Thursday, June 25, 2015

# #BGRMakan2015 # Buffet Ramadhan

Aku Jadi Wartawan?


Assalamualaikum!




Kata seorang kawan, aku ni layak jadi wartawan. Ahakzzz ... nak gelak pun dah gelak nak nangis belum lagi hahaha! Katanya lagi olahan ayat dalam blog aku best ... sedap membacanya. Alhamdulillah .... terharu aku. Ni baru nak nangis rasa hehehe :D

Apapun, takda la sampai aku nak berasa megah diri sebab kawan cakap macam tu. Aku ni blogger .... mommyblogger bukannya wartawan. Malah konten blog aku takda pulak ke arah gosip-gosip liar atau umpat-umpatan. Yang ada hanya tulis citer pasal diri aku itu dan ini. 

Syok sendiri ??? Lantaklah orang nak kata apa ... asalkan aku tak citer merapu sudah huhu.



Kakak cukup suka ngan kuey tiow goreng. Tahun lepas pun dia kejarkan kuey tiow goreng ni jugak, sepinggan boleh habis kat dia sorang! hehe.


Malam tadi kami berjaya untuk tidak pergi ke bazar Ramadhan hehe. Pasaipa? Pasai kami sekeluarga berbuka puasa di Restoran Bangi Golf Resort! Alhamdulillah ...tahun kedua kami berbuka puasa di sini. Anak-anak pun cukup suka dengan sajian makanan berbuka di sini hehe ....



Spaghetti mushroom sos


Ni aku punye hehe. Ibunya pun memang 'hantu' kuey tiow jugak tau. Memang best la kuey tiow goreng dia. Aku amik maggi goreng sekali tu. Beef roasted pun ado hehe ...:)



Mushroom soup



Yang aku ingat nama hujung dia ...espuma haha. Tapi sedap makan panas-panas!



Pak Jelan amikkan ayam goreng, cendawan celup tepung, ayam dan roti john ...kot? Untuk my kenits :)



Ni aku amik ...semua satu satu :)



Ni Pak Jelan amik! Tengok...orang lelaki amik makanan macam mana hahaha. 
Ada unsur pentamakan di situ ...agagaga tapi mujurlah habis semua! Eh, sedap pulak kek pisang coklat tu ....ngapppp! ^^




Kami dapat meja kat Dewan Anggerik. Best la dapat tengok live band buat persembahan. Mira tu kalau boleh nak naik atas pentas duk sebelah akak yang nyanyi tu huh ....


Alhamdulillah ... lega dan happy dapat bawa family makan berbuka puasa di luar sekali sekala. Ada lagi makanan macam kambing panggang pun dapat merasa semalam. Tahun ni aku saja pilih hari weekdays untuk mengelakkan suasana sesak dan terlampau crowded! Tahun lepas aku dah terkena dah ...kengkonon nak merasa suasana meriah berbuka ramai-ramai, tapi beratur panjang giler nak amik makanan! So, tahun ni aku taknak lalui itu semua lagi ...hehe.

Walau banyak mana pun makanan dihidang depan mata kau, hakikatnya yang mampu ditelan cumalah sedikit saja betul tak! Pak Jelan siap puji lagi meja sebelah kami, ada sebuah keluarga makan sangat tertib. Sorang pergi amik satu hidangan dan letak atas meja. Yang lain sama-sama makan habiskan makanan tu .. berkongsi. Dah habis, baru bangkit gi amik makanan lain pulak.

Dengan cara ini, takdala membazir kan. Tak macam kita kita kita ni ha ... nak makan sekali 3-4 pinggan atas meja! Selagi ada ruang atas meja tu ...selagi tu la nak dipenuhkannya! Kengkadang tu, makanan tak habis ponnn ....main tinggal macam tu je atas meja, dah membazirrrr! Sahabat sapa? Sahabat syaitonnnnnirojimmmmm! 

So, kalau korang nak pergi mana-mana buffet ramadhan, teladanilah contoh keluarga pakcik ni. Amik satu jenis je dulu, duduk dan makan kongsi bersama keluarga. Makanan lain tu bukannya akan habis pon ...dah nama pun buffet kan, mestilah diaorang akan topup balik makanan yang tinggal sikit tu ...betoi dak!

Sekian ^^


11 comments:

  1. buat masa ni takde lagi makan kat buffet ramadhan..bazar pun baru 2 kali terjah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu kak ...ni sebab ada voucher tu yang dapat bawak family sekali tu hehe :)

      Delete
  2. Fuhhh Menyesal Buka Blog Nie..Tergugat Puasa Tgok Gambar Makanan..Hihi

    shafiqhashim.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha haippp ni sahur ke tidak subuh tadi ni?? alaaa tinggal berapa jam je lagi ni ha ..sabar yek :D

      Delete
  3. Menu berbuka tu nampak menyelerakan... Lama tak singgah blog Hanim...

    ReplyDelete
  4. Memang meriah sungguh makanan kat sini.. ena puas hati berbuka kat situ hari tu.. terbaik!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Sesekali berbuka di luar ye dak..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki anim.. biasa la bila makan buffet nie anim.. kalau boleh rasa nak makan semua.. tapi last2 tak habis pun..=D

    ReplyDelete

Apa kata korang?