Telur Goreng Planta Untuk Si Manja Saya #telurgorengplanta

Thursday, May 28, 2015


Assalamualaikum!


Telur goreng ... masa kita kecik-kecik dulu lauk ni la yang menjadi pujaan hatiku hehe. Balik sekolah letak beg, tukar baju duduk kat meja makan kemudian, "mak ... nak nasi ngan telur goreng satu letak kicap tau!" hehe. Berselera aku makan sampai menambah-nambah! Amboiii, kemain aku kan suka-suka hati je order kat mak kannnn. Tapi, tu time aku kecik lagi la .... umur macam Mira tu ha. 

Bila dah besar panjang, dah darjah 4 dah pandai masuk dapur dan mak dah bagi masak sendiri barula aku masak sendiri telur goreng. Sekarang, anak-anak aku pulak ikut perangai yang sama ni! haha. Hari-hari kakak mesti tanya, "buu... malam ni kita makan apa?". Kalau tak sebut 'telur goreng', memang muncung je la mulut tu hehe.





Aku keje kat PJ tinggal kat KL. Kadang-kadang sampai umah pun dah Maghrib. Dari dalam kereta lagi dah fikir nak masak apa untuk anak-anak dan suami ni. Kang kalau masak lauk yang complicated sangat, kena ambil masa yang lama untuk siap. Anak-anak pun belum tentu makan lauk tu kalau tak kena dengan selera diaorang. Malam-malam gini biasanya diaorang lebih suka lauk yang simple dan sedap!

So, senang citer aku sediakan hidangan istimewa kegemaran kami sekeluarga! Eh ..nampak je simple tau tapi anak-anak aku memang cukup suka lauk telur goreng terutama bila aku guna marjerin Planta! Perghhh ...sapa pernah goreng telur guna Planta? Memang sedappppppp! Dari baunya pun dah boleh membangkitkan selera kita ... patutlah anak-anak aku makan menambah-nambah kalau makan #telurgorengplanta dengan kicap! hehe.

Cara-caranya mudah saja:






Hahaha beginilah kak long kalau di dapur. Nak goreng telur guna Planta senang je kot ...tapi still aku nak tunjuk jugakla. Ni pun satu pendedahan untuk anak-anak aku juga supaya diaorang rajin masuk dapur satu hari nanti. Lepas ni, kakak dah boleh buat sendiri telur goreng Planta... nanti ibu pulak order kat kakak yek! hehehe. 




Nak sediakan #telurgorengplanta ni senang sangat! Yang pertama, cuma perlu panaskan kuali kecil. Panaskan kemudian letak satu sudu marjerin Planta. 




Bila marjerin dah cair, langkah kedua adalah pecahkan telur dan biarkan ia sebentar sehingga garing. Bau diaaaaa ....fuh! Mira dari dalam bilik dah jerit, "amboiiiii wanginye .... ni mesti telur goreng planta kan ni bu!" Tau takpeeeeee .....:)





Tekunnya ibu menggoreng ...ibu sapa la ni yek! hahaha.... langkah ketiga, goreng sampai nampak kegaringan kat tepi telur goreng tu.




Walaupun sudipku kontot, tapi memang berguna ketika memasak hehe. Senang sangat bila menggoreng guna Planta. Keje memasak di dapur jadi lebih senang, tambah anak-anak cukup suka hidangan telur goreng Planta ni. Ibu pun tak perlu susah payah nak fikir lauk lain, sebab dengan telur goreng Planta anak-anak ibu dapat hidangan yang berkhasiat dan sedap.




Ta-da! Inilah langkah terakhir. Inilah hasilnya ...telur goreng Planta yang dinanti-nantikan oleh Mira! Telur goreng Planta hebat dari segi rasanya, tekstur, aroma, warna dan kurang berminyak menjadikan ia pelengkap untuk apa saja jenis hidangan atau boleh dimakan begitu saja.

Hidangan #telurgorengplanta juga melengkapkan anak-anak kita untuk perkembangan yang sihat. Telur goreng Planta untuk si manja hebat!




Teruja Mira tengok telur goreng Planta dia dah siap! Makan ngan nasi atau macam tu je pun boleh. Yang bestnya, telur goreng ni tak berminyak dan garing di bahagian tepi. Mira cukup suka telur goreng yang garing dan berbau wangi! ^^





Telur goreng Planta pilihan kami sekeluarga. Resepi yang mudah dan rasa yang sedap serta aromanya membangkitkan selera sesiapa sahaja! Memang ada kelainan menggoreng telur dengan Planta. 

Anak-anak suka ibu bahagia! Terima kasih Planta. Ibu-ibu pun boleh cuba resipi #telurgorengplanta untuk anak-anak. Gerenti sedap! ^^


You Might Also Like

19 pengomen comel

  1. Mmmm sedapnyaaa! Mmg dr dulu lg slalu goreng telur guna planta, best

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan ... menambah-nambah kalau makan ni hehe :D

      Delete
  2. Huaaaaaaa mlm ni nak beli planta lahhhhh.

    ReplyDelete
  3. Sedap. Fav telur goReng planta. Mkn dgn nasi panas.

    ReplyDelete
  4. Sedap dan wangi je bau telur campur planta kan..suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh kak yanie cakap ni terbayang-bayang dah ni hehe :D

      Delete
  5. Hanim, nina pun suka masak guna planta. Terutama sekali telur dadar dan nasi goreng planta ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua-dua tu memang hidangan kegemaran anak-anak anim dan anim sekeluarga jugak hehe .... :D

      Delete
  6. salam singgah... blm pnh try lagi selalu buat ns goreng planta jer hihi... sedapnya tak sabar nak buat... entri kedua ttg telur goreng planta :)

    ReplyDelete
  7. x pernah aida goreng telur dgn planta.
    wah... kena try ni.
    aida pun dari kecik memang telur kicap tu jadi makanan wajib!
    and ofcoz, skang anak2 da ikut :)
    lgpun, menu paling mudah bagi aida yg kurang masa ni ha haha...

    ReplyDelete
  8. hahahhaa...akak ni...cerita makan telur pun buat sally nak menangis dikala lapar ni :D

    ReplyDelete
  9. suka gak goreng telur dengan planta.. sedap!

    ReplyDelete
  10. Nanti nak try... ena selama ni masak guna minyak masak... mesti sedap dan baunya pun mesti wangi... ena suka planta

    ReplyDelete
  11. Tengok je dah menyelerakan. Nt nak cuba untuk arissa. Wwiwiwi. Mesti mengancam dengn bau harum lagi. Kan?

    ReplyDelete
  12. menariknya! x payah pki minyak sawit. hehhee

    ReplyDelete
  13. Yaya selalu goreng hotdog pakai planta je. Sedap tau!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM