Wednesday, March 01, 2017

# Cerita My Pearls # Sekolah Rendah

Soalan matematik budak darjah 2


Assalamualaikum!


Kerja sekolah ..oh kerja sekolah! Tak dinafikan, sejak silibus KBAT diperkenalkan di sekolah-sekolah, proses pemahaman dan penyelesaian soalan menuntut sedikit kreativiti dari murid-murid dalam menjawab soalan. Tiada lagi soalan berbentuk direct, sebaliknya murid-murid perlu berfikir bagaimana menyelesaikan masalah mengikut pemahaman masing-masing terhadap soalan.

Hurmm ...




Ok, tulisan tangan Mira masih boleh diperbaiki terutama part jarak antara satu perkataan dengan perkataan lain tu. Ingat lagi tak, aku pernah kongsi pasal Mira ada masalah menulis masa dia di darjah 1? Alhamdulillah ... masalah tu akhirnya dapat diatasi berkat latihan berterusan di sekolah dan dirumah. 

Kembali kepada soalan matematik Mira, malam tu soalan no. 4 yang juga soalan terakhir dia kena jawab sendiri. Cikgu cakap kena buat sendiri ...so sendiri fikirla cia cia ciaaaa!😂

Tapi, kalau aku suruh dia fikir sendiri alamatnya merengek la disitu sampai pagi hehe. So, aku tolong la ... tolong bagi dia faham kehendak soalan, yang mana agak susah untuk dia faham sebab prinsip soalan ni agak 'berpusing' dan bukan soalan direct seperti selalunya.

Soalannya :

"Sekolah A ada sebilangan murid. Sekolah B ada 324 orang murid lebih daripada Sekolah A. Sekolah C ada 185 murid kurang daripada Sekolah B. Cari beza antara bilangan murid Sekolah A dengan Sekolah C"

Dan yang terfikir di dalam kepalaku, jawapannya ....

v
v
v
v






Jawapan : x-[(x+324)-185]


Betul tak jawapan aku? ... hahaha!  *pengsan


P/S : Rasa macam nak masuk sekolah balik 😜

6 comments:

  1. Matematik darjah 2 dah macam persamaan linear math sekolah menengah... hahaha

    ReplyDelete
  2. Soalan macam ni bleh buat migraine...aduh..aduh...

    ReplyDelete
  3. haahha..bila ngajar naak, kita yang rasa belajar balik

    ReplyDelete
  4. haha. sukanyaa. dah mcm skolah menegah.. huhu

    ReplyDelete
  5. i feel u, hanim.
    soklan nyer memang menduga akal budak2.
    hingga akal mak budak mcm kita ni pon terduga :-) ha ha

    ReplyDelete

Apa kata korang?