Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 2

Friday, April 17, 2015


Assalamualaikum!


Bila kita bercakap tentang zakat, pastinya ada sangkut paut dengan asnaf. Apa itu asnaf? Dan siapakah asnaf? Haa .. ni masih ramai yang tak tahu ni kan. Apakah kriteria-kriteria yang membolehkan seseorang itu menerima bantuan zakat? Selama ni kita fikir zakat tu untuk orang miskin je kan, dan ramai orang fikir bantuan zakat hanya dalam bentuk wang sahaja. 

Sebenarnya bantuan zakat bukan hanya terhad dalam bentuk kewangan. Lembaga Zakat Selangor juga merangka program-program pembangunan untuk golongan asnaf supaya mereka boleh menguruskan kehidupan mereka sendiri dengan lebih baik bersama bantuan yang diberi.

Nak tahu bantuan yang macam mana? Meh sini baca bawah lagi :)



Butik D'Qaseh - Pn. Siti Salbiyah

Kembara Zikra 2015 diteruskan lagi dengan lawatan ke lokasi kedua iaitu di Butik D'Qaseh yang terletak di Jalan Sungai Udang, Klang. Kedai menjual pakaian dan mengambil tempahan baju ini diusahakan oleh Puan. Siti Salbiyah, bertujuan mewujudkan peluang perniagaan di samping dapat menyara kehidupan beliau dan anak-anak.


Puan Siti Salbiyah bersama salah seorang dari 4 anaknya

Puan Siti Salbiyah (bertudung putih) merupakan ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak yang masih belajar. Beliau mula menjadi asnaf LZS (Lembaga Zakat Selangor) sejak tahun 2010. Alhamdulillah ... berkat kesungguhan dan semangat yang dimiliki, bersama bantuan sumbangan yang dihulurkan oleh pihak Zakat Selangor, telah menjadikan impian Puan Siti Salbiyah satu kenyataan ..!

Aku benar-benar tersentuh dengan kegigihan Puan Siti Salbiyah ni ... bukan mudah untuk membesarkan anak-anak yang masih bersekolah seorang diri. Alhamdulillah ... kini beliau sudah boleh bergelar usahawanita yang mempunyai butik pakaian sendiri ...!




Selain menerima bantuan modal perniagaan, Lembaga Zakat Selangor turut memberi bantuan makanan dan kewangan bulanan, bantuan sewa rumah dan bantuan pendidikan anak-anaknya. Disinilah kita baru boleh nampak kepentingan membayar zakat, kerana wang zakat tersebut akan disalurkan untuk kepentingan asnaf-asnaf  dan turut dipantau oleh LZS dari masa ke semasa.

Jadi, korang yang belum start bayar zakat tu..mulalah dari sekarang. Sekarang ni banyak saluran yang boleh kita gunakan untuk bayar zakat, samada melalui kaunter atau atas talian atau melalui pemotongan gaji. Bayar zakat bukan sekadar satu kewajipan dan ibadah tetapi hasil yang dapat dikongsi bersama golongan asnaf yang kurang bernasib baik.





Ini antara pakaian dan baju kurung yang terdapat di dalam kedai beliau. Sesiapa yang berminat nak tempah baju kurung dengan beliau, bolehlah hubungi beliau di nombor yang tertera di bawah ni ye. Baju kurung sepasang hanya RM50 sahaja upahnya.




Penerimaan Kunci Rumah 

Lepas tu kami ke rumah baru milik En. Jali yang terletak di Kg. Delek, Klang. 


picture credit : Ben Ashaari

Lembaga Zakat Selangor telah membinakan sebuah rumah kediaman baru untuk En. Jali, yang juga merupakan asnaf miskin di daerah Klang. 




Lebih bermakna, majlis penyampaian kunci rumah turut disempurnakan oleh Mufti Diraja Selangor, Y.A.D Dato' Setia Mohd. Tamyes Wahid yang turut berada di sana. 

En. Jali mempunyai tanggungan isteri dan mula menerima bantuan dari LZS sejak tahun 2014. Antara bantuan yang diterima termasuklah bantuan Hari Raya dan bantuan pembinaan rumah tiga bilik yang bernilai RM48k. Alhamdulillah ....




picture credit : Ben Ashaari




Dato' Mufti juga berkenan menanam pokok di halaman sebagai sebahagian dari upacara penyerahan rumah. 


picture credit : Ben Ashaari
.
En. Jali turut bermurah hati menjamu kami dengan kuih muih dan minuman. Alhamdulillah ...terima kasih diucapkan pada En. Jali dan keluarga.

Nampak sangat mata aku tuju kat karipap tu ...hahahaha! Tapi serius, karipap dia memang sedap!  

Lepas Klang, kami kemana lagi ye? ...Urmmm ... tunggguuuuuu! :D

You Might Also Like

1 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM