Breaking

Thursday, April 16, 2015

Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 1


Assalamualaikum!


picture credit : Ben Ashaari

Pengalaman yang sungguh berharga dan bermakna .... itulah yang dapat aku gambarkan ketika menyertai Program Zikra 2015 bersama Lembaga Zakat Selangor semalam. Tahun ini kami berkesempatan untuk merasai pengalaman dan menyaksikan sendiri program yang dijalankan setiap tahun oleh Lembaga Zakat Selangor! Alhamdulillah ....


Semuanya bermula di sini .. di ibu pejabat Lembaga Zakat Selangor, Seksyen 13 Shah Alam. Seawal jam 8 pagi, seramai 15 orang rakan blogger #kelabbloggerbenashaari berkumpul untuk menyertai konvoi ziarah 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015.



Sebelum memulakan aktiviti, kami diberikan taklimat ringkas. Ada enam lokasi yang akan terlibat dalam program ziarah asnaf kali ini. Nanti aku ceritakan satu persatu ye, nak cerita semua sekali sedebuk kat sini ... tak syok maaaa hehe.

Lagipun setiap jenis bantuan yang diberi adalah berbeza untuk setiap penerima. Ini menunjukkan zakat bukan sekadar bagi bantuan kewangan ye! Apapun jom kita pergi ke lokasi pertama ...


picture credit : yanieyusuf

Dari kiri ... kak Yani, Sue Izza dan opkos .. aku hehe.




Lokasi pertama kami, Kompleks Asrama Anak-anak Asnaf Baitul Hasanah, Kg. Perepat, Klang. 




Info ringkas tentang kompleks asrama diberikan oleh En. Abdul Basith Hamid. Untuk makluman korang, Kompleks Asrama Anak-anak Fakir dan Miskin ini juga dikenali sebagai Baitul Hasanah yang bermaksud Rumah Yang Baik. Mula beroperasi pada tahun 2009, kompleks ini dibina bertujuan membangunkan generasi kedua yang terdiri daripada kalangan anak-anak asnaf fakir dan miskin di Selangor. 




Inilah antara agenda Lembaga Zakat Selangor yang mana mereka turut menyediakan kemudahan asrama yang kondusif dan selesa untuk para pelajar di sini. Selain itu, kemudahan seperti perpustakaan dan bilik komputer turut disediakan.

Kalau korang masih ragu-ragu kemana perginya wang zakat yang korang bayar pada Lembaga Zakat Selangor setiap tahun ... nah! inilah hasilnya yang dapat korang lihat. Alhamdulillah .... 




Bilik komputer untuk para pelajar. Lembaga Zakat Selangor kini juga dalam perancangan untuk membuka komples yang sama di Sepang, Banting dan Hulu Selangor. Alhamdulillah ... moga ramai lagi anak-anak asnaf yang mendapat manfaat dari kutipan zakat ini.




Kami turut dibawa melawat ke bilik asrama pelajar lelaki dan perempuan. Yang kat atas ni bilik asrama lelaki yang boleh menempatkan 8 orang dalam satu bilik. Tapi, kebanyakan bilik mempunyai 6 orang sahaja. Aku juga dimaklumkan, warna dinding bilik ini adalah mengikut karakter pelajar yang mendiami setiap bilik. Warna yang lembut dan cerah adalah disyorkan untuk memberikan rasa tenang ketika mereka berada di bilik.




Yang ni bilik asrama pelajar perempuan. Boleh nampak kekemasan dan kekreatifan mereka menghias bilik hehe. Semuanya tersusun rapi dan nampak cantik je!




Selesai melawat lokasi pertama. Next, kami ke mana ye? Tunggguuuu ......:)


6 comments:

  1. terbaik LZS.. memang pengalaman yang berharga! moga anak2 asnaf ni jadi anak yg berjaya dan berbakti pada negara nanti..

    ReplyDelete
  2. Cantik gmbar dok senyum............

    ReplyDelete
  3. ada pergi dekat puncak alam tak?pak cik saya salah sorg pegawai zakat yg terlibat dlm program ni..tapi nmpk dia upload yg dekat puncak alam je..

    ReplyDelete
  4. tak kerja la semalam ye??hehhe

    ReplyDelete
  5. Terbaik Lembaga Zakat Selangor..tahniah #kbba

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.