Thursday, April 02, 2015

# Cerita My Pearls # Kids

KidZania KL - Doktor atau Chef Biskut?


Assalamualaikum!




Err .. ade gaya doktor tak? Doktor Hazwani ...hehe. Last time datang tak sempat merasa nak jadi 'doktor' so kali ni kakak ...silalah jadi doktor yang berjaya yek hehe. 




Sekarang kakak 'bertugas' di KPJ Specialist Hospital bahagian Accident & Emergency Room lagi! haha. Ni kira bahagian kecemasan la gitu. Ada dua KPJ sebenarnya kat sini. Satu kat atas, satu kat bawah. Yang kakak pergi ni kat tingkat bawah so tak dapat merasa la naik ambulan. 

Tapi takpe, kakak memang taknak naik ambulan pun. Dia lagi teruja tengok alat-alat untuk merawat pesakit hehe. Di akhir tugasan ni, kakak diberikan 8 Kidzos sebagai gaji.




Siapakah disebalik langsir tu? Haa itulah Mira dan sorang lagi budak lelaki haha. Dia kena 'tarik' tuk jadi pesakit di situ hehe. Bila akak KPJ tu offer Mira jadi pesakit dan cakap Mira paling comel ... laju je dia masuk dalam duduk atas tilam! hehehe.



Bakal-bakal doktor sedang mendengar penerangan dari staff KPJ. Ubat mana nak guna, bagaimana nak rawat .... eh ye ke ... macam la aku dengar sangat ape akak tu cakap! hehe. Mak pak duk luar je la tangkap gambar.




Konfiden kakak merawat adiknya. Kakak sebelah dia yang pakai tudung ungu tu pulak ngikut ape dia buat haha. 




Dah habis 'rawatan' semua orang diberikan 8 Kidzos. Mira yang jadi 'pesakit' je pun dapat gaji jugak ...haha. Tapi di dunia realiti pesakit bukan dapat duit, kena keluarkan duit sendiri lagi ada yek. 




Dah puas main doktor-doktor, perut rasa lapar pulak haha. Jom kiter naik atas tengok ape yang best kat situ. Tengok-tengok ada Oreo Factory! Haaa ..ni macam best je macam sedap je hehe. Tapi yang tak bestnya, kanak-kanak umur 8 tahun dan ke atas je yang boleh masuk.

So, Mira dan ibu kenala tunggu di luar huhu. Kita tengok kakak buat biskut oreo yek.






Nak masuk kena bayar 7 Kidzos kalau tak silap aku. Kakak cukup suka kalau bab masak-memasak ni. So, memang kenala tempat dan masanya hehe. Siap dengan apronnya .. dah macam chef biskut pulak ibu tengok hehe.




Tempat diaorg nak buat biskut oreo.




Nak buat apapun kena basuh tangan dulu kan. 




Dengar dulu penerangan dari abang 'chef' sebelum tu ....




Tekun masing-masing menekap biskut hehe. Ibu yang berdiri dari luar ni ha pun macam best je tengok kakak bust biskut tu. Haihh ..terkenang pulak kat peralatan buat biskut raya aku tu, mesin uli tepung, penggelek, talam, oven semua kat kampung. Bila la nak start balik buat biskut ni ... @_@




Adik lagi kesian ...disebabkan masih di bawah umur, maka tengok aje la dari luar hehe. Takpe, kang kakak dapat biskut oreo kita 'pau' sama kakak ye hahaha. 



Dah siap tekap biskut letak atas plastik putih pastu bakar. Akhir sekali setiap sorang dapat la sebungkus biskut oreo yang ada 3 keping dalamnya haha. Kakak makan 2 adik makan satu ...jadikleerrr :)

Nanti aku kongsikan pulak cerita kakak buat coklat yek :)


7 comments:

  1. bestnya bdak2 zaman sekarang..dlu2 mana der mcm ni..:)

    ReplyDelete
  2. sgt nak pegi kidzania ni.
    masa aje tak mengizinkan...

    ReplyDelete
  3. alaa kenapa tak share gambar biskut yang kakak tu dah bake T_T
    hihi! ada masa nnt nak try bawak adik pegi sini la

    ReplyDelete
    Replies
    1. diaorg masak je kat situ takleh bawak keluar. Dia bagi yang dah siap packing tuk bawak balik hehe :)

      Delete
  4. Seronoknya... Tak sbr tggu ank bsr..

    ReplyDelete
  5. Best la.. Bila la nk bukak satu kt area sini..:)

    ReplyDelete
  6. zaman kita dulu takde macam ni.
    Nanti boleh bawak anak ke sini ^_^

    ReplyDelete

Apa kata korang?