Friday, April 10, 2015

# DILARA # Instant Shawl

Instant Shawl by DILARA


Assalamualaikum!




My first instant shawl ...

Dapat masa di pameran Hijabey 2015 hari tu .. terus jatuh cinta dengan shawl by DILARA ni! Macam-macam corak dan warna ada tapi aku paling suka yang ni sebab ada dua kombinasi warna kesukaan aku ... hijau dan ungu! :D

Lagipun aku takda lagi shawl warna ungu atau hijau, jadi bila dapat design dan warna idaman macam ni ... alamakkkk bestnya! :)





Yang aku pakai ni saiz M.  Ingatkan muka panjang macam aku ni tak sesuai pakai instant shawl tapi dengan DILARA, aku rasa selesa sangat dari awal sampai akhir! Nak pakainya pun senang .. dah nama pun INSTANT kan hehehe. 

Dan dalam masa 8 jam di opis ni jugak, aku perasan yang aku tak perlu nak betulkan shawl aku setiap satu jam! haha ....

Paling best kainnya lembut tapi tak licin. So, aku tak perlu nak cucuk pin sana sini bagai ... just nice je dan paling penting aku tak perlu adjust teruk sangat macam shawl biasa.




Pandangan belakang 


Shawl ni walaupun saiz M tapi korang jangan risau memang muat pakai walau apa pun saiz muka korang hehe. Pipi tembam pipi kurus memang boleh masuk ngan instant shawl ni. Depannya menutup dada dan belakang juga labuh. So, ibu-ibu yang menyusu anak pun tak da masalah nak pakai instant shawl by DILARA ni.




Memang tangkap cinta habis dengan instant shawl ni! Banyak lagi koleksi DILARA yang boleh dipilih .. memang berbaloi sangat ni! 

Terima kasih Pn. Azura dan DILARA COLLECTION atas hadiah yang super duper awesome ni! :)

Kalau korang berkenan ... boleh tengok lagi koleksi DILARA di :


Instagram : mydilaracollection


4 comments:

  1. Akak takde lagi instant shawl ni..ingat nak beli satu nanti..dapat free pun best,,,hehehe

    ReplyDelete
  2. huhu, senang je nak pakai.... saya dapat warna ijau

    ReplyDelete
  3. memang mudah kalau pakai instant shawl..sama je bentuk dia lebih kurang dengan shawl tu.cuma tak payah lilit2 je..sarung je dah siap..kan?/

    ReplyDelete
  4. Cantik nya kak.. ni ena jatuh hati dah ni.. ena lately jadi addicted dgn tudung lawa lawa ni... nk grab je rasa satu sekarang

    ReplyDelete

Apa kata korang?