Bila teringin kan ....

Tuesday, April 21, 2015


Assalamualaikum!


Balik petang semalam tetiba teringat kat benda tu. Anak mintak lama dah ... tapi mintak kat maknya. Ni maknya nak try mintak kat ayahnya pulak hehehe.

"Jom yong tau foo nak? kakak dah lama nak makan ...."

"Ni anaknya yang mintak ke ... ibunya yang nak?"

Hurmm.... anaknya yang mintak. Ibunya cuma menyampaikan je. Tapi kalau ayahnya nak belanja ibu sekali apa salahnya ... menumpang sekali hajat anak hehehehe :D




Kalau yong tau foo, takda tempat lain lagi yang akan kami pergi selain di sini! Yong Tau Foo Kg. Pandan, Jalan Thaver. Gerai yong tau foo ni memang dah terkenal seantero Ampang even di luar kawasan!

Time lunch, petang dan malam memang ramai pelanggan! Aku pun dah berapa kali cerita pasal yong tau foo ni dalam blog hehe. Memang dari kecik inilah gerai yong tau foo kesukaan aku dan keluarga.




Tengah dok tunggu giliran yong tau foo siap, mata terpandang pulak pada peti sejuk beku durian crepe kat sebelah. Tak pernah merasa lagi durian crepe yang ni ... teringin tu lama dah hehe. Alang-alang ayahnya nak belanja apa kata kita sauk sepeket ok tak? hehe.

Dok ada 6 ketul RM13 dan 2 ketul RM4.50. Mahal nau yang tiga belas ringgit tu ... aku sorang je pun nak makan ngeh3x .... so amik yang 2 ketul je la.




Kenyang kakak dan ibu menghabiskan yong tau foo. Adik surrender awal terlentok di meja makan, takleh nak bukak mata ... bantai tido di situ jugak huhu. Order air sirap separuh je yang diminumnya. Ayahnya pulak amik nasi lemak lauk sotong dan paru. Sorry takda gambar ... nasi lemak dah tak cukup 'sifat' ... laju nau ayahnya makan!




Walaupun hanya 2 ketul tapi puas makan! Yang lain menggeleng taknak bila dioffer ... so memang nikmat la ibu ngadap sengsorang di sofa sambil layan Ibu Mertuaku semalam hehehe. Patutla boleh tahan mahal harga dia ... sedap dan cair dalam mulut! 




Oh ya, ada budak dapat kasut sekolah baru semalam. Ayahnya janji nak belikan kasut sekolah baru ... kesian tengok anak tu berlatih sukan pakai kasut dah koyak tepi. Dua pasang kasut yang dibeli awal tahun ni, dua-dua koyak tepi dan tapak tercabut! hehe. Menggeleng kepala ibu tengok kasut sekolah kakak .... huhu. Kakak gigit ke ape kasut sekolah tu ...? 

So, semalam tenghari ayahnya gi kejap kedai kasut kat Subang dan belikan kasut Jazz Pallas ni. 

Putih suci kasut sekolah kakak .... kita tengok petang kang jadi macam mana heeeee :D



You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. lama tak makan yong taufu...uit..mahal jugak ek durian crepe belah sana hanim...kat sni Rm10 sepeket...aishhh...kecur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak ... rasa macam dah naik harga ni hehe :D

      Delete
  2. mujur sedap ... terkenang-kenang plak bila tengok balik hehe :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM