[Cabaran 30 Hari] Hari 13 - 5 Blog Kegemaran Aku

Saturday, September 13, 2014


Assalamualaikum!


Sebelum aku ada blog sendiri, aku suka baca blog orang. Ada beberapa blog yang menjadi pilihan aku waktu tu dan sehingga kini pun aku masih setia jadi silent reader mereka. Baca pengalaman hidup diaorg, sedih, gembira, travel sana sini dan macam-macam cerita lagi.

Mereka antara pencetus idea aku untuk memiliki blog sendiri. Seronok sebenarnya ada blog ni! Tak caya, cuba korang buat blog sendiri pastu ceritalah tentang kehidupan dan pengalaman korang. Tapi, part haters tu kena bertabahlah sikit, sebab ada yang aku baca pengalaman bloggers dengan haters ni banyak rupanya! Dan, kadang-kadang boleh bikin kita meroyan sekejap! hahaha.




So, inilah 5 blog kegemaran aku yang nak dikongsi dengan korang. Aku tak ikut urutan sapa paling aku suka ye. Semua aku suka sama rata dan paling penting aku setia baca walaupun sekadar silent reader :)





Wahh! comei sungguh nyonya tu kan! hahaha. Suka blog sendiri? syok sendiri ke ape? Lantak pi ape orang nak cakap. Dah ni blog aku sendiri tentulah aku suka. Aku juga kerap tulis 'blog kesayangan' kan, jadi memang selayaknya blog NUKILAN KENIT aku ni menjadi kegemaran. Di sinilah cerita aku bermula, dan disinilah aku kongsikan apa saja yang aku rasakan bermanfaat untuk orang lain.




Sebelum aku ada blog, aku suka baca blog Maria Elena. What's best about her blog? Sebab penulisan dia simple dan mudah difahami. Lagipun sebelum dia kawen, dia macam 'gila-gila' sikit hahahaha. Plus, cam peliks pun ado hehe. Walaupun dia bukan blogger yang aktif tapi sekali dia post entri, aku klik dan baca!





Dulu susah nak cari blog yang dikendalikan oleh kaum lelaki. Bila aku terjumpa dengan Santai Ben Ashaari terus aku 'melekat' sampai sekarang hehe. Penulisan berkisar pada kehidupan bersama family terutama anak-anak beliau. Aku cukup suka kalau orang cerita pasal anak-anak ni hehehe. 





Aku start baca blog kak Filla bila aku dah ada blog sendiri. Tapi, aku dah lupa dari mana aku jumpa blog kak Filla ni hehe. Start baca masa dia masih anak dua lagi. Dari bab anak-anak sampai travel, masak-masak atau sekadar kuar minum ngan kengkawan pun ada dalam blog kak Filla. Of course, penulisan sempoi, simple dan 'gila-gila' kak Filla paling aku suka.





Aku suka jenguk blog masak memasak ni, walaupun diri ini tak berapa nak merajin di dapur hahahaha. Suka sangat jenguk resepi-resepi dari blog AzlitaMasamManis, dengan gambar makanan yang ohsem! Kita yang tengok gambar je pun dah telio hehehe. 


Ada lagi blog-blog kegemaran yang aku suka. Blog informasi dan agama, blog kengkawan yang hari-hari aku singgah walaupun tak sempat tinggalkan komen. Apa saja yang best pada aku, itulah kegemaran aku ^^

Jom kita singgah blog kawan-kawan! ^^

*kakak-kakak dan abg blogger, tumpang letak header blog hampa nooo . Tq :)


Koleksi Cabaran 30 Hari


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. best nya dorang.. blog ada peminat setia.. blog saya mesti tiada..
    Selamat maju jaya dalam berblog...

    komen dari,
    http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Blog Ben tetap ada..dulu sblm dia ada anak selalu je ada segmen bagai...ni baru nak ada balik segmen haha...serius dapat sambutan ramai.

    ReplyDelete
  3. eh sama la, suka jugak blog kak maria, sbab penulisan dia memang simple dan snang nk fham. dgn blog masam manis tu, bukan apa suka tngok semua resepi-resepi tu, sedap..hehe

    ReplyDelete
  4. yes, blog Maria Elena tu Ros pun suka :)

    ReplyDelete
  5. Azlitamasammanis best...selalu buka blog beliau. Air tgnnya mmg osem, tgk je dh tau sedap..

    http : / / allnutrition4life.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Saya pun suka blog Azlitamasammanis... perkongsian resipi dia menarik...

    ReplyDelete
  7. http://zairulakmaldaylife.blogspot.com/


    Kagum sangat dengan blogger terkenal ni. Ramainya follower mereka..beskan?? Teringin jadi macam awk dan geng lain...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM