Anak No. 2

Wednesday, April 08, 2015


Assalamualaikum!




No. 2 tu, memang dia garang .. terutama dengan kakak dia hehe. Kalau time bermain , kakak dia 'buli' atau saja nyakat ... memang kena sedas la si kakak tu. Suara kalau bertempik ... habis berterabur lari lipas-lipas di dapur hahaha!

No. 3 ... gelak tak ingat dunia! haha. Ni pun kadang-kadang dia jugak ni ... tak kira malam pukul 11 dibantainya gelak sampai boleh dengar satu blok! Sensitif dan hati lembut ... kat sini aku nak tukar sikit jadi sentap dan kuat merajuk. Perghh .... boleh tahan sentapnya kalau kita tegur sikit. Lagi satu, Mira sekarang mudah sangat merajuk walaupun dia tahu benda yang dia buat tu salah dan kita try nak tegur dia secara berhemah. Tu secara berhemah ... kalau kurang berhemah?? hahaha lagi kuat la dia teriak! hehe. 

Kalau dia bad mood, dia punya muncung boleh diukur dengan pembaris! haha. Pernah aku sakat dia cakap ibu nak amik pembaris nak ukur muncung adik ... terus dia menjeling! haha. Pastu baru dia kontrol sikit muncung tu hahaha ....! Pun begitu, Mira ni jenis yang marah sekejap je ... 5 minit je. Pastu dia 'menggesel' kat kita balik hehe. Kadang-kadang aku marah atau membebel kat dia ... dia akan merajuk kejap tapi pastu habis kat situ je la. Dia pulak datang belakang kita pegang baju sambil buat muka comel tak bersalah hehe....




*jangan terpedaya dengan tocang toncetnya* ... ihiksss~

Pagi tadi, dia request nak minum pagi ngan aku. Suruh hantar kakak dulu pastu gi warung Pak Ayop nak makan kuih donut katanya. Jam dah tunjuk pukul 7.30 pagi, dalam hati tak sampai hati nak menolak permintaan si kecil. Kalau ikutkan, memang jauh aku nak musing menghantar dia balik ke sekolah. Dah la sekarang ni semuanya pakai jalan sehala .. nak pusing kena jalan jauh sikit huh!

Tapi macam aku cakap tadi ... tak sampai hati pulak nak menolak. Dia pun dah lama mengidam ngan donut Pak Ayop hehe. Kalau makan mesti nak kena stenbai 2 ketul tuk makan situ, 2 ketul lagi tuk tapau makan di sekolah hehe. 

Mira oh Mira .... :)


You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. hahahah ok kite anak no 2.. tp yang no 5 tu mcm takk je hahaha

    ReplyDelete
  2. banyak yang dalam senarai tu sama macam kakak saya yang no 2..

    ReplyDelete
  3. sebiji sama macam perangai satu-satu nya adik saya! hahaha

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM