Dari Blogger ke Dunia Model!

Saturday, June 27, 2015


Assalamualaikum!


Pandangan masyarakat terhadap kerjaya model sedikit 'menyerong'. Model itu, gayanya mesti yang lentok-lentok saja, yang seksi-seksi saja, yang cantik-cantik saja. Jadi model mesti pandai pakai skirt pendek dan bertumit tinggi. Berjalan penuh gaya di pentas memperaga busana, dilihat orang tanpa rasa bersalah ...

Itu mungkin persepsi sesetengah orang. Dan, bagi aku sendiri aku pernah bercita-cita nak jadi model dulu hahaha! Tolonglah .. jangan gelakkan insan 'kerdil' ini ye ... tapi memang benar! Sebabnya, dulu aku memilih pekerjaan mengikut ketinggian ...! Huh ... T__T

Model? pramugari? itu semua boleh 'masuk' dan memang ada dalam list cita-cita aku masak kecik dulu hehe. Tapi tak sangka pulak bila dah masuk 3 series ni, aku berpeluang jadi 'model' jugak akhirnya! hahahaha ....


Alaaaaahhhhh .... aku bukan betul-betul pun jadi model hehe. Walaupun pose kaku seperti Kutub Utara Kutub Selatan .... hahahaha! Serupa mau nyanyi lagu nasyid pulak bila dilihat lama-lama T__T

Jadi model tak semestinya kena seksi macam dulu-dulu. Model muslimah pun boleh la kan ...hehehe. Aku ni model tak bertauliah! Nak berposing bagai macam model baju tu tak sanggup laaaa aku! Cuak juga nak bergaya dan berposing (walaupun hanya mampu berdiri tegak sambil tangan 'bersimpul' di depan hahaha) gitu, tapi demi baju raya kugagahkan jua! hahaha...

Baru aku tahu bagaimana seronoknya model-model muslimah menggayakan busana dan pakaian cantik-cantik! Syok jugak .... tapi aku sedar la aku bukan model macam lain-lain tu .... huhu 


You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. hehe..oklah tu sekali sekala anim nak jadi model..bukan semua berpeluang nak jadi model...

    ReplyDelete
  2. Baju kurung pink tu cantik :D Lagi suka baju kurung cmni, simple je.. hehe

    ReplyDelete
  3. ini memang model meletop kebam boom...

    ReplyDelete
  4. ok ar tu! cantik apa.....sweet je
    http://www.princesscindyrina.com

    ReplyDelete
  5. okeyla tu atleast ada peluang jadi model kan..

    ReplyDelete
  6. Wah... Alhamdulillah.. Ok la tu.. Memula memang kekok kan.. Tercapai gak impian..

    ReplyDelete
  7. ok la tu.
    dpt gak jadi model.
    pengalaman tu yg penting.
    cantik!!!

    ReplyDelete
  8. Impian kita sama..dulu sha pun teringin nk jd model dan pramugari..hehe..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM