Tuesday, April 07, 2015

# Pasal Blog # Story Kenit

Berbaloi Rasa Jadi Blogger!


Assalamualaikum!

Ulser menyerang ... dah 2 hari! Walaupun seketul je ... tapi 'bisa' kepedihan dia ...perrghhh! Kalau bergesel ngan gigi atau makan atau bercakap ... perrghhh! Tapi kadang-kadang tu lidah tu 'gatal' pulak gi jolok-jolok kat lompang .... hahaha. Dah jadi tabiat ..... hahaha!




Entri lama aku tahun 2013 masih dibaca orang ... tentang taska/tadika.

Tiada yang lebih membahagiakan dalam hidup seorang part-time blogger seperti aku selain dapat membantu orang lain. Walaupun review yang dikongsikan bukan review berbayar ... hanya sekadar perkongsian dan pengalaman diri sendiri, namun masih ada yang sudi membaca dan menerima review aku seikhlasnya.





Alhamdulillah ... hilang kejap rasa sakit ulser aku ni hehe. Walaupun aku bukan blogger yang pro dalam bab tutorial dan coding html ni dan pengetahuan aku hanya terhad kepada apa yang orang tanya, tapi ... aku bersyukur sangat kalau orang lain boleh dapat manfaat atas apa yang aku kongsikan.

Paling penting .. pembaca boleh faham apa yang aku ingin sampaikan. Aku rasa itulah cabaran terbesar bagi aku ... untuk bagi orang faham. Tu pasal entri tutorial coding aku tak banyak sangat ... hehe.

Serius ... kepuasan inilah yang sebenarnya aku cari dalam dunia blogging! Walaupun tak sehebat orang lain, tapi kalau aku dapat bantu hatta sebesar zarah pun ... berbaloi rasa! 

:)


4 comments:

  1. aduhaii..sakitnya kena ulser tu kan..tapi yng sakit tulah yang suka usik...kekadang macam berbaloi jadi blogger bila dapat tolong orang...

    ReplyDelete
  2. penulisan yg ikhlas, insyaallah akan dihargai pembaca...

    ReplyDelete
  3. wah.. indahnya.. :) rasa mcm best sgt bila dhargai pmbaca

    ReplyDelete
  4. agreed.bila apa yg kita tulis tu membawa manfaat kepada org lain, walaupun sedikit, tapi buat rasa berbaloi sgt berblog :-)

    ReplyDelete

Apa kata korang?