Walaupun Sakit ....

Wednesday, April 29, 2015


Assalamualaikum!




Tambah sehari lagi MC. Pagi semalam dapat panggilan dari cikgu,"Puan Hanim ... Hazwani macam demam, boleh ambil dia di sekolah?". Cepat-cepat call pengasuh minta tolong ambilkan kakak. Mujur pagi tu dah pesan kat pengasuh awal-awal suh stenbai kalau-kalau cikgu call. Rupanya ramalanku benar belaka ...!

Malam sebelum tu memula selsema je. Pagi tu gabung sekali dengan batuk. Sampai kat sekolah terus jadi demam! Walaupun suhu badan tak panas ...cuma dedar, tapi dia ngadu pening kepala. So, petang semalam singgah kat klinik .. dan terus dapat 2 hari cuti!

 

Sampai rumah, suh dia mandi. Dah mandi dan solat, terus makan nasi ayam yang ayah bawa balik tadi. Pastu makan ubat. Sementara nak tunggu untuk makan ubat tu, sempat lagi dia masuk bilik buat sesuatu. Ingatkan nak setel homework atau susun beg, rupanya dia menulis sesuatu ..!

Aku duduk di sebelahnya ...temankan dia. Tengok apa dia lukis. Katanya untuk ayah. Dilukisnya buah pisang la ... buah strawberry la... buah naga la ...blueberry la ...! Tu nak suruh ayah makan buah ke ape ...hehe. Dah siap melukis, dibuatnya sampul surat ... dilipat-lipat surat tadi masuk dalam sampul. Kemudian bagi kat ayah ...

"Kakak nak buat surat tuk ibu plak .... jangan tengok tau!"

Ni kakak ni sihat ke tak sihat? orang sakit kena berehat ..bukan tulis surat. Tapi biasa la .... kalau dah dasar jiwa sastera ... selagi berdaya selagi boleh .. dia nak menulis jugak hehe.




Aku cuba juga curi-curi tengok ...."haippp! ibu jangan la tengokkkk". Tak dapat nak tangkap apa dia tulis, pasal aku tak pakai cermin mata hehe. Nampak macam panjang nau ayat karangan dia. Apa lagi la anak aku yang sulung ni nak luahkan ....

Dah siap tulis, dibuatnya sampul surat plak ...pastu lipat surat tadi dan letak dalam sampul :)

Kalau ayahnya punya surat ada gambar-gambar buah, kereta dan rumah. Surat untuk aku lain pulak pesennya. Penuh dengan ayat-ayat yang menyentuh hati ..! Takda sapa suruh, takda sapa paksa .. tapi itulah Hazwani .. dia akan tulis bila dia rasa nak tulis.




Loooorrr ... dah kenapa tetiba anak aku ni minta maaf? Ibu tak marah apapun .... dan kakak tak salah apapun ....

Tapi kata-kata yang paling #deep ... yang kaler coklat tu la hahaha! Ok la ...ibu minta maaf dan akan cuba perbaiki kesilapan ibu. Terima kasih sayang atas teguran dan perhatian kakak terhadap ibu. Ibu doakan kakak cepat sembuh. Ibu tak sakit hati ..jauh sekali nak marah. Ibu cuma tak suka tengok kakak sakit ...sebab tu ibu larang makan aiskrim aritu.

Kat umah pengasuh tadi dah stenbai ubat-ubatan. Suh dia minum air masak banyak-banyak. Biar banyak kali pergi tandas...asalkan panas di badan hilang. 

Moga anak ibu cepat sembuh ye sayang .... :)

You Might Also Like

3 pengomen comel

  1. get well soon kakak! musim demam, batuk,selsema sekarang ni. tapi surat tu tetap touching! :))

    ReplyDelete
  2. puitisnya.. memg deep.. pandai kakak... moga kakak cepat2 sembuh..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM