Siput Sedut Masak Cili Api

Monday, May 11, 2015


Assalamualaikum!


Tetiba otak blur takleh mikir nak masak apa semalam. Anak-anak dah 'booking' ikan goreng awal-awal ... tapi lauk untuk diri sendiri dan suami tak da idea lagi! Takpe ..kita gi kedai Zam dulu ... tengok apa ada kat sana. 

Maka, berjalan kaki la kami tiga beranak ke kedai Zam. Badan masih sakit-sakit lagi ni ... habis pecah lelemak di badan dek kerana melompat sakan kat event kelmarin ekekeke. Tapi, tugas sebagai ibu dan isteri tetap berjalan seperti biasa. Hari Sabtu dah makan kat luar ... so hari minggu kenala masak kannnnn.

Sampai kedai Zam, buat 'tawaf' keliling dulu ... pusing punye pusing kat peti-peti sejuk beku tu ... tetiba terpandang pada sebungkus siput sedut atas rak. Hurmm ... ni kalau masak lemak cili api pun sodap ni! Tenung dulu isi dalam dia ... masih hidup ka atau dah mati. Kang terbeli yang mati punya pulak ... takleh nak makan!

Sekilo RM9 ... mahal ke? Aku pun tak pasti pasal bukan selalu beli benda ni. Kira laki bini nak makan ... rembat je la sebungkus! hehehe....




Dah siap membeli ... tiba masa untuk menyiput! Nak masak siput sedut ni remeh sikit sebab nak kena basuh bersih-bersih lumpur tu ...pas tu nak motong ekor cengkerang dia dulu .... baru leh masak.

Kenapa kena potong ekor dia bu?

Senang nak nyucut keluarkan siput tu time makan nanti .... ok?




Hahaha .. alahai ibu nak buat keje tak periksa dulu barang yang nak diguna. Dengan konfidennya beli siput ...tapi alat nak motong ekornya tak jumpa! Last-last guna pisau panjang je la ... tapi keje memang lambat habisnya. Korang jangan cuba ni dirumah k. Kakak dan adik jadi pemerhati ibu ... adik paling jakun sekali!

Eeeeee ... buuuuu siput tu panjattttt! cepat bu ...dia nak turunnnnnn!

Gamaknya dia geli tengok siput tu licin berlendir cuba nak panjat penapis tu ...hehe. Macam ibu jugak la dulu-dulu ...tapi ibu tak takut ...suka lagi ade la! Kalau Wan motong ekor, ibu akan ambik siput yang tak kena potong lagi .... letak kat tangan ...pastu biar dia berjalan atas tangan pulak. Geli ...licin ... tapi best! hahahaha :p

Dah siap potong ekor ... kemudian basuh lagi dengan air hingga bersih. Di samping tu, siapkan jugak bahan nak memasak. Oh, resepi ni tak perlu menumis tau ... :)




SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API
Resepi Oleh : Mak
Dimasak Oleh : Hanim

Bahan-bahan :

1kg siput sedut
3 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
10 biji cili padi - terpulang kalau nak pedas boleh tambah lagi (ditumbuk halus)
2 batang serai (dititik)
Perahan santan dari sebiji kelapa - perahan pertama (pati santan) & perahan kedua (santan cair)
1/2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 biji kentang yang dipotong kecil

Cara-caranya :

Mula-mula basuh sebersih-bersihnya siput sedut tu. Pastikan lumpur tak melekat pada kulit cengkerang. Nak berus ke ... nak rendam dalam air garam pun boleh. Kocak-kocak siput tu sampai bersih. Kemudian potong ekor siput. Pastu basuh balik bersih-bersih ...dan toskan. Letak tepi dulu.

Sediakan periuk tapi tak perlu buka api lagi. Masukkan santan perahan kedua ke dalam periuk. Kemudian bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dah ditumbuk halus tadi masukkan sekali. Jangan buka api lagi yek. Pastu masukkan serai yang telah dititik tadi. Pastu ... baru buka api! :)

Kacau-kacau campuran santan dengan bawang-bawang tadi bawah api yang sederhana. Kemudian, masukkan serbuk kunyit untuk menaikkan warna kuning pada kuah tadi. Agak-agak la ye ..jangan kuning sangat. Masukkan siput sedut dan kentang yang dipotong kecil tadi sekali. Teruskan kacau sekali sekala. 

Masukkan pula pati santan dari perahan santan pertama tadi dan kacau lagi. Api sederhana je ye. Masukkan garam secukup rasa dan ...siappp! ^^

Walaupun tak menumis, tapi masih sedap dimakan! Ni kalau ada ahli keluarga yang terkena chicken pox .. takleh nak menumis dalam rumah bolehla try masakan ni. Tak perlu pening-pening nak makan kat luar ...kat rumah pun still boleh masak lauk yang sedap-sedap! Kena pulak ada lauk sambal terung sekali kat sebelah ...perghhhh! :D

Selamat mencuba! ^^


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. Pergh.. lama dah x makan.. dapat nie memang sedap...

    ReplyDelete
  2. da lama xmakan siput sedut. dap nyaaa

    ReplyDelete
  3. sedapnya... dh lama xmkn.. dulu time sekolah rendah kalau nak mkn siput sedut p turun bendang cari.. hehehe pastu bwk balik potong ekor bru suruh mak masak.. makan xingat dunia... rindunya time 2..

    ReplyDelete
  4. sedapnya....seriously,family akak tak pernah masak siput sedut ni..adik² pun tak pandai makan..akak pun baru pandai makan 5 tahun lepas.Kawan yang ajar makan..Lepas tu baru la teringin nak makan menda ni.Tengah pregnant ni nak mencari siput sedut ni punyalah payah...hehe

    ReplyDelete
  5. favorite ni!!!! dulu arwah mak suka masak ... bila mak start potong, saya pon sibuk nak tgk siput tu bergerak gerak ..hahahah

    ReplyDelete
  6. ohh ye..btw saya klik 4 ads tomorrowland ye ^^

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM