Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 3

Saturday, April 18, 2015


Assalamualaikum!


Antara soalan yang sering diajukan, kenapa orang zakat lambat sangat bagi bantuan? nak buat apa simpan duit zakat banyak-banyak tu? ramai lagi orang susah kat luar sana, kenapa orang zakat tak dekati dan bantu mereka?

Melalui perbualan kami dengan pegawai zakat yang juga mengikuti konvoi jelajah asnaf ni, beliau mengatakan bahawa bantuan zakat yang diberikan kepada penerima asnaf perlu dilakukan dengan betul, adil dan saksama. Kerana ia adalah amanah dari pembayar zakat, tak boleh la nak bagi semberono dan sewenang-wenangnya tanpa tapisan.




Dan untuk setiap bantuan zakat yang diberikan, LZS (Lembaga Zakat Selangor) akan sentiasa memantau perkembangan golongan asnaf ini untuk memastikan mereka mampu hidup berdikari dan menjana pendapatan sendiri. Sasaran utama LZS ialah untuk mewujudkan golongan asnaf yang disasar keluar ... maksudnya mereka yang pernah bergelar asnaf tidak lagi memerlukan bantuan zakat kerana berjaya menghasilkan pendapatan sendiri melalui bidang perniagaan yang diceburi.

Seterusnya, bantuan zakat ini boleh disalurkan kepada golongan asnaf lain yang memerlukan. Memang bukan satu kerja yang mudah bagi mereka ... tapi alhamdulillah semangat dan misi ini akan tetap diteruskan. Dan, peranan kita sebagai masyarakat adalah menyedari tentang kepentingan berzakat! Jangan tahu kondem je ye ...! hehe ...




Ziarah En. Saharune Abd. Kadir

Selesai lawatan di Daerah Klang, kami menziarahi pula En. Saharune di kediamannya di Kuala Langat. En. Saharune adalah penerima bantuan kaki palsu dari Lembaga Zakat Selangor, mula menerima bantuan zakat pada tahun 2014. 




Beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang mana dilahirkan tanpa kaki kiri serta mempunyai tanggungan isteri dan lima orang anak. Walaupun OKU dan serba kekurangan, beliau tidak pernah berputus asa menyara kehidupan keluarga dengan menjalankan perniagaan sate.





Sebelum mendapat bantuan kaki palsu dari LZS, En. Saharune menggunakan kaki palsu yang dibuat sendiri dari kayu pokok nangka. Tentu ada yang bertanya, kenapa lama sangat kena tunggu untuk dapat bantuan zakat dan kaki palsu dari LZS kan? Sebenarnya, En. Saharune sebelum ini tidak mohon kerana kaki palsu yang dibuat sendiri masih boleh digunakan. 

Namun, kini kaki palsu tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi maka beliau memohon bantuan LZS untuk mengurangkan beban dan memudahkan pergerakan beliau. Alhamdulillah ....





Selain memberi bantuan modal untuk perniagaan sate, En. Saharune turut menerima bantuan Hari Raya, bantuan sewa rumah dan bantuan pendidikan untuk anak-anak dari Lembaga Zakat Selangor.




Rombongan konvoi turut berkesempatan menikmati sate yang lazat ni. Memang sedap ...alhamdulillah. Kalau korang nak buat tempahan sekitar Sijangkang atau Kuala Langat, boleh lah tempah dengan En Saharune di alamat bawah ni. Untuk makluman korang, tempat bakar sate ini juga dibina sendiri oleh En. Saharune tau.


Lot 2677, Jalan Mawar
Batu 7 1/2, Kampung Sijangkang,
42500, Teluk Panglima Garang.


Pusat Jagaan Warga Emas (Bait Al-Mawaddah)

Konvoi Zikra 2015 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' diteruskan lagi dengan menziarahi Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor yang terletak di Jalan Kebun, Shah Alam.




Ia merupakan satu lagi inisiatif LZS menyantuni warga emas dalam kalangan asnaf fakir dan miskin di Selangor. Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor juga dikenali sebagai Baitul Mawaddah (Bait Al-Mawaddah) yang bermaksud Rumah Kasih Sayang.

Pusat jagaan warga emas ini mula beroperasi pada bulan Ogos 2014 dan kini menempatkan 28 orang warga emas.




En. Abdul Basith memberikan taklimat ringkas mengenai pusat jagaan sebelum kami dibawa melawat kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini.




Terdapat kemudahan bilik rawatan dan ubat-ubatan. 




Setiap bilik menempatkan 2 orang dan turut disediakan kemudahan mencuci pakaian. Menurut En. Basith, penghuni pusat jagaan ini digalakkan untuk mencuci sendiri pakaian. Kiranya macam kita kat rumah sendiri la. Sebab tu antara kriteria untuk menghuni pusat jagaan ini ialah warga emas tahu mengurus diri sendiri.





Turut disediakan bilik terapi untuk warga emas. Di sini, mereka boleh melakukan aktiviti kecergasan dibantu oleh pembantu perubatan dan dipantau keadaan mereka. 




Sebelum balik, kami tidak lupa untuk berkenalan dan beramah mesra bersama penghuni pusat jagaan ini. Ya Allah ... tenang je melihat wajah makcik-makcik di sini. Mereka nampak ceria dan gembira bersama kawan-kawan walaupun berjauhan dengan keluarga. Bila lihat wajah mereka, teringat aku pada mak di kampung .... 

Sebenarnya, adalah menjadi tanggungjawab anak untuk menjaga kedua ibubapa mereka. Walaupun di wajah mereka terpancar senyuman namun dalam hati siapa tahu kan .... tapi dengan adanya pusat jagaan warga emas Baitul Mawaddah, dapat juga mereka merasai hubungan kekeluargaan dan kasih sayang di bawah satu bumbung.

Syukur alhamdulillah atas pelbagai jenis bentuk bantuan yang dihulurkan oleh LZS kepada penerima-penerima asnaf. Barangkali ada yang menyatakan apa perlunya semua sumbangan ini ditunjuk dan dihebahkan kepada orang awam? Nak buat kebajikan perlu ke tunjuk pada orang? Bukan hendak menunjuk tapi ini adalah program dan aktiviti tahunan LZS yang masyarakat tidak mungkin tahu. 

Okla ... kami dah sedia untuk ke destinasi terakhir program Zikra 2015. Tapi kemana pula kami lepas ni ye? Hurmm ... yang tu kena tungguuuuuu! hehe


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. yelah..bukan senangkan diaorang nak pikul tanggungjawab besar tu anim...harap apa yang di amanahkan tetap sampai kepada mereka yang memerlukan walaupun lambat

    ReplyDelete
  2. Amalan yang baik. Semoga saya pun boleh sertai suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. assalamualikum.. penjagaan secara daycare ada ke.. bayaran harian

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam puan, setakat yang saya tahu tiada penjagaan daycare disediakan di sini. Wallahualam ...

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM