Benarkan Anak Menyinggah Di Rumah Kawan?

Thursday, April 30, 2015


Assalamualaikum!


Habis sekolah kang Mira nak duduk umah A*** kejap. Nak tukar baju kat sana pastu main ngan A***. Alaaaa kejap je pon ... bukannya sampai petang. Mira bukan gi mana pon .... main kat umah dia je. Nanti ibu ayah datangla amik Mira kat situ ....

Bersungguh betul dia merayu kat aku .... dari minggu lepas! Ayat yang sama ... cuma kali pertama dikemukakan permintaan tu, aku menolak! Kali kedua ...dia guna bahasa sopan sikit ...."ibuu... ibu jangan marah boleh? boleh tak Mira nak blablablabla...".....tak 'jalan' jugak ....! hehe.

Lepas tu dia guna cara lain ...kali ni dia minta ngan ayahnya! Biasanya ayah-ayah ni cepat mengalah kalau ngan anak pempuan kan hahaha .... so, dia ingat ngan ayahnya boleh la dapat! Walhal, awal-awal lagi aku dah diskus baekkkkk punye ngan Pak Jelan supaya 'jaga-jaga' dengan permintaan anak dara keciknya tu! Rupanya betul pemikiranku! hahaha ....



Sorry sayang ...bukan ibu suka-suka taknak bagi Mira pergi ke rumah kawan. Tapi, ada baaaaaanyak sebab mengapa ibu tak benarkan. Cukuplah Mira belajar dan bermain ngan kengkawan di sekolah....

Tapi anak sekecil ni ...apela yang diaorang faham kan. Kita cakap benda yang sama pun diaorang tetap ulang balik soalan tu. Dan, akhirnya ....si kenit ibu merajuk hehe. Hurmm ... nak membebel pun tak guna ... nak kata apa? Nak bagi jugak?? Nehi ...nehi! Panjang cerita kang ... bukanla mendoakan yang tak baik, tapi mencegah lebih baik dari merawat.... huhu ...

So, instead of membebel kat dia aku try pujuk dengan cara lain. Dah la ibu awak ni takda skill nak pujuk orang hehe ... tapi alhamdulillah akhirnya dia diam. Diam tu bermaksud faham la kot .... hehe. Kalau dia ulang suara soalan yang sama balik ... tak tahu la nak jawab camna dah huhu ....


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. dengan anak kadang kala perlu tegas,biar mereka tahu bukan semua perkara yang dikehendaki boleh dapat.....

    ReplyDelete
  2. Kalau sy pun tak benarkan...

    ReplyDelete
  3. kena pandai saiko ngan anak2 camni.. tak leh marah dan larang membabi buta tp kita kena bgtau kenapa kita tak bg dia ke rumah kawan2..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM