Mini Pavlova Yummy!

Sunday, April 26, 2015


Assalamualaikum!


Kalau aku guna alasan 'lama dah mengidam nak makan pavlova' ... agak-agak boleh diterima tak? haha. Arrhh.... ko ni Nim mengidam mengalahkan orang yang perut 'berisi' ....! Mengidamnye tak habis-habis tapi perut rupa tuuuuuu jugak! >.<

Tapi memang betul pun dah lama teringin nak merasa pavlova ni. Dah la tu, dalam banyak-banyak kawan aku kat FB, si Rara tu sorang je la yang rajin dok pos gambar pavlova dia hari-hari! Huh .... suka menggoda tau!




Takleh jadi! Kena order sekotak jugak ... buat lepas hajat! Tapi aku order dua kotak la ... sekotak tuk aku, sekotak lagi share tiga beranak --> ayah, kakak dan adik! Hahaha .... kijammmsss ibu~ 




Gebu sangat mini pavlova ko Rara! Geram nengok...sayang pulak nak makan tu hehe. Tak pernah lagi aku merasa pavlova ni ...sedih kan! haha. Nak membuatnya jauh sekali ... semangat oh semangat!




Tukang jual ... mak dara merangkap rakan blogger #kelabbloggerbenashaari hehe. Memandangkan aku tak dapat nak join Blogger's Day Out kat Cyberjaya hari ni, dan takmo kempunan terlepas merasa mini pavlova Rara, maka baik aku order awal-awal hehe. 




Berselera anak dara kecik aku makan ... hehe. Memula jual mahal tengok ada buah atas tu. Dah dekat nak habis baru teringin nak merasa sikit. Dah jilat sikit ... ha tudiaaaa melekat terus plastik kat mulut! haha. 




Thanks Ra .. memey sedap ah! :D

Nak order? Boleh wassap Rara kat nombor di kad di atas :)



You Might Also Like

4 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM