Kantin Sekolah Ada GST??

Tuesday, April 07, 2015


Assalamualaikum!


"Bu ... kantin kakak dah ada GST bu"

"Huh...? lorr ... naper pulak?"

"Entah la....roti yang kakak suka makan tu dah naik harga dah. Dulu RM1 sekarang dah RM1.50 ..."

Hurmm ....

sumber : google

Memang roti termasuk dalam senarai barang makanan yang dikenakan GST. Cuma roti putih dan roti gandum je takda GST. 

Hurm ... kesian kat budak-budak sekolah. Nak makan pun kena berkira-kira pasni huhu. 




Dah la kakak suka makan Squiggles Funky Strawberry ni ...kalau sampai awal ke sekolah dia akan pergi ke kantin dan beli roti ni sebelum masuk kelas katanya.

"Ermm ... kakak beli nasi lemak je la pasni. Roti yang kakak suka tu dah naik harga ...."

Hurm ... sayu pulak rasa bila dengar dia ngeluh gitu. Nampak gaya duit belanja sekolah RM3 macam dah tak relevan lagi dah. Demi kemajuan ekonomi negara tercinta ... ibu kena 'up' lagi la duit belanja sekolah kakak atau kakak hanya mampu tengok je la roti kegemaran dia dari jauh .... 


Mira : "GST ...GST ..... GST....!"

Ayah : "Adik tau ke GST tu ape?"

Mira : "ermmm .... naik harga ...?"


Budak tadika pun reti aihh .... !


UPDATE : Hasil siasatan sendiri menunjukkan harga roti Squiggles tu berharga RM1.05 dari RM1.00. Kakak pergi cakap "seringgit lima ...", ibu mati-mati ingat RM1.50! hahaha. Itu bukan seringgit lima nak oiii ... itu kita panggil seringgit lima sen! Haihhh..... derau jantung den! Still .. ade kenaikan di situ. Lima sen pun orang kira dah la ni weh! :D



You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. budak pong tahu GST menyusahkan... uurrrmmm :(

    ReplyDelete
  2. alahai...kesian budak² sekarang ni anim,klu ada jenis mak bapak yg tak mampu nk bg duit byk sehari untuk anak²,macam mnelh yek...tp melampaukn naik sampai 50 sen..

    ReplyDelete
  3. bawak bekal pulak hanim..masak simple2 je..kantin sekolah pun naik harga jugak.kesian budak2..

    ReplyDelete
  4. banyaknya naik...50 sen tu! kesian budak2 kan...buatkan bekal jer la mommy...tak sampai ati pikir budak jadi susah nak beli makanan!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM