Thursday, April 17, 2014

# Gajet # Menang Kontes

Semalam Di Majlis Penyampaian Hadiah Yeos80DaysDrinkToCashContest.


Assalamualaikum!

Semalam yang indah ....

Ecececeh! dah menang indah la ye dak, cuba kalau tak menang ekekeke.

Rutin semalam macam biasa, pagi hantar anak-anak gi sekolah. Anak tanya kenapa ibu pakai lawa sangat.

Eh mana ada ... ni baju keje ni. Lagipun ibu ada keje luar sikit arini hehe.

Dah hantar anak, kami terus patah balik ke KL ikut hiway. Takut sesat hehe. 




Seawal pukul 8.30 pagi kami dah 'menapak' kat Plaza Low Yatt, tapi boring punya pasal dan tak mo la nampak cam jakun over-excited kan so kami sempat jugak la 'tawaf' Bukit Bintang tu 3 kali muahahaha! Pastu pukul 9.30 pagi baru kami masuk parking kat Low Yatt Plaza.

Seminggu sebelum majlis ni, wakil Yeo's ada menghubungi aku bagitau yang aku menang iPad melalui peraduan #Yeos80DaysDrinkToCashContest di #WeChat. Sebelum tu, senarai nama memang dah kuar kat fanpage Yeo's, tinggal lagi nak tunggu diaorg call je.


Sementara nak tunggu yang lain datang, sempat juga la berselfie ni ha hehehe. Tetiba feeling 'membara-bara' semalam hehe.



Romantika?? Auuwww! ekekeke. Tak kuaso den do! Dopan orang ni!



Ginila rupanya 'pentas' penyampaian hadiah semalam. Oh ye, majlis penyampaian hadiah Yeo's ini diadakan di Espresso Lab, Ground Floor, Plaza Low Yatt

Walaupun sempit dan orang ramai, tapi masing-masing tenang je cool je, sebab mood nak amik hadiah dan bergambar lebih menebal dari nak mikior tempat sempit ke dak.

Asal boleh cilok-cilok amik gambo dah hehe.


Emcee of the day!

CEO Yeo's, Mr Vincent Chui ketika memberikan ucapan.

Tanpa membuang masa, acara penyampaian hadiah diteruskan didahului dengan pengumuman pemenang bagi pemenang RM10000!! WOWWW!!! 

Botuah botul brader tu! (^_^)




Tak dapat dipastikan berapa kali brader ni hantar penyertaan, tapi rezeki dia sungguh la boleh menang RM10000!! 

Tahniah brader, ramai orang jeles ngan brader ni hehehe.

Lepas tu, pengumuman untuk pemenang RM3000 pulak. Ramai yang menang, memang senyum sokmo masing-masing menghadap kamera hehehe.




Kat atas ni, gambo adik beradik yang menang RM3000! Dua orang dah RM6000! haha masyukkkkk! Budak kecik pun boleh masuk kontes Yeo's dan menang! Korang taknak ke??

Dah habis kategori RM3000, kini tiba masa pengumuman bagi pemenang iPad pulak. Ramai nau yang menang iPad, aku amik gambo sikit je la mana yang mampu hehe.


Wowweeeeee!(^_^)

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat untuk memiliki produk Apple ni. Nak beli tak mampu la dik non! Kalau mampu pun, mau aku mikior 10 kali sebelum membeli hehe.

Lepas tu bergambo ramai-ramai pulak .....


Pemenang RM10,000 & RM3000

Pemenang iPad

Semuaaaaaaaaa yang menang! (^_^)

Dah habis ceremony, jom kita makan! Lapo weh, pagi sebelum majlis tu aku telan dua biji kuih je. 

Nervous punya pasal!! 



Hari tu, Yeo's belanja makan untuk semua pemenang dan wakil media. Makan je la apa yang ada di situ. Air yeo's dalam peti sejuk boleh ambil FREE punya! 

Aku sempat la merasa air Iced Chocolate Espresso Lab ni. Secawan ni lima belas hengget ko!!



Pak Jelan tak lalu makan, ntah pasal apa ntah. Sekali, Pak Jelan suruh aku amik air soya dalam peti sejuk tu.

Terus cucuk straw, sedut sikit pastu amik gambo nak hantar kat #WeChat katanya haha. Tak menyompek-nyompek!




Aku tak tahu semalam ada rakan blogger yang turut hadir kat majlis tu. Bila terserempak dengan Cik Lily, baru tahu yang diaorg tengah buat coverup untung majlis ni. Sempat la juga bersembang dengan Cik Lily dan Broframestone serta bersalaman dengan isteri beliau dan sorang lagi kenalan beliau.

Turut kelihatan rakan blogger lelaki yang lain, tapi aku tak berapa nak cam muka sorang-sorang, takut tersalah tegur, malu aku tak update blog 3 bulan nanti hahaha. Minta maaf la pada rakan blogger yang aku tak tegur tu. 

Lagi satu yang aku ralat jugak, tak dapat nak bergambo ngan diaorg sebab masa tu dah kul 12tghari, kami laki bini rushing nak rempit ke PJ pulak amik anak kat sekolah.


My iPad

Mr. Vincent cakap, kami masih boleh rebut peluang untuk menang hadiah lagi dan semestinya GRAND PRIZE RM100,000 yang menjadi motif utama! haha.

So, korang rasa kontes ni menipu?? No ... no. Sebab aku sendiri dah join. 

Untuk makluman korang, pemilihan dilakukan secara random oleh komputer dan ini ada dimaklumkan dalam T&C diaorg. Tak caya, gi baca.




Korang jangan sedih, jangan gundah gulana. Masih ada 46 hari lagi untuk peluang korang memenangi hadiah RM100, RM3000, RM10000 dan iPad serta GRAND PRIZE RM100,000!

Caranya mudah je, beli air kotak Yeo's yang ada kod huruf.

Install WeChat bagi yang belum ada. Add ID YeosMalaysia dan mula join hari ni!

Jangan lupa ikut langkah-langkah penyertaan dengan betul. Dan, jangan gatal-gatal gi delete gambar-gambar kotak Yeo's tu. Korang kena simpan sampai habis kontes sebab kalau korang menang nanti, korang kena tunjukkan BUKTI kod huruf tu pada pengajur sebelum korang boleh tuntut hadiah.

Kalau gagal tunjukkan bukti, mau menangis korang nanti weh! hehe.

So, start join hari ni k. InsyaAllah, kalau ada rezeki korang siapa tahu kan (^_^).


Semoga Berjaya (^_^)


Sekian .....


#pray4MH370


42 comments:

  1. Wahhhhh tahniah kenit!!! bestnya dapat ipad.. rezeki kenit kan.. btw segak aih dia.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takdak la segak mana haihhh. Thank you dear :)

      Delete
  2. akak ada jugak beli yeos,tapi kadang2 mcm xde kod pulak kat situ..huhu..tu yang termissed banyak kali tu..rugi-rugi...contest nie confirm tak tipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi kalau beli kotak yang takda kod tu kak. Kena gigih cari kotak baru hehe :D

      Delete
  3. Alhamdulillah, tahniah kenit. Farah tumpang happy dear...

    ReplyDelete
  4. tahniah... bertuahnya badan menang ipad....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih alhamdulillah ... moh le join mana tahu akak lagi bertuah boleh menang RM10,000!! :D

      Delete
  5. wahh seronoknya..nak joinla mcm nie

    ReplyDelete
  6. Tahniah kenit... bestnya dapat Aplle iPad tu :)

    ReplyDelete
  7. Hadiah mmg lumayan...fuh terbaik.

    ReplyDelete
  8. dah buat semua..tp air kotak belum beli..nak kena beli gak ni :D

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kenit, alhamdullilah. murah rezeki. bestnya. hehe singgah menabung lazada sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam sheila ...

      tunggukan kunjungan balas dari akak ye :D

      Delete
  10. Untung la... dan xsangka ada orang kenal bro...

    nampak sangat perut bro terlalu menyerlah... He..23x

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa kenit cakap jgn marah ye bro, tapi perut tu memang trademark yang mudah dikenali la bro. Kenit cam bro semalam tu sebab perut tu la hahahaha :D.

      Gurau je gurau je hehe :D

      Delete
  11. Tahniah dari kakak Kenit. Bestnya. Rezeki kalau nak dapat apa cara pun akhirnya ianya tetap jadi milik juga kan..

    ReplyDelete
  12. tahniah kak..
    lepas ni rebut RM3k ler pulok..
    hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah juga pada Shark walaupun takda kat sini semalam. Motif utama RM100,000 Shark! haha. :p

      Delete
  13. salam kenal..

    singgah sini n feel free to visit me bck ya..

    sy pon nak join la ..sempat lgi ni..mane tau rezeki kan..hikhikhik..

    ReplyDelete
  14. beznye kak..alhamdullillah..rezeki
    handbag akak kiut...hihi
    merah menyala di red karpet..so gojes!
    isi tabung nuff sini - libresse

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah kak..tahniah..beznye dpt hadiah
    handbag akak kiut
    semua muka berseri2 nak dpt hadiah..untungnyaaaa
    isi tabung nuff sini - libresse

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. tahniah kenit.. rezeki yg baik bersama2 pengalaman yg menarik.. :)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah, inilah dinamakan rezeki. Tahniah ya :)

    ReplyDelete
  18. tahniah kenit...nak kena join sekali ler......

    ReplyDelete
  19. congrats tau... buat apa dengan ipad tuh? main game ek..hehehehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?