ruangiklan
ruangiklan

Wednesday, April 29, 2015

Berseni Dengan Anak-anak

  4 comments    
categories: 

Assalamualaikum!

Sabtu malam Ahad ...

Boring tengok tv ... takda cerita best! So, jom anak-anak .... ikut ibu buat projek ...projek pendidikan seni! hehe. Petang sebelum waktu kejadian, kitaorg gi kedai bunga untuk cari benang. Harga RM2.15 segulung ... tak termasuk GST! T_T




Pendidikan seni ...salah satu subjek yang ibu tak berapa nak score dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah! Kalau suruh ibu buat bentuk dari tanah liat ... atau melukis ... itu memang ibu fail! Tapi ada satu video ni yang aku terrrrrtengok kat fb aritu ...dan tetiba ...... 'tingggggggggg!' *gambarmentolkeluarataskepala* ..... idea hebat muncul! hehehe ....

Tangan aku mungkin memang tak berseni, tapi itu tidak menghalang aku untuk berseni dengan anak-anak. Projek mudah ... bahan-bahan pun mudah. Lagipun inilah masanya aku dapat luangkan masa dengan kakak dan adik .... you know ... mother-daughters art session kekdahnyaaaaaaa ...hikss~




Kakak pilih benang kaler merah, adik pilih kaler pink dan ibu ...opkos lavender! Eh ..bukan Lavender Mummy yek ... yang tu wat mende ... buang karannnnn jek ekekeke. Mula-mula bagi penerangan ringkas dulu kat anak-anak apa kena buat. Konon-konon macam akula cikgunya ... bercakap pun serupa macam cakap dengan anak murid dalam kelas muehehehe....

"Ok anak-anak ... malam ni ibu nak ajar buat bungaaaaaa ...!"

"Yeaaaaayyyy .... macam mana tu bu?"

Ni nak ajar la ni hehe. Senang kacang hijau je ...tapi tu kalau buat sengsorang! haha. Rupa-rupanya payah jugak mengajar budak kecik ni yek. Menduga kesabaran sungguh! Benda nampak senang ...tapi bila buat sendiri, masing-masing mula tunjuk perangai! *urutdada*




"Macam ni .... belit benang kat tangan macam ni. Kira sampai 100 .... jangan belit kuat-kuat ...kita nak keluarkan benang tu kang" ..... beria-ia la cikgu Hanim mengajar anak-anaknya hehehe.




Yang adik mulala bebai bila benang yang dibelit kat tangan terlampau ketat. Bila nak keluarkan dah tak boleh ...! hahaha. Pastu merengek sebab dia punya belit tak jadi. Pas belit tanggal balik ...pas belit tanggal balik. Ibu cakap jangan belit kuat sangat ...still dia belit kuat-kuat. Dah hampir 15 minit dok asyik membelit tapi tak jadi-jadi jugak. Last-last ibu jugakla tolong belitkan ...! huhu .....

Dah siap belit sampai seratus kali, ikatkan benang tu di tengah-tengahnya. Pastu gunting kat atas dan bawah ...pastu trim benang-benang selebihnya. Dah trim cantik-cantik ...kasi cucuk dengan lidi satay. 





Dah siap! Rupa mungkin tak seperti dalam video yang aku tengok aritu haha.... tapi ini ok la niiiiii ...! Yang kakak punya warna merah ... apasal kecik nau? Rupa-rupanya dia belit benang tu tadi 50 kali je! Patut la bunga kakak macam tak cukup 'zat' ibu tengok hehe.

Simple ... namun banyak cabarannya! haha. Cabaran dan mengajar, nak bagi diaorg faham dan boleh buat sendiri. Hurmmm .... best plak aktiviti camni kan. Pasni nak usha video lain plak la :D

4 comments:

Apa kata korang?

Note: only a member of this blog may post a comment.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.