KidZania KL - Kakak Berarak & Adik Tekad Jadi Pekerja Bank

Wednesday, April 01, 2015


Assalamualaikum!




Kami kembali ke dunia KidZania! Last time kami datang sini tak berapa nk enjoy sebab banyak game yang kami terlepas pandang haha. Tapi kali kedua ni, aku pastikan kakak dan adik dapat buat sesuatu yang baru dan teroka lebih banyak lagi tempat dalam KidZania Kuala Lumpur.

Kali ni aku pergi atas jemputan event dan dalam pada tu aku bawak kakak dan adik sekali. Tak best la gi event dan tempat best macam ni tapi tak bawak anak-anak kan hehe.

Kalau aritu, KidZania bagi tiket masuk tapi kali ni aku masuk terus sekali dengan event. Means, tak perlu beratur di kaunter bawah tu, terus gi event bawak diaorg sekali. Lepas event, terus boleh start main dah hehe.




Bila aku tanya mana kita patut mula dulu, masing-masing tunjuk arah yang berlainan! Kakak nak masuk acting academy dan adik nak keje di bank hehe. Nampaknya aku kena split 'badan' aku jadi dua ni haha. Dua-dua tempat tu agak jauh dari satu sama lain, tapi untuk mereka ... bring it on bebeh! haha.




Kelas berlakon ni ada gaji ... 8 Kidzos. Kakak memang target dia nak kumpul lebih banyak kidzos hehe. Keje dia kena berarak macam cheer leader keliling 'bandar' KidZania pastu boleh dapat upah dah hehe. 




Nak berarak kena ramai-ramai baru syok. Ni diaorg tengah dengar penerangan dari abang-abang kat situ sebelum diajar menari dan pegang pom pom hehe. 




Ni dah siap-siap nak berarak dah ni haha. Aku dapat bayangkan bagaimana rupa kakak kalau dia pakai topi bunny yang cute tu! hehe. Tapi dia pandai ... dia pilih untuk pegang pom pom! hehe.




Pastu aku berlari pulak ke Mira. Mira pilih untuk try pekerjaan sebagai pekerja bank yang hantar barang. Malu-malu siput tul anak aku yang kecik ni. Tersengih-sengih dia depan kakak tu ..kakak tu cakap ape pun dia dok tersengih-sengih lagi hehe.




Sebelum nak buat keje kena dengar penerangan dulu dari akak ni. Keje Mira kena amik barang dari tempat lain kemudian bawa balik ke bank. Time ni Mira sorang je tapi pastu masuk sorang lagi budak perempuan nak join sama. 

Dah la orang tu speaking, aku redho je la harap-harap Mira faham ape dia kena buat nanti haha. Kena buat sendiri ..takda sapa nak escort atau tengokkan. Cari tempat amik barang dan balik semula ke bank.




Sorry gambar blur. Inilah hasilnya kalau 'nembak' guna 'kamera' canggih sangat! haha. Tu je yang termampu baut masa ni dik non. Lebih baik dari takda langsung ..ye dop! Anyway, Mira kena pegang troli barang kekdahnya haha. Kesian anak aku ..tapi ada gaya pulak tu tolak troli kan hehe.

Entri lain nanti aku ceritakan pengalaman diaorg jadi doktor dan pesakit hehe. Sorang jadi pesakit sorang jadi doktor huhu.


You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. adehhh tak sabar tunggu ash besar nak bawa gi kidzania juga...

    ReplyDelete
  2. seronok diorg yer dapat masuk kidzzania...

    ReplyDelete
  3. Seronok bila tengok anak-anak beraksi dan beresperasi tentang diri masing-masing.

    ReplyDelete
  4. saya pernah pergi juga.

    rasa mcm nak join sama je haha

    ReplyDelete
  5. Adeh sronoknya, knpla dulu2 x da mcm ni huhu

    ReplyDelete
  6. Bagus betul tempat ni. Mendidik anak anak kecil. Kenapa untuk orang besar tak ada ye. EkekEkekwkw. Syoknya

    ReplyDelete
  7. Seronoknya... Ank kacik lg x sesuai nk ke sini..

    ReplyDelete
  8. memang best kidzania ni, boleh bagi pendedahan pada anak2 dunia sebenar once mereka dah besar nanti kan

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM