Bosan Kalau Tak Lompat!

Wednesday, April 22, 2015


Assalamualaikum!


Kalau dulu celik je mata, benda pertama yang dicarinya ialah iPad! Yang dihadapnya tak lain tak bukan cerita kartun Korea tu ... tak pun cerita kartun Hagemaru .... tak pun kartun Boboiboy ... tak pun kartun Upin Ipin ... pastu tengok budak-budak main permainan masak-masak!

Ada sekali tu aku intai-intai diaorg dok khusyuk tengok something kat Youtube .... rupa-rupanya gi tengok orang Korea makan sotong kurita hidup-hidup! lorrrrr ....siap buat bunyi "eeee....boleh ke dia makan tu? eeee ....!" si adik bercakap .... adehh ....

Pantau tetap pantau ... aku intai-intai gak dari belakang nak tengok apa yang diaorg tengok kat Youtube tu. Sebelum diberi tengok, memang dah aku pesankan jangan dibuka cerita yang bukan-bukan atau yang tak senonoh! Alhamdulillah .... kakak dan adik takda nak godek-godek jauh selain dari yang dibenarkan sahaja. Sebab aku di dapur memasak .... nak berlari sat sat ke sana sini memang tak berdayo jang oiii. 

Dok ngadap kartun saja pun tak bole jadi jugak. Memang tak berkembang otak asyik ngadap citer kat Youtube tu. Tengok sekejap-sekejap untuk hilangkan penat otak bolehla. Tambah kakak dan adik memang tak reti duk diam .... kalau tak buat sesuatu memang akan keluarla perkataan "bosan....bosan".

Hari tu kan ayahnya belikan gelung dan tali lompat kan. Diaorg punya sakan bermain sampai waktu tenghari pun sanggup ajak ibu turun ke bawah blok main lompat-lompat! dah anak ajak ..... turun jugak la hehe .....


video


Terer dah kakak melompat hehe. Hari tu tersangkut-sangkut lagi kaki kat tali tu, tapi dah selalu sangat melompat sampai dalam umah pun dibantainya melompat ... ! Bila dah dapat sikit-sikit lompat, seronok sakan la dia nak melompat lagi hehe.

Katanya inilah permainan yang dia main kat sekolah time PJ. Balik umah cerita kat ibu betapa bestnya main lompat-lompat ...hurmm memang faham dah la kalau dia kata best tu. Mesti nak kena belikan jugak kan hehe.


video



Hurmm .... gitulah pesen Mira melompat haha. Okla tu sayang ... sikit-sikit lama-lama jadi terer! hehe. Dia lompat dia ketawa, dia lompat dia ketawa ... dah ibu yang dok di depan pun bantai gelak la tengok dia melompat pesen gitu hahaha. 


You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. hanim download apps youtube for kids ...available at apps store... lebih mudah memantau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes ... tq dear. Nanti nak try godek-godek apps tu :)

      Delete
  2. asyik ngadapk benda yg tak keluarkan peluh memang membosankan...tapi dlm bosan tu ada jugak budak boleh stay main game sehari.suntuk..lupa.dah.bab makan...anti.sosial dari pengaruh sekeliling jugak...kita faham dimana kita berada selarang tapi jgn terikut dan ikutkan sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu Anim lebih suka diaorg buat aktiviti yang berbentuk fizikal dari hanya duduk mengadap cerita kartun di iPad sepanjang hari. Lagipun memang diaorg sendiri tak tahan duduk lama-lama ngadap benda tu hehe. Diaorg lagi suka bermain dengan sesuatu :D

      Delete
  3. takut jugak kan kak anim, takut terbukak channel yg bukan2.. Irine tengok tv..dulu tak subscribe pon astro disney..laa ni terpaksa laa suvscribe.. ahaahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau boleh takmo langsung bagi diaorg tengok kartun kat situ...tapi kat tv pun citer ntah ape-ape baikla bagi tengok kartun sekejap. Astro pulak duk kat kampung ... memang tak dapek la nak nengok kat situ hehehe :D

      Delete
  4. Budak2 kalau dah biasa bermain melompat belari tak de boleh nya lama2 dia nak ngadap youtube..macam anak perempuan saya tu..dia tengok jugak youtube kalau hari cuti tapi tak lama pun..xsejam je..lepas tu dia melompat jugak..

    ReplyDelete
  5. hehe comel je! Bagus la anak anak akk tak mengadap kat Gadjet je.. Sekurang2nya mereka tahu main permainan yang lebih sihat..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM