Breaking

Monday, April 21, 2014

Shopping Bundle


Assalamualaikum!

Dalam family, Pak Jelan adalah seorang 'kaki bundle' tegar! Dari zaman bujang sampai la dah ber-anak dua dia tetap dengan 'fesyen' bundlenya. 

Kalau masuk dalam kedai baju branded atau yang jual baju-baju baru, memang suuuuuuusah nak tengok dia membeli barang sehelai dua baju atau seluar. Tengok je la baju yang dia pakai malam tu, tu baju bundle tu!



Kedai bundle ni baru beberapa bulan beroperasi. Pak Jelan pantang nampak kedai bundle mula la 'menggelupur' nak masuk tengok, tambah kami tengok dari luar boleh tahan ramai pelanggan yang datang. 

Masuk je kedai ... woaahhhh! RM5!!RM5!! hehe. Semuanya tersusun cantik dan kemas. My cikenits dah berterabur lari dalam kedai tu dah. Dapat tengok kepala tudung je dari jauh hehe.





Tempat pertama kami 'serbu' ialah kat tempat topi ni. Bukan takat bapak budak je yang minat pakai cap ni, budak cikenit sorang ni pun kemain lagi nak menerai topi kat situ. 

Haih...



Mempersembahkan model topi tidak berbayaaaaaaaarrrrrrrrrrr!

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v







Udah le dik, 'lemau' ibu tengok ..... ! 

*'lemau'=jeles*




Beria-ia dia amik, acu kat badan, tengok kain, ramas-ramas kain pastu tanya, "ok gak ni kan?". Muka cam berminat je nak amik satu, tapi last-last disangkutnya balik haha. Mujur la aku tak jadi assistant kedai tu, kalau tak .... bengkekkkkkkk je!





Kalau ditanya kenapa asyik bundleeeeee je?


"Hani ingat orang beli baju suar bundle ni takda stendet ke? 
kat kedai bundle ni la kita boleh dapat baju suar yang berkualiti tinggi tapi murah!"

Hurmmm ... ye la. Dia senang nak dapat saiz boleh la cakap macam tu huhu. Kena tang aku ni, mana nak dapat baju kurung bundle tinggi 5'7" ??? eh ade ke baju kurung bundle ha?? haha haaa haaa sape nak jawab? 




Haaaaa ni kalau dah kuar muncung ni, tandanya dia suka la ni! haha. Kemain lagi acu kat badan, tengok corak, tengok saiz .. ok dah ni! Dah la tu RM5 jeeee!

Last-last, tak jadi gak amik! Vevvuluuuu je nengok dia.

Haishhh .....




Pastu, anak-anak tarik tangan suruh gi kat bahagian baju kanak-kanak. Diaorg ni asal ada saiz, tak kira bundle ke baru ke diaorg 'bedal' jugak ... janji dibelikan! haha.

Murah sakan baju ngan suar kat situ, RM6 untuk 10 helai! Tapiiiiiiii, kena pandai pilih la terutama seluar yang ada getah. Jangan tengok cantik, comel main amik je kena check getah suar tu jugak. 

Aku banyak kali dah terkena dah, beli suar getah suar loose! Tu suar baru tu!



Hishhh dikkk jangan buat muka 'hantu' gitu boleh tak? 



Terserlah kelebaman matamu wahai anak. 
Tak tido siang, pastu malam tido lambat ginila dapatnya.



Kakak berminat ngan suar jeans warna pink tu, tapi sayang .... singkatttttt hehe. Ape boleh buat sayang, tulang kakak ikut tulang ibu ... panjengggggg!





Dah settel memilih, time untuk bayor. Sapa bayor? Ayah bayor pasal ayah banyak duit ekekekeke. Ibu duduk aje amik gambo ye hehe :)



Overall, shopping bundle not so bad. Aku memang dah masak perangai Pak Jelan yang memang sukakan baju bundle dari dulu lagi. Dan, anak-anak pun dah terikut-ikut fesyen ayahnya. 

Takpela, bundle ke baru ke asalkan harga berpatutan dan mampu milik serta kualiti baik dan memuaskan. Yang penting, kena pandai pilih dannnnnn 'ukur baju di badan sendiri'! 

Paham tak?? hehe (^_^)

 #pray4MH370



24 comments:

  1. Replies
    1. yesszaaaa kak, bundle memang mampu memuaskan hati peminatnya :)

      Delete
  2. waaa.. seronoknya bershopping .... mama dulu layan bundle ni, ok per bajunya,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan budak ngan bapak budak shopping je hehe. Tapi, betul mama baju2 bundle memang banyak yang ok dan high quality juga :)

      Delete
  3. Assalamualaikum kenit, lawa2 bundle kan. sheila dulu memang suka sangat masuk dan beli baju kat kedai bundle. heee skrg dah kurang sebab almari baju dah penuh. haha taktahu nak sumbat mana lagi. singgah menabung grantonworld ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam sheila ...

      kenit belajar beli baju bundle ni pun lepas kawen ngan Pak Jelan hehe, tapi nak cari saiz yang sesuai memang susah la, yang ada baju tido malam yang sexy tu je hahaha.

      Delete
  4. O peminat bundle juga rupanya Pak Jelan.

    ReplyDelete
  5. dua orang adik bujang saya suka beli baju bundle..

    ReplyDelete
  6. ada orang memang peminat bundle secara tegar dear... hik hik hik...

    ReplyDelete
  7. x pandai nak memilih kat bundle..tgk orang pakai ok ajer

    ReplyDelete
  8. blogwalking kat sini. . . Jom baca artikel baru saya : http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/04/tips-berkesan-untuk-menghilangkan-kulit.html

    ReplyDelete
  9. Zumal pun suka juga pakaian bundle nie sebab nak cari yg berjenama yg baru2 semua mahal. Hehe :)

    ReplyDelete
  10. bundle pon ok gak..jnji style

    ReplyDelete
  11. Suami x suka bundle.. Biar murah tpi biar yg baru..

    ReplyDelete
  12. Saya pun suka bundle juga.. sebenarnya harga asal baju2 bundle tu mahal & berkualiti.. tp bila dah jadi 2nd hand & bundle.. ia jadi tersgt murah ttp masih berkualiti.. mmg pilihan bijak.. :)

    ReplyDelete
  13. Mmg murah la kenit..tp btl la kat bundle kena pndai pilih.. =D

    ReplyDelete
  14. kat mana ni ? banyak nya pilihan ! nak pergi gak !

    ReplyDelete
  15. murah giler baju bundle kat situ yea....suami akak memang suka bundle...dia suka beli seluar jeans untuk buat keje......

    ReplyDelete
  16. Kat mane nie? Share lokasi. Nak pergi jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.