Thursday, December 05, 2013

# Bila Balik Kampung

Rewards!


Assalamualaikum!~

Lameeeee dah diaorg mintak yang baru. Tapi, ibu buat dekkkkk je, kalu ikutkan hati malas nak layan permintaan tu. Tapi, memang nak jadi rezeki sungguh kot, dalam kita kata 'tak boleh' tu ade je sebab dan musabab yang 'membolehkan' diaorg dapat yang baru hehe.



Zip beg kakak ni rosak betul2 one day before school holiday. Justttttt nice! haha. So, makin kuat la 'alasan' diaorg nak yang baru. Pak Jelan pulak gi cakap 'ok la ok la nanti ayah belikan'. Haaa ape lagi, tunaikanlah janji hehe.

Pertama, yang tak boleh blahnya diaorg mintak beg sekolah BERODA. Beroda ok! pesen yang tarik-tarik macam troli tu. Amboiiiii kemain dia! Keduanya, mencari beg beroda sampai ke Melaka! Punyerla bapak besar KL ni, bersepah kedai beg sana sini tapi ke Melaka jugak yang dicari. 

So, last week kitaorg balik kampung dan dah plan nak gi Aeon Melaka. Misinya nak mencari beg sekolah beroda untuk kakak adik. Sambil tu jalan-jalan 'cuci mata' hehe. 


ramai orang nokkk!
Dora The Explorer!

Mickey Mouse. Beg beroda RM99.90!

Amboiiii rambang mata nengok pelbagai jenis beg sekolah berwarna warni dan menarik di sini! Ni bukan budak2 je yang suka, mak budak pun boleh 'terjebak' nak beg sekolah camni! hahaha. Serius, memang lawa-lawa beg kat sini. Tapi, harga dia ..... masyaAllah ...... ana pun boleh jadi 'sessaakkk' daaaa! muehehe.


Princesses ... ni yang diaorg dok berangan nak ni.

Winnie The Pooh

Barbie

Takat Dora & Mickey Mouse tu bebudak ni tak pandang dah. Yang diaorg berahi .. tu .. beg beroda Barbie. Perghhhh! taste korang boleh bikin gugur semua gigi ibu tau! Bila tengok harga dia ... masyaAllah .... RM129.90!!! Apekejadahnya mahal bebenor beg sekolah budak .... TADIKA je kottt! Ghupernya, bukan sebab beg tu beg tadika, tapi sebab BRANDING

Pastu kitaorg pusing ke bahagian sebelahnya, tetiba ada nampak beg beroda dalam rak besi berjaring tu. DISKAUN 50%!! Tengok harga asal RM89.90, after less RM44.95. Apo layi ... den 'rembat' la satu. Tapi, beg tu kecil stendet tadika, so adik la yang dapat beg dulu malam tu hehehe.


Misi berjaya .... tuk adik je la.

dah takda rupa bujur sirih dah mukerku, rupa labu sirih ade la!

Beg adik dah dapat. Misi nak cari beg kakak pulak. Hadoiiii, mencari beg sekolah macam nak cari baju gamaknya! Tema nak Barbie, kaler mesti pink dan paling penting BERODA! Hadoiii anak ......


Ini kedai ada murah juga!

Esoknya, kami try pi cari kat bandar. Atok kata pi cari kat Bukit Cina, tapi akhirnya 'tersesat' ke Little India hehehe. Kuar balik ikut Jalan Munshi Abdullah, amik trafik light kedua, jumpa la kedai beg ni kat sebelah kiri. 

Beg-beg karakter Disney dan berharga RM89++ ada diskaun 20%. Bila kakak jumpa beg Barbie terus dia berkenan. Apa lagi, kenit pun terus berkenan nak bayar! hahaha. RM67 ja!

Suker nau anak aku dapat beg
sampai terkatup-katup mata dia hehehe

Alhamdulillah! misi mencari beg sekolah bebudak selesai! Akhirnyaaaaaa .....! Masing-masing senyum sumbing dapat beg, ibu ayah dapat apa? dapat lapar la hehee. Dah jom! jom balik umah!

Balik umah kengkonon nak tolong la Wan apa yang patut kan, tetiba Wan kata "Bagi Lan makan, mak dah masak dah tu lauk atas meja". Amboii mak, pelawa Lan je ke? Anim mak tak ajak ponnnnn! Tapi tak guna merajuk pun, baik aku tebalkan kulit muka dan senduk nasi tuk diri sendiri sekali muehehehe.



asam pedas orang Melaka weh!

Wan masak asam pedas memang tak pernah mengecewakan! Eh wajiblah puji masakan mak sendiri kann! Dah memang sedap mestilah kata sedap heeeee :D. Kali ni mak campur ikan parang ngan ikan kokot (orang KL panggil ikan jenahak) hahaha.






Alhamdullah ... sekali lagi! hahaha. Anak-anak dapat rewards, ibu ayah pun dapat 'rewards' mihmihmih. Penat weh berjalan cari beg sekolah. Jenuh la nak melayan anak2 dara ibu ni hehe. Mujur perut kenyang doh!

Dua-dua pun nak beg Barbie. Nah! pulun la puas2 beg sekolah tu tahun dopan!


My Precious Pearls. Love you bebehs!

17 comments:

  1. Hihihi, comel je mereka ni. Saya dulu pon suka sangat beg barbie. :D

    ReplyDelete
  2. Salam perknalan sis. Wahh smpi melaka beli bag sek utk anak akk. sy pon org mlka. n newbie dlm blog. jemput la jenguk2 blog sy yg xbrp nk kretif ni ye. btw asam pedas melaka mmg terbaik. :)

    ReplyDelete
  3. anak buah pun mintak beg beroda princess pink...asam pedas melaka memang terbaik...nak2 yg dekat sekolah henry gurney tu...

    ReplyDelete
  4. shopping sakan ye kak.. moral anak2 nak ke sekolah mesti bersemangat bila dpt beg baru...

    ReplyDelete
  5. amboih ! kemain lagi beg tarik , haha , buat modal tarik beg bila dh penat galas . perghhh ! Beg budak tadika lagi superb mahal drpd bdk menengah . mihmihmihhh ..

    ReplyDelete
  6. wahh budak² zaman sekarang makin demand..hihi..nasib la ibu die ni melayan kan kak..comel beg die..pink lagi tu..wahh..kerang tu sangat menggoda..lama tak makan cicah sambal air asam tu.

    ReplyDelete
  7. jauhnya cari sampai ke melaka..

    ReplyDelete
  8. semangat bergambor dengan beg sekolah..cantek betul beg tu..citarasa budak2..layan..

    ReplyDelete
  9. hihi.. zaman kecik2 memng smua nak pink kan..

    ReplyDelete
  10. hai kenit..
    ermm tulah kan..tak di turut tak sampai hati cian..itulah naluri hati seorang ibu :)

    ReplyDelete
  11. Wahh.. beg baru dgn semangat yg baru.. semoga terus sukses.. :)

    ReplyDelete
  12. haaa...tu dia. tu baru dua tu. kalo dah tiga pat lima tak ke kene amik cuti seminggu sbb nak cari beg.? hahha...

    ReplyDelete
  13. kat kedai kg. Jawa ada beg yang murah kot, akak belum beli lagi untuk anak, my girl nak beg barbie....oh pin k kaler.....

    ReplyDelete

Apa kata korang?