Anak Cemburu

Tuesday, November 04, 2014


Assalamualaikum!


Aku tak pasti samada perasaan ini lahir di kalangan adik beradik yang sama jantina atau sebaliknya. Tapi, melalui pemerhatian aku terhadap pasangan yang dapat anak sepasang, kebarangkalian menghadapi masalah 'anak cemburu' ini agak kecil nak dibandingkan dengan anak yang sama jantina.

Mira lahir pada usia Wani genap dua tahun! Since adik lahir, tiada masalah cemburu ketara yang aku dapati antara mereka berdua. Kedua-duanya aku layan sama rata dan penuh kasih sayang. Maklumla, masa tu masing-masing masih kecil.

Kakak tak pernah jentik adik dia atau tarik rambut atau cuba 'mencederakan' ketika Mira masih baby. Kalau dia geram pun, dia akan cium dan gomol pipi dan mata si Mira. Pendek kata, aku tak pernah tertekan menjaga mereka berdua.




Kakak dan adik memang rapat. Gaduh macam mana pun diaorg akan jadi rapat balik. Sekejap 'menarik' sekejap 'menolak'. Walaupun masing-masing perangai tak sama, kadang-kadang tak sekepala tapi kalih kut mana pun, dia akan nampak adik dia dan dia akan nampak kakak dia.

Nama pun adik beradik ye dak .... 

Semakin diaorg meningkat dewasa, aku perasan kakak mula develop perasaan ini .... cemburu. On one hand, it's good becoz it indicates that budak tu ada perasaan dan respon terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. On the other hand, cemburu perlu diurus dengan bijak supaya ia tak memusnahkan perkembangan emosi anak yang mungkin akan dibawa sampai dia besar.

And I really don't want that to happen ....!

Kadang-kadang, benda kecik macam sapa tidur sebelah aku pun boleh dijadikan modal untuk cemburu. Mungkin pada aku ianya benda kecik...tapi pada anak-anak barangkali itu menunjukkan sapa yang aku sayang lebih. Ape aku nak buat? Kalau cakap saja memang tak 'jalan'. Dengan diaorg aku kena TUNJUKKAN yang kasih sayang aku sama rata sama adil antara mereka berdua.

  • kawal emosi dan amarah. Memang bukan niat kita pun nak bagi dia cemburu, tapi kalau kita marah dia balik dan tunjukkan sikap agresif kita kat dia, memang dia akan terus menyangka yang kita tak sayang kat dia. Bila dengar dia cakap macam tu, segera pergi kat dia dan ajak dia bermain sekali dengan adiknya. Memang adiknya pun akan tunjukkan kecemburuan yang sama, macam main 'tarik tali' tapi memang kita kena banyak beralah dan bijak satukan mereka berdua agar serasi bersama.

  • walaupun umur mereka masih kecil, tapi tahap cemburunya boleh buat aku stress dan pening kepala. Unfortunately, ayahnya tak kena macam ni so dia continue enjoying fatherhood with pleasure hehehe. Contohnya, setiap hari dua beradik ni akan argue sapa tido sebelah ibu malam ni. Everyday they will repeat the same question to each other dan akhirnya bila aku ditanya, terus aku jadi ..... why laaa why laaa nak tido pun mau gaduh ka? To solve this, aku buat sistem giliran. Tudiaaaa nak tido pun kena ada sistem giliran! Memang rare betul korang ni! hehehe. 

  • masa umur kakak dua tahun adik pun lahir. Maka perhatian dah tentu lebih pada adiknya sebab masih kecil dan menyusu badan. Dalam usia sekecil itu, kakak tak mungkin faham apa itu cemburu. Dan tiada tindakbalas emosi pun yang ditunjukkannya pada kami sebab dia masih belum memahami ketika itu. Tetapi, bila dah darjah satu ni kakak semakin obvious dengan cemburunya. Walhal, apa yang aku buat kat adik dia, aku buat juga dengan dia. Contohnya, sebelum tido aku akan bergurau dengan  mereka berdua, gelak-gelak sambil cium dan peluk kakak adik. Tapi, bila aku cium Mira, kakak akan cakap, "bu ni .... asyik cium adik je. Cium la kakak pulak". Padahal baru sat tadi aku cium dia huhu.

  • Perhatian. Benda ni nampak senang tapi hakikatnya memang susah bagi aku! When you try to satisfy your sulung one, the kecik one will be unsatisfy. Sometimes kalau ayahnya pun bagi attention kat yang kecik one, the sulung one akan jadi kecik hati. Thats why, setiap ujung minggu aku akan spend quality time dengan diaorg dan buat aktiviti yang mereka suka. Kadang-kadang aku ikut kakak melukis, bacakan buku cerita, menari lagu Frozen dengan mereka, gi taman, cuci mata kat kedai meei mei. It's hard to balance and it's not easy i tell you. Mana nak cover keje umah, mana nak cover masa dengan anak-anak tapi it's the only way to show to them that i care dan willing to spend time dengan mereka.

  • Aku tak senang hati bila tengok kakak rasa down. Aku taknak dia merasa terpinggir dengan kasih sayang kami. It's not easy to handle my 7 year old daughter you know. Ko kena bermain dengan psikologi dan perasaan mereka. Ko kena dalami dan fahami apa yang mereka rasa. Ko kena cepat-cepat sedar dan buat sesuatu bila dia menunjukkan respon terhadap ko. Budak-budak sekarang bukan macam dulu lagi. Mereka boleh develop emotions dengan begitu cepat sekali! You have to catch up with her! That's why setiap kali tido, aku akan peluk dan cium mereka. Puji apa kebaikan yang mereka lakukan pada hari tu. Dan jangan pernah lupa untuk ucap "ibu sayang kakak tau" di telinganya.

  • I like to hug my kids. Bila duduk-duduk kat sofa sambil tengok tv, aku akan panggil kakak adik datang dan peluk mereka! I love that and they do too. Bila mereka tanya kenapa aku suka peluk diaorg, aku akan cakap sebab ibu sayang kakak adik. Kasih sayang tak semestinya lahir dari ucapan saja, kita kena tunjukkan secara fizikal yang kita sayang mereka no matter what. Kakak yang malu-malu tu pun aku bantai peluk jugak! Mujurlah dengan aku dia tak tolak, dengan ayahnya konfirm taknak! hehe.

Aku sedar dalam usia mereka berdua yang masih kecil, mereka perlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih dari aku dan ayahnya. It's never easy ... sebab tu aku respek mereka yang beranak ramai atau mempunyai anak kembar! I wonder how they manage to handle all of them kan? Mesti penat gilos! Tapi, dalam kepenatan tu ada kebahagiaan bila tengok anak-anak membesar depan mata dan merasai nikmat kasih sayang dari ibubapa. 

Bila terkenangkan ni ... aku teringat pada anak-anak yatim yang pernah aku lawati di SINI. Alangkah bersyukurnya kakak dan adik masih ada ibu dan ayah, masih merasai nikmat dipeluk dicium disayangi. Hakikatnya, setiap ibubapa menyayangi anak-anak mereka, tapi bagi anak-anak yang tidak berkesempatan merasai nikmat kasih sayang itu .... ??





You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. Setuju...its happend to Dania. .tp bukan dgn adik beradik dia which is adik satu ayah lain mak...but dgn adik2 sepupu dia yg my mum jaga...nampak sgt cemburu tp mereka sgt rapat...

    ReplyDelete
  2. sy masih anak sorg so xtahu lagi mcm mn perasaan cemburu tu..tp sy sbgi anak kepada ibu bapa sy, sy phm mcm mn perasaan cemburu tu walaupon sy ni bukan anak manja atau mak ayah sy ni xde pon anak manja/ anak kesayangan..tp phm la keadaan anak sis tu.btul lah ape sis buat tu..kena lbih perhatian pada si kakak dan pandai layan mereka berdua agar xde yg rasa terpinggir :-)

    ReplyDelete
  3. wow,saya pon menghadapi masalah yang sama..hihi..

    salam kenal (^_^)

    http://www.teacherbasariah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. comelnya...hehehehe..kenanagan terindah adalah bersama anak² dari saat mereka di lahirkan hinggalah dah besar panjang.. detik yang tak akan terulang lagi untuk setiap anak..

    ReplyDelete
  5. Comel.. Baru ade litle princes.. X tau la klu ade yang lain.. Nice sharing..

    Do follow me okay..

    http://www.papaglamz.com/?m=0

    ReplyDelete
  6. Good sharing...ye bukan senang nak handle emosi anak2 zaman sekarang. kita kena masuk sekali dalam dunia mereka..

    ReplyDelete
  7. Setakat ni anak saya tak de la yang cemburu2 nih.kalau bertekak pun kejap2 lagi elok balik..:)

    ReplyDelete
  8. cikdagu dah follow sini.. follow back... #kelabbloggerbenashaari

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM