Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015 - Part 4

Monday, April 20, 2015


Assalamualaikum!




Akhirnya kami sampai ke destinasi terakhir dalam program 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf' 2015. Lokasi terakhir kami ialah di Maahad Integrasi Tahfiz Sains &Teknologi Klang (SM Tahfiz Sains Klang), Alam Impian Shah Alam.

Maahad yang mula beroperasi pada tahun 2009 ini menempatkan pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 dan juga dibiayai sepenuhnya oleh  JAIS terutama dari segi makanan dan tempat tinggal. LZS (Lembaga Zakat Selangor) turut memberi bantuan RM150 kepada pelajar-pelajarnya setiap bulan.



picture credit : bonikacak.com

Kali pertama aku melihat bangunan sekolah sebesar dan secantik ini! Kagum .... dan cemburu pun ye jugak! hehe. Rasa macam aku bukan masuk ke dalam sekolah, tapi macam universiti! Memang berlainan sekali suasana di sini ... 





Melihatkan pada bangunan dan kemudahan yang tersedia disini, aku merasakan pelajar-pelajar di sini sangat beruntung kerana dapat belajar dan tinggal dalam suasana yang sangat besar dan selesa. Kalau korang nak tahu, maahad tahfiz ini bersebelahan dengan Masjid Alam Impian, Shah Alam.




Ya Allah ... tenang rasa melihat mereka ni menghafaz al-Quran bersama-sama. Mulala berniat nak hantar kakak masuk maahad ni .... sejuk hati ibu kalau kakak dan adik dapat belajar di sini.

Proses pemilihan bagi pengambilan pertama pelajar melibatkan ujian bertulis dan ujian hafazan .Kelayakan akademik untuk memasuki maahad ini ialah pelajar mesti memperolehi keputusan cemerlang 5A di dalam peperiksaan UPSR dan mendapat MUMTAZ di dalam peperiksaan PSRA dengan peratus minima 95%. 





Dan, disinilah kami berkumpul untuk majlis penutup Program Zikra 'Jelajah Kasih Bersama Asnaf ' 2015. Alhamdulillah ... berakhir sudah kembara jelajah asnaf oleh LZS, ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Bagi aku, program sebegini telah berjaya merubah persepsi dan tanggapan aku terhadap LZS. Kalau sebelum ni aku tertanya-tanya juga mana pergi kesemua duit zakat yang dikumpul saban tahun ... tak nampak apa yang orang zakat buat dengan duit tu. Tapi, kini aku lebih yakin dengan LZS.

Ia juga mengajar aku untuk tidak bersangka buruk dan perlu sentiasa melakukan research sebelum menuduh orang lain. Kalau tak pasti kena tanya. Kalau tengok benda tu tak betul buatlah laporan.

Lagi satu, sekiranya korang mengalami kesukaran untuk berurusan dengan LZS atau nak tertanya-tanya kenapa susah sangat nak mohon bantuan zakat, korang boleh call terus HOTLINE di talian 1-800-88-5353.



Lembaga Zakat Slangor (MAIS)
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Persint ALAMi, Pusat Perniagaan,
Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor darul Ehsan.

Tel: +03-5522 7700
Faks: +03-5522 7722
Talian Zakat Selangor: 1-800-88-5353



You Might Also Like

1 pengomen comel

  1. Wah hanim ikut Zikra LZS ye.. Alhamdulillah sekarang Hanim dah tau kan kemana perginya wang zakat yg dikutip dan diagihkan kepada yg berhak..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM