Thursday, April 09, 2015

# Anything and Everything # Buli

Kakak .. Tolong Jangan Buat Begini Di Sekolah Ye


Assalamualaikum!


Terbantut mood aku nak lunch ...

Video pelajar bergaduh ....lagi!! Kali ni budak-budak sekolah rendah habis jadi tatapan manusia di alam maya. Video? Maaf .. aku tak berkenan nak berkongsi videonya di sini ... cukup-cukuplah orang lain dah aibkan budak-budak ni di media sosial. Aku share gambar je la ... tu pun aku blurkan dulu huhu.

Yang tukang merakam pun ... alahaiiii! Ape nak jadi ni?? Sampai nak merakam video pastu gi sebarkan di fb?? Parah dah ....! Kalau ko anak acik ... yang merakam tu ... acik libas dengan rotan tau tak! 

Mujur ko bukan je ...! :(




Budak sekolah rendah .. bergaduh tu perkara biasa. Kadang ada yang tak ngam kawan kemudian gaduh la sikit-sikit. Siapa-siapa pun pernah melaluinya dulu ye tak. Tapi kalau sampai merakam perbuatan kawan ko tarik tudung kawan... tolak menolak, kemudian pergi share kat fb bagi orang tengok ... ko nak tunjuk ape sebenarnya dik??

Sedih ... sebab aku ada anak di sekolah rendah jugak. Dan ini antara benda yang aku mahu kakak jauhkan sejauh-jauhnya! Aku tak mahu bayangkan kalau kakak berada dalam video ni. Mau ibu seret dan ikat kat pokok yang ada kerengga tu kang ...!

Tolong ye .... ibu tak pernah ajar anak-anak ibu berkelakuan kasar atau cakap kesat atau malukan kawan depan kawan-kawan lain. Apatah lagi merakam keaiban orang kemudian gi sebarkan satu dunia! 

Yang aku geram tu .. budak yang merakam tu siap ketawa-ketawa kat belakang sambil rakam. Ko ingat orang tak nampak muka ko, ko selamat la ye. 

Tiap kali kakak pergi sekolah memang ibu doa banyak-banyak supaya kakak dijauhkan dari benda-benda sebegini. Kita di sekolah bukan setakat kena menghormati guru-guru sahaja, tapi rakan-rakan sekolah juga. Tak kira junior atau senior kena baik-baik ... elakkan pergaduhan kalau boleh. 

Ingat! awak tu perempuan ... kot mana pergi pun kena tahu malu .... kalau tak dengan manusia ... wajib malu dengan Allah! 

:(


6 comments:

  1. Budak sekolah rendah dah pandai sekarang ni. Astagfirullah. Hurm, semoga anak anak buah ena tak macam ni. Risau tetiba

    ReplyDelete
  2. Aik.. Cmne leh rakam.. Kt sekolah ke luar sekolah...hmm..bebudak skrg..tak tahu la..moga ank kita tak camtu..

    ReplyDelete
  3. makin menjadi2.. x serik2 budak2 sekolah dgn beberapa kes sblm ni.. seolah2 hukuman yg diberikan kpd pesalah sblm ni x menakutkan mereka..

    ReplyDelete
  4. Aish byk btul kes2 macam ni kat sekolah...

    ReplyDelete
  5. Salam mesra..

    Jemput join Segmen Bloglist Mei-Jun CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  6. akak memang takkan tengok video yang melibatkan kanak-kanak dan bayi dalam kes macam ni anim..tak sampai hati nak tengok..apatah lagi nak share..mungkin bagi diorang sedikit kebanggaan bila dapat share benda² macam ni di sosial network...tpi yang parah tu of courselah kawan² nya...kena bagi pengajaran supaya tidak berulang lagi...

    ReplyDelete

Apa kata korang?