Mana Ada Hantu??

Tuesday, November 04, 2014


Assalamualaikum!


Gelak besar aku ngan Pak Jelan dengar Mira bercerita pasal hantu semalam. Dia kalau bercerita kemain penuh semangat macam benda tu betul-betul berlaku! Aku ngan Pak Jelan iya kan aje la pasal tak mo kasi putus mood dia nak bercerita hehe.

Iye buuuuu .... kawan adik memang nampak hantu tu buat bunyi 'heeee heee heeee' (hantu mengilai barangkali)

kat mana dia dengar?

masa dia dalam perut ibu dia ....

apa yang dia buat dalam perut ibu dia???

dia baby kannnn ... memang la duduk dalam perut ibu dia! Ape la ibu ni ....!

Eh eh .... kita pulak! hahaha. 

Topik 'hantu' memang boleh jadi bualan hangat kami anak beranak. Bukan berborak atau bercerita sebab hantu itu hantu ini, tapi sebab 'bertekak' nak memahamkan diaorg dalam dunia ni MANA ADA HANTUUUUUUU .....!



Cakap pasal 'hantu', teringat aku kat satu Filem 'Sini Ada Hantu'. Aku tak tengok di pawagam, tapi TV9 ada bawak kuar filem ni dulu. Siap dengan hantu Cinanya, hantu Melayunya, hantu Jepunnya .... tapi kita orang dewasa fahamla benda tu fake ... tak betul ... lakonan semata-mata dan sekadar hiburan! Habis yang kecik-kecik ni ... duk tutup mata dengan sebelah tangan ingat benda tu real! haha.

Kadang-kadang aku bengkek jugak kakak nak gi tandas pun nak berteman. Sikit-sikit nak adik teman. Tapi mandi elok pulak sorang-sorang! 

Itulah natijahnya bila budak-budak dibiarkan menonton cerita seram. Jenuh kita explain yang 'hantu' dalam cerita tu orang sebenarnya. Darah-darah tu semua diaorg guna sos cili, kadang-kadang guna watercolor merah nak kasi nampak cam darah. Muka dia buruk tu sebab makeup je. Zombie-zombie tu semua bukan betul, tu orang sebenar diaorg berlakon je.

Tapi, cam mana kita explain pun diaorg still anggap benda tu real dan terbawa-bawa sampai ke bilik air! Lampu dah buka pun still dia takut nak masuk! hahaha. Geram je ...!

So, i decided no more cerita seram for the kids! Dan alhamdulillah diaorg pun tak suka nak ngadap cerita-cerita sebegini. Lagi syok diaorg layan lagu Frozen pastu menari tiru gaya si Elsa ngan Ana tu. Huh ...!

Tapi kakak sekarang dah pandai menilai. Kalau adik dia ternampak zombie atau 'hantu' dalam cerita kat tv pastu cakap takutnyeeeee!, kakak akan jawab, eleh ... tu bukannya hantu betul pun! dia guna sos cili je bagi jadi cam darah betul, kan bu? itu pun nak takut ....!

Hahaha .... so, kalau anak salah faham kita terangkan kat diaorg. Jangan biarkan salah faham tu bertukar menjadi ketakutan. Paling penting kita kena berikan mereka ilmu dan kefahaman yang betul. Kalau ada pun 'hantu' itu adalah pengundi hantu yang biasa kita dengar dekat-dekat nak pilihanraya hahahaha.

Sekian.


You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. Bihah dah follow blog ini
    kalau sudi folloow balik dan singgah sellalu
    http://bicarabihah.blogspot.com/
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Sy x pnh bg ank sy tgk citer hntu.. Tpi dr mana entah dpt perkataan hntu tu..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM