Hanya Kerana Kasut Mereka Jadi Begini!

Friday, October 02, 2015


Assalamualaikum!


Dah lepas makan, baru lega sikit rasa. Dok berehat kat sofa sambil dok belek-belek video, ternampak satu video kejadian petang tadi yang bikin aku geleng kepala bila melihatnya ! Apa tidaknya, riuh rendah pastu tetiba .... bergegaq tiang pintu pagaq tu baq ang! hahahaha .... adehh ....

Bila video dah jadi viral, macam-macam komen la dapat. Ramai yang menghentam, tak kurang yang mengutuk huhu. Aduh .... penangan kasut mahal jadi murah, sampai sanggup rempuh pagaq. Dan yang ramainya .... hurmm .....



Tapi yang buat aku nak gelak tengok video ni ialah bilamana tiang pintu pagaq tu boleh bergegaq! Kuat sungguh orang Malaysia ni rupanya kan .... terutama bila tahu ada jualan kasut murah! hehehe .... otomatik bertukar jadi Badang masing-masing huhu ....

Tak pasal-pasal jualan gudang tu dibatalkan untuk hari esok dan lusa disebabkan kejadian petang tadi atas sebab-sebab keselamatan.

Ye .... wanita memang gila pada kasut dan boleh jadi 'gila' sebab kasut. Video tadi buktinya ...!

Aku? aku pun suka kasut jugakkk .... tapi bukan jenama tu la hehe. Aku pakai hat mana selesa dan kena ngan saiz kaki aku yang panjang ni. Harga dah tentu aku amik yang berpatutan dan dalam kiraan bajet. Tapi kalau aku kena rempuh tiang pintu pagaq dan panjat pagaq semata-mata nak kejaq sepasang kasut (tu pun kalau ada saiz) ..... hurmmm aku redho pakai selipar biasa je la hehe ....

Bila tengok balik gambar ni .... haihhh malu la ....


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. salam . . . jalan2 malam kt sini . . "_

    tu diaa, kerana kasut . dasyat . . .

    ReplyDelete
  2. amboii ni warehouse kasut vincci tu kan? alahaii .. semangat btol

    ReplyDelete
  3. Ha ah kan?! Tekejut tengok... tiba2 semua jadi gagah perkasa... huhuh buat malu je... sedih pun ye jugak...

    ReplyDelete
  4. Tak sanggup redah walau murah..Ramai sangat orangnya

    ReplyDelete
  5. Adoiii rasa malu pulak tgk kaum hawa dlm keadaan begini..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM