Monday, April 06, 2015

# Event # Hijabey 2015

Hijabey 2015 Hijab & Beauty Fair IDCC Shah Alam Sukses!


Assalamualaikum!




Semalam aku berkesempatan menghadiri pameran Hijabey 2015 Hijab & Beauty Fair bertempat di IDCC, Shah Alam untuk buat pertama kalinya! Pameran yang berlangsung selama 3 hari bermula 3-5 April telah pun berakhir semalam. Sure sapa yang datang semalam mesti tersenyum puas sebab dapat borong banyak tudung dan pakaian cantik-cantik kan hehe.




Sampai sana dalam pukul 10.30 pagi, siap-siap sarapan di rumah masak mee goreng hehe. Kaunter pendaftaran yang dibuka seawal jam 9 pagi pun tak ramai lagi tapi banyak booth-booth yang dah dibuka untuk jualan. Sedap 'cuci mata' dan belek-belek tudung yang berkenan hehe.

Yang bestnye, pengunjung yang datang awal turut diberikan goodies bag! waaaaaaaaaahhhhh! Bloggers yang datang pun diberikan goodies bag ....weeeee! Terima kasih Hijabey sebab sangat bermurah hati. Dalam goodies bag tu antaranya ada instant Shawl dari DILARA,dan pin tudung VONAISH (cantik sangat hokeyyy!). Perghh ...kiranya inilah instant shawl aku yang pertama ye hehe. Sukeeee sangat!^^




Datang sebagai blogger so ada pas blogger hehe. 

Sebelum menunggu ketibaan Iron Lady, Yang Berbahagia Datuk Wira Dr Maznah Hamid untuk merasmikan Ist International Hijabey 2015 Hijab & Beauty Fair, kitaorg jalan-jalan kat booth 'cuci mata' dulu hehe.

Selama 3 hari pameran ini berlangsung, sambutan yang diterima amat memberangsangkan ok! Maklumla, dah la murah cantik-cantik pulak tu pilihan tudung dan baju di sini! Memang kena stenbai wallet cik abenggggg! haha.




Kalau ada booth jual tudung, wajibla juga ada booth jual pin tudung kan hehe. Cantik-cantik koleksi yang ada di sini!












Antara produk yang mendapat sambutan sangatttttttttt lumayan ialah tudung AIDIJUMA sampaikan semalam booth mereka kosong sebab semua stok tudung habis dijual pada hari pertama dan kedua! Perghhh!




Sementara menunggu Datuk, sempat lagi kak long dan kak cik berselfie hehehehe. 




Tiba masa yang dinantikan semua, ketibaan dan seterusnya perasmian Hijabey 2015 oleh Iron Lady kiter, Yang Berbahagia Datuk Wira Dr Maznah Hamid




Datuk juga tidak ketinggalan berucap dan memberikan motivasi kepada semua yang ada di situ untuk lebih berdaya saing dalam perniagaan. Memang bersemangat dengar beliau bercakap di atas pentas ... bertenaga dan sentiasa berfikiran positif!

Selepas tu, kami disajikan dengan persembahan peragaan fesyen yang menggayakan busana muslim dan muslimah serta persembahan rancak dari kumpulan AlFarabi Band. 




Yang Berbahagia Datuk bergambar bersama model-model muslim dan muslimah serta tetamu kehormat.

Last but not least ....




Sempat bergambar dengan akak ANITA BAHAROM. Beliau pun ada buka booth kat sini semalam dan semua koleksi beliau memang cantik-cantik ..macam orangnya! hehe.

So, bagi korang yang tak sempat datang roadshow Pameran Hijabey 2015 edisi Shah Alam, korang masih boleh terjah dia dua lagi lokasi panassssssss! hehe. 


SUNWAY CARNIVAL CONVENTION CENTRE, PENANG
29-31 MEI 2015

KELANTAN TRADE CENTRE
21-23 OGOS 2015



Untuk orang Pulau Pinang dan Kelantan .... tungguuuuuuu kami datang! ^^


6 comments:

  1. Yes.. tunggu kami datang heheh

    ReplyDelete
  2. wah..mesti banyak peniaga yang buka booth kat sini dan memberikan harga yang murah kan...

    ReplyDelete
  3. Meriahhh betul! Haishh kalau tak ada hal dah lama turun. Nak beli untuk dinner nanti. Huaaaa. Tak ada rezeki

    ReplyDelete
  4. saya pun pergi hari sabtu.. shopping tudung AJ jer.. heheheee

    ReplyDelete
  5. cam tak puas plak shopping sabtu hari tu, sebab banyak yg murah & cantik. kalau lah boleh balik penang plak nanti hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?