Wednesday, April 08, 2015

# Informasi Dan Tips # Islam Point Of View

Jadi Ejen Cari Madu?


Assalamualaikum!




Best gak kan jadi ejen cari madu ni hehe. Eh ... madu tu bukan madu no.2, no.3, no.4 ye! Jangan ada bapak-bapak yang teruja pulak ye! hehe. Madu yang aku maksudkan ...ni ha madu asli!

Madu ni dipesan oleh kakak ipar aku sejak minggu lepas lagi. Sejak dia mengamalkan makan madu tualang ni alhamdulillah penyakit semput/lelah yang dialami semakin berkurangan dan bertambah baik. Sebelum ni kakak ipar aku biasa makan madu tualang dalam botol sedikit kecil dengan harga RM40 sebotol. Tapi Pak Jelan pergi masjid semalam, yang ada madu tualang pesen gini (atas). Harga RM48 sebotol.




Madu asli ... segar dengan sarangnya sekali! Kawan Pak Jelan kirim jugak! Teruja aku tengok ... ni kali pertama aku tengok madu asli siap dengan sarangnya secara dekat hehe. Besarnya hanya sepotong kek ... tapi harganya RM65 sebekas! Perghhh ....

Pak Jelan cakap kalau beli dengan orang asli harganya boleh cecah RM100+ jugak tau! Memang berbaloi kalau dapat merasa yang original dan asli seperti ini. 


Madu Dari Sudut Perspektif Islam

Firman Allah yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan" 
-Surah An-Nahl (ayat 68-69)-



Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ;
”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”

Khasiat Madu

Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:


  • Asma
  • Alahan
  • Barah
  • Buasir
  • Haid
  • Jerawat
  • Keletihan
  • Resdung
  • Rambut gugur
  • Batuk kering
  • Darah tinggi
  • Gastrik
  • Lendir kahak
  • Lemah jantung
  • Mata
  • Pening
  • Penyeri muka
  • Sakit kepala
  • Sukar tidur
  • Sakit sendi
  • Sakit pinggang

6 comments:

  1. pregnant ni,akak memang amalkan makan madu dengan jus delima...bukan senang nak dapat yang original madu tualang ni,kekadang ada gak yang tak ori..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak... payah nak cari madu asli sekarang ni. Ini pun first time Anim tengok madu tualang dan madu asli sebegini. Mahal ... tapi berbaloi sebab ori! :)

      Delete
  2. Ena dulu tak suka madu. Skrg bila amalkan dan rasai keberkesanannya memang menakjubkan. Nanti nak try yang ini pula. Ena pun teruja bila terus dari sarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ...makanan sunnah nabi memang banyak khasiatnya kan. Tambah dapat sekali ngan sarang begini ... ehehe akak menahan je semalam rasa macam nak gigit sarang lebah tu hehehe :D

      Delete
  3. hanim jual ker madu ni..sedap ni kan..bnyk manfaatnya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak sis ... suami anim tolong belikan untuk kawan je :)

      Delete

Apa kata korang?