsan sebelum sedar dan pergi meminta bantuan {SINI}.

Dari apa yang kenit baca di {SINI}, Allahyarham Mak Yam hanya berupaya menggunakan lengannya sebagai perisai ketika diserang penyamun kejam itu! Allahurobbi .... T___T

Dan, dari apa yang kenit tahu, sehingga kini penjenayah terbabit masih bergerak bebas di luar sana! 

Semoga Allahyarham Mak Yam ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Dan, semoga beliau beroleh mati syahid .. aaminnn yarabbal 'alamin.

P/S:  T___T


You Might Also Like

15 pengomen comel

  1. salam takziah dan al-fatihah buat arwah mak yam... :(

    ReplyDelete
  2. allahuakbar, siapalah yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan itu...
    innalillah....semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.. amin... al fatihah

    ReplyDelete
  3. Ya Allah sedihnya baca kenit.. Al Fatihah buat Mak Yam.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    ReplyDelete
  4. sedih nye ..baru sye tahu pasal nie..
    sape la yg jahat sgt sampai buat macam tu kan...
    semoga roh mak yam tenang dekat sana...amin..

    ReplyDelete
  5. innalillah...alfatehah...moga ALLAHYARHAM tenang n damai di sisi-Nya.

    ReplyDelete
  6. semoga rohnya dicucuri ALLAH dan semoga ALLAH memberi pengajaran kepada penjenayah itu .

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah untuk arwah mak yam..semoga dia ditempatkan dikalangan orang y solehah..
    semoga penyamun mendapat hidayah

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. Aamiin.
    Semoga dipermudahkan pihak berkuasa utk memberkas penjenayah durjana itu.. aamiin...

    ReplyDelete
  9. kesiannya dia. mcm ni la Malaysia sekarang kan.

    ReplyDelete
  10. sedih baca berita ni kak
    sebak...kejam sungguh org yg desperate wang tu
    moga pesalah berjaya ditangkap 1 hari nnnti
    al fatihah..moga arwah ditempatkan bersama2 org beriman
    isi tabung nuffnang sini-inti

    ReplyDelete
  11. al fatihah....tu la kata malaysia aman konon. aman pa mcm ni. memang la tadak perang sana sini.tp rakyat takut mcm ni la. kata. malaysia masih aman. renung2 la pak najib ooi.

    ReplyDelete
  12. al fatihah. ni la malaysia skrang. rakyat susah akan buat pa saja. kata malaysia AMAN dari negara le.mmang l;a tadak parang sana sini.tp mcm ni la. aman lg ka. mcm mn pak najip ooi.

    ReplyDelete
  13. hmm... moga masyarakat lebih terbuka dan pemimpin kita terbuka hati nak buat hudud...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM