Hari Sukan

Tuesday, April 28, 2015


Assalamualaikum!


Tarikh : 26 April 2015 

Kul 8.30 dah ada di sini. Daftar nama kemudian terus cari kerusi... yang kakak dah hilang masuk ke dewan ready untuk senamrobik! hehe. Ahaa ... dia memang eksaited lama dah tu nak menari atas padang. Tahun lepas dia masuk perbarisan je ... tak best katanya sebab panas! hehe

Ibu pun sebenarnya tak suka masuk perbarisan dulu! Dah la kena pakai props segala dari atas kepala sampai ujung kaki ... pastu kena jalan serentak dalam baris. Lagi tak suka bila tiba masa cikgu berucap! hahaha ..... memang rasa nak pengsan masa tu. Dengan mataharinya ... panas tau! Terkenyit-kenyit mata menahan silau matahari ... pastu dalam hati dok merungut,"bila la cikgu ni nak habis bercakap ... lamanya membebel!" haha...



Hari sebelum tu kan hujan ... maka padangnya berlecak la. Tapi perbarisan tetap diteruskan. Padang ni takda trek getah .. so semua berjalan atas rumput berlecak. Bila berjalan kat lopak air tu habis semua berterabur! Kawad perbarisan dah takda rupa kawad dah ... semua berjalan macam kat atas bendang hehe. Kasut yang putih pagi tadi habis jadi kaler kopi ....huwaaaa! 




Ni la senamrobik yang kakak ceritakan tu. Lama giler diaorg menari ... dekat 10 minit ada ni hehehe.

Cer tengok kasut kakak (baju pink) .... huwaaaaa! T_T




Kesian diaorg ... padang berlecak, lari kena buka kasut. Kena hati-hati la dengan lipan dan cacing time gini ... takut jugak kan.

Dah tu nak berlari payah jugak sebab rumput licin dan berselut ...kaki jadi 'berat' la. Ni kalau ibu yang berlari memang jatuh la sebab kaki ibu tak boleh grip kuat bila berlari huhu.




Time kakak sukaneka ...hehe. Bab sukan kakak cemerlang ... sebab dia aktif dan tak reti duduk diam! hehe. Dan dia suka bersukan sebenarnya ... banyak kali gak ajak aku gi berjogging petang-petang kat taman tasik. Cuma ibu je kemalasan berpanjangan ... haha. 




Ingatkan datang nak bagi sokongan kat anak bersukan...alih-alih ibu pulak terjebak sama! Pak Jelan awal-awal dah pas baton kat aku ...! Tahun lepas bolehlah mengelak ... tahun ni takda can la hehehe .... T_T

Redho je la dik non .... janji anak bahagia! haha ...




Berkat masuk acara ibubapa ngan anak, dapat jugak merasa hadiah ni ha ... hehehe. Tempat ke 10 dari 10! bhahaha ...dapatla towel kecik dua helai :p

Tapi yang seronoknya kakak la ... dapat naik pentas dua kali amik hadiah hehehe. Haihh ...lega cheq!Tahun depan ibu pas baton kat ayah pulak yek! :p




Time ni semua berkumpul balik tengah padang untuk amik pingat kemenangan dalam acara masing-masing. Habis seluar masing-masing ... berlumpur! hehe




Walaupun tahun ni kakak hanya dapat bawa balik pingat gangsa, tapi itu sudah cukup cemerlang bagi ibu. Ibu dulu cukup payah nak bawa balik pingat ke rumah tau kak...hahaha.  

Bagi ibu, cukupla kakak suka bersukan dan have fun dengan kengkawan pada hari tu. Yang penting, ibu dan ayah dan adik ada bersama ngan kakak pada hari tersebut. Ibu dulu pun berharap sangat Atok & Wan datang hari sukan ibu ...jadi bila tiba turn anak, ibu jadi tak sampai hati nak menolak.

Apapun ... insyaAllah ibu dan ayah akan terus bagi semangat pada kakak dan adik :)


You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. menggamit memori baca entry nie.
    rasa macam nak back to school plak.
    hari sukan hari yg dinantikan oleh murid2.
    best.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM