Wednesday, April 01, 2015

# Cerita Kat Opis # Jam Tangan

Shopping Apa Di Zalora?

Assalamualaikum!





Inilah yang dinamakan membeli-belah di ambang #GST haha. Semalam punyer order arini sudah sampai barangnya. Selalunya aku tengok je orang dok usha barang-barang kat situ kan. Kali ni aku pulak dapat merasa online shopping ni hehe. Tak pernah aku nak amik tau sebelum ni cara nak online shopping ni, tapi bila orang bertanya haruslah aku share cara dan kekdahnya walaupun ini kali pertama aku dengan Zalora! hehe

Iye .....first time! Tak caya? memang aku tak pernah shopping kat Zalora sebelum ni. Inilah kali pertama aku kiranya ...dan selepas beberapa percubaan godek-godek sana sini barulah berjaya!




Jenama : Casio
Harga : RM134
Postage : FREE (untuk pembelian atas RM75)


Jeng jeng jeng .... inilah bendanya yang berjaya dibeli! Tapi bukan aku punye laaaa haha. Sebenarnya aku tolongkan kak Tun opismate aku ni membeli di laman web Zalora ni ha. Nak carikan hadiah hari lahir tuk suaminya yang jatuh pada 1 April ni. Bertuah suami kak Tun, orang lain 1 April dapat #GST je haha. Maka, sebagai kawan aku tolongla mana yang termampu, walaupun hakikatnya aku tak tau cara nak order barang apatah lagi nak tekan situ sini! haha.

Dua hari aku ngan Kak Tun cuba godek-godek cara nak membuat pesanan dan masukkan butiran peribadi. Yang konpiusnya, aku tertekan item jam tu banyak kali, nak tekan button 'cancel' tak jumpa pulak! so dia kuar sampai 9 biji! Total kena bayar RM1000+ ...mau tak gayat!! haha.

Takut nak tekan lelebih, aku suruh Kak Tun lek lu ...tutup pc sambung esoknya hehe. Esoknya, try tanya opismate lain dia suruh bukak balik. Rupanya kena tekan 'back' kat sebelah atas kanan tu baru dia reset kembali total item kita tadi hehe. Adoiiii ... tu la pesen bila mak-mak baru belajar online shopping ni kan. Selalu suh orang PM je kalau nak beli barang. Masuk duit ...setel... barang sampai! Ni kena tekan sini sinun bagai ..hehe.

Alhamdulillah akhirnya pembelian berjaya! Suka sungguh kak Tun ..tak sabar nak bagi hadiah buat suami tercinta gitu ..ahakzz! 

Tapi yang sedihnya .. tadi try tengok balik kat laman web Zalora, harga untuk jam tangan jenama yang sama ... naik jadi RM142!! Pergh .. beza RM8 ko! 



Start 1 April 2015




Sebab GST kah?? huhu ....


7 comments:

  1. cantik nye jam tuuu..cantik sangat... kite pernah bg asben jam pon time hantaran kahwin.. tp dia bukan pakai pon..sebab kerja dia tak boleh pakai jam..kang tengah2 masak masuk periuk.. hahaha.. memg tak pakai laa dia.. =(

    ReplyDelete
  2. cantik jam ..hihi
    MG pun tgh tgu jam jgk ni
    tp lmbt skit sbb pre order la plak ....
    meroyan tgu ...huhuhu

    ReplyDelete
  3. cantik, I choose bag :D kat zalora :D

    ReplyDelete
  4. Haritu zalora ada banyak sale kan..seronok window shopping. hahaha

    ReplyDelete
  5. Mula2 mmg mcm tue..lepas nie ok la.. Barang2 kt zalora pn banyak yg menarik..service pn cepat...:)

    ReplyDelete

Apa kata korang?