Tuesday, December 10, 2013

# Story Kenit

Semangat Nak Berjimat!


Assalamualaikum!~

Lama dah usha kedai baru ni. Tengok orang bukan main ramai lagi yang menyinggah. Laku bebenor macam restoran! So, malam tu kenit ajak Pak Jelan datang sini. Nak try jugak benda alah ni, best ker tak best hehehe.

Sebelum pergi, sempat jugak tanya kat Pak Jelan tau ke dia nak menggunakan mesin tu. "Alaaaa, senang je kat situ kan ada arahan ikut je la!". "Boleh guna duit kertas tak? syiling tak cukup ni?". "Ala bolehhhhh .... ade tempat masuk duit kertas sekali la tu". Fuh! selamatttttt ..... suamiku heroku! ahakssss!


stok seminggu! mihmih~

Sebelum tu kita kasi packing segala baju kotor stok seminggu yang lepas muahaha. Malas?? bukan .... tapi sebab kepingin sangat nak mencuba basuh baju di kedai ekekeke. Haruslah kumpulkan banyak-banyak baru sedap membasuh!

Self-Laundry Clean Pro terletak di Desa Pandan baru memulakan operasinya sekitar bulan lepas (kot?) Punyer la laku macam pisang goreng panas! Paling ramai lepas waktu Isyak, memang time tu rasa macam kat funfair dah! hehehe.


Masuk-masuk kedai, letak bakul berdiri sat depan mesin pastu termenung laki bini hahaha. "Eh, tau ke camner nak guna ni?". "Entah abg pun tak berapa nak tau ni". T____T. Tadi kat umah kemain lagi dia confirm tau camner nak gunakan mesin tu kan! alih-alih sampai kedai blur terus! Ko pandang aku, aku pandang ko pastu angkat kening masing-masing muahahaha :p.

Bila ternampak mesin duit ni, sahla yang aku memang kena guna syiling! tadi orang tu (jeling tajam ke Pak Jelan) kemain lagi kata boleh masuk duit kertas kan! grrrrrrr. Ingat ni mesin token LRT ke aper?? grrrrrrrr. Dahla orang ramai masa tu, kat tangan penuh ngan duit kertas, sekali sorang makcik tu tegur, "nak tukar duit kat mesin tu pun boleh". *baiklah makcik, terima kasih makcik jasamu dikenang* muahahaha. Tersenyum malu aku disitu.

Dua asokar kecik pun nak menerai jugakkkkk

Sekali sepuluh hengget aku tukar! yang kuar semua duit syiling lima posen yang baru punyer. Oohhh ghupernye, mesin tu boleh terima duit lima posen jeeee! Dua asokar kecik dah standby depan mesin nak masukkan duit. Kengkadang aku tengok anak2 aku ni jakun pun ye gak hehehe. Tapi, malam tu ibu ayah pulak yang terlebih jakunnya hahaha. First time la katakannnnnnn....!

Masing-masing dah pegang duit syiling, yang Mira terkedek-kedek masukkan duit. Pak Jelan pulak dah tak sabar dah nak bereksperimen ni! "Mai la sini ayah masukkan!". Terkebil-kebil la budak tu bagi balik syiling ke ayahnya hehehehe.



Ceritanya, punyerla senang nak guna mesin self-laundry ni hehe. Tapi disebabkan kami ni first-timer, memang tergagap-gagap la buat kerja kat situ hehe. Takpe, yang penting kita kontrol cun! (^_^). Mesin yang bawah tuk membasuh, sekali masuk RM6. Pastu boleh pilih nak basuh ngan air sejuk, suam atau panas dan akan dikenakan caj RM1.


Nampak macam tak banyak mesin-mesin ni kan? mungkin kena tambah lagi masa hadapan kihkih. Yang di bawah tuk membasuh macam aku cakap tadi la. Ada mesin tuk 9kg, 14kg dan paling besar 25kg. Mesin-mesin yang di atas adalah pengering. Sekali masuk hanya RM4 dikenakan dan korang boleh pilih nak set temperature suam atau paling panas. Biasa aku pilih paling panas, kasi mati itu kuman! mihmih.



Aku cakap orang ramai, korang tak percaya kan? ha! ini buktinya (di atas). Sempat lagi aku bajet diskus ngan Pak Jelan sok sok dah pencen kita bukak self-laundry camni je nak? senang banyak kalau camni, tau-tau duit dah siap tersusun dalam peti besiku! hahaha. Pastu, sebelah kedai laundry ni kita bukak kedai makan pulak kan. Sambil basuh baju sambil pekena kopi secawan ka, maggi semangkuk ka, burger bako bertingkek-tingkek ka kihkihkih~

Drama sebabak.....


Drama dua babak.....

Drama akhir babak ... Mira gaduh ngan ibu hehe.

hek elehhhh!

Dah nama pun self-laundry, makanya jangan sesekali kita tinggalkan kain baju kita dalam mesin pengering terlampau lama. Orang lain pun nak guna jugak. Takda masa nak nunggu kita balik dan alihkan sendiri. Diaorg nanti yang tolong kuarkan kain baju korang dan letak camtu je atas meja. Kan ke malu cenggitu?? Pandai-pandai la bajet masa korang kalau nak gi makan atau minum atau singgah ke tempat lain. Nanti orang lain yang pegang kain baju, baju dalam, seluar dalam, kain dalam korang ..... maluuuuuu!


Tengok Pak Jelan dah semakin terer dengan mesin basuh tu, so aku bagi chance la kat dia kasi amik baju-baju yang dah siap kering tu hehehehe. Orang lelaki buat kerja kan pantassssss!

Ha! kan pantas suamiku? hahaha

Aku dah semakin suka guna mesin ni. Yang penting kain baju aku kering sekeringnya tak perlu dijemur lagi! Sangat sesuai time-time musim hujan ni. Apatah lagi boleh jimat sikit-sikit, kan tahun depan tarif letrik nak naik kan? hehe

Semakin bersemangat! (^_^)


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Nak melipat ni yang takda semangat ni!
:p

Ada tak mesin melipat kain sendiri? :p

21 comments:

  1. wah seronoknya da mesin mcm nie..save bajet letrik kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahana gak la. Kalau bujang lagi senang, kumpulkan baju cukup seminggu antar sini je hehehe :D

      Delete
    2. Entri yang menarik ! Nanti lepas ni nak try jugak !
      Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

      Delete
  2. bab basuh rajin lagi.. bab nk melipat mmg mslh.. hee

    ReplyDelete
  3. kat area rumah saya pun ada..nak try basuh toto plak la.. ptg ni nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la kak ziela, kenit dah try basuh karpet malam kelmarin ....wangiiiiii heehehe:D

      Delete
  4. canggihnya.. haha.
    ramai plak tu pergi mencuci..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah dah macam gotong royong kamung pulak dah hahaha :D

      Delete
  5. kalau ada mesin lipat kain.. fiza dah beli.. hehe... bab melipat baju paling malas..

    ReplyDelete
  6. ramai ye y menunggu..memang berbaloi bukak kedai dobi camni..

    ReplyDelete
  7. wah..dah senang la ada mesin macam nie..

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah selesai basuh baju ^_^

    ReplyDelete
  9. kat area rumah farah pun baru buka kenit, tak cuba lagi...he he he...masih membasuh di rumah....

    ReplyDelete
  10. wahhh nak kne try ni. heheheh cm meriah je :p

    ReplyDelete
  11. Wahh sungguh laris laundry tu.. meriah.. :D

    ReplyDelete
  12. Kat area rumah farah pun kenit,, tapi tak pernah p cuba lagi.. nnti boleh try jugak..tengok mcm best jer =D

    ReplyDelete
  13. kat depan office akak pun ada kedai dobi...senang baitu...hihi

    ReplyDelete
  14. alangkah indah kalau kat Kepong pun ada macam ni....kan?

    ReplyDelete

Apa kata korang?