Breaking

Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Friday, December 19, 2014

Friday, December 19, 2014

Carikan Madu Untuk Kak Ipar


Assalamualaikum!




Kelmarin ziarah kak ipar di rumahnya di Shah Alam. Kesian tengok dia batuk agak teruk plus demam sikit. Sampaikan bercakap pun suara pun payah nak kuar. So, petang semalam lepas keje kami singgah di masjid kat PJ cari madu tuk kak ipar.

Thursday, November 13, 2014

Thursday, November 13, 2014

Magnum Nak Bagi Aiskrim FREE!!


Assalamualaikum!


sumber : google


Wahhhh! hou sek arrr ...! Aiskrim FREE ..?? Magnum?? Bukan magnum 4D tu ye ...haipppp! hehe. Bila? Jumaat ni a.k.a esok!

Magnum Kuala Lumpur akan berada di Mid Valley pada pukul 10 pagi untuk memberikan ais krim percuma kepada pengunjung. 

Thursday, November 06, 2014

Thursday, November 06, 2014

Cendol Perisa Seluar Dalam!


Assalamualaikum!


Cendol ....! Antara manisan paling sedap dan paling digemari pelancong luar. Paling sedap cendol yang dijual di gerai-gerai kecil tepi jalan dan tepi bus-stop. Teringat lagi aku masa Form 5, pi makan cendol pas habis kelas tuisyen kat Jalan Majestik tu. 

Duk sedap menghirup cendol tetiba mata aku terpandang ke 'benda' warna kelabu hitam sedang berlari-lari anak main sorok-sorok bawah meja! Taubat lepas tu aku tak pi dahhhhhhhh ....! haha

sumber : google

Sunday, July 06, 2014

Sunday, July 06, 2014

[Review] Langsing, Cergas & Sihat Di Bulan Ramadhan Dengan TruDtox


Assalamualaikum!

Salam Ramadhan al mubarak dan selamat berpuasa diucapkan kepada semua yang berpuasa. Orang kata, bulan puasa ni bulan menguruskan badan. Ye ke? Mengikut kajian, kandungan toksin dalam badan boleh dikurangkan dengan kaedah berpuasa. Tetapi, apabila kita mengambil makanan yang tidak sesuai dan dalam kuantiti yang banyak, ia bakal menimbulkan masalah.






Secara semulajadinya, tubuh manusia mampu menyingkirkan toksin dari badan dengan bantuan organ-organ nyahtoksik seperti hati, kolon, buah pinggang, paru-paru, kulit, sistem limpa dan darah. Tetapi, pada hari ini kita bukan saja terdedah dengan toksin dari sumber persekitaran yang tercemar, malah ia juga datang dari sumber makanan yang kita ambil setiap hari. 

Aku juga tidak terkecuali dari masalah ini. Walaupun aku mempunyai susuk tubuh yang kurus, tapi kandungan toksin dalam badan yang berlebihan membuatkan aku merasa letih dan cepat penat. Terutamanya, selepas berbuka puasa aku merasa kembung perut dan cepat letih berbanding ketika aku berpuasa.

Atas keprihatinan ini, aku mencuba sendiri minuman teh herba TruDtox dan alhamdulillah aku dapat merasakan kesannya. Untuk makluman, ini merupakan kali pertama aku mencuba produk TruDtox




Sebelum itu, mari aku kongsikan info ringkas mengenai teh herba dari TruDtox ini :

TruDtox - Natural Herbal Cleansing

TruDtox ialah teh botanical organik dari Swiss yang berfungsi secara lembut untuk membersihkan dan menguatkan organ-organ nyahtoksik semulajadi dalam tubuh badan kita. Ia diperbuat 100% dari herba-herba organik yang ditanam dan turut berfungsi membantu kelancaran organ nyahtoksik.

TruDtox tidak mengandungi bahan laksatif (julap) yang tinggi, yang menyebabkan kebergantungan kepada usus.

Apa yang masuk ke dalam badan kita mesti dikeluarkan. Detoxing atau menyahtoksinkan membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Ianya memastikan sistem dalaman tubuh berjalan lancar dan menolak segala toksik merbahaya keluar dari tubuh kita.

Cuba fikirkan ye, makanan yang kita makan, produk yang kita gunakan, udara yang kita sedut malah air yang kita minum juga mengandungi bahan kimia yang boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan. Tentunya, kita taknak toksin ini berada dalam tubuh badan kita kan!


Tanda-tanda Tubuh Mengandungi Toksik

  • Makan berlebihan, perut buncit, sembelit, berat badan berlebihan, masalah gastrousus, alahan, masalah kulit, jerawat, kepenatan, kelesuan, emosi yang tidak stabil serta kesakitan.
  • TruDtox adalah rumusan khas yang diakui selamat, lembut dan boleh diambil secara kerap tanpa memudaratkan sistem kesihatan tubuh
  • TruDtox tidak mengandungi Senna dan diklasifikasikan sebagai bahan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Membantu membersihkan tubuh dari toksin dan unsur-unsur pencemaran dari tubuh.
  2. Menggalakkan fungsi organ nyahtoksin semulajadi dalam tubuh.
  3. Selamat digunakan.
  4. Tiada kebergantungan.


Kesan selepas mengambil teh herba TruDtox

Selama 2 minggu aku mengambil produk TruDtox ini, aku dapat rasakan keberkesanannya ;

  • Biasanya lepas berbuka, aku akan mengalami kebuncitan melampau, tapi bila ambil TruDtox perut tidak kembung dan buncit keterlaluan.
  • Badan terasa 'ringan', tidak keterlaluan aku katakan jika aku tidak lagi menguap selepas makan malam.
  • Walaupun menguruskan rumah dan anak-anak, aku masih bertenaga dan mampu bangun pagi untuk menyiapkan makanan bersahur untuk keluarga.
  • Since aku baru pertama kali mengambil produk TruDtox ini, tak dinafikan proses pembuangan berjalan lancar! hehe. Takyah risau, kerana itulah bahan toksin yang memang wajib dibuang dari tubuh kita.




Untuk mendapatkan kesan optimum, aku mengambil teh herba TruDtox ini 3 kali seminggu. Caranya mudah sangat! Hanya rendamkan satu sachet teh herba ke dalam air panas dan tunggu selama 30 minit, kemudian bolehlah diminum.

Apa yang membezakan teh herba TruDtox ini dengan minuman teh lain bukan sekadar tekstur, rasa dan baunya malah kesannya amat ketara sendiri.

Pendek kata, aku berpuas hati dengan kesan yang diperolehi selama 2 minggu ni. Jadi, kalau korang nak kekal cergas dan sihat serta nak perut kempis menjelang hari raya, marilah cuba teh herba TruDtox ini!




Bagi korang yang prihatin dengan kesihatan dan nak kelihatan hebat di pagi raya, bolehlah mencuba teh herba TruDtox ini. Untuk makluman lanjut, boleh layari :



Atau korang boleh terjah Watson's dan dapatkan produk TruDtox ini disana. Kini aku tak perlu risau lagi tentang masalah kebuncitan perut dan kelesuan. TruDtox kan ada! ^^



SELAMAT BERBUKA PUASA 
&
SELAMAT BER-TRUDTOX!



Wednesday, May 28, 2014

Wednesday, May 28, 2014

ISU CADBURY : APA KATA USTAZ MENGENAI 'BERSIH DARAH' & SAMAK/SERTU MULUT?


Assalamualaikum!

Banyak betul isu-isu panas yang menjadi perbualan hangat di media-media sosial sekarang ni. Ni baru setengah tahun punya cerita, belum cukup setahun lagi hehe. 

Baru je minggu lepas, kita dihangatkan dengan isu dua ekor beruang panda yang menjadi perhatian banyak pihak termasuklah di ruangan media sosial. Sampaikan aku pun turut berkongsi 'kemeriahannya' di SINI hehehe.


Thursday, April 24, 2014

Thursday, April 24, 2014

Kepok Lekor Untuk Mek Anim


Assalamualaikum!



Siapa Mek Anim? haha aku la tu ....

Aku order kelmarin, barang sampai semalam. Siap delivery kat opis lagi hehe. 

Bukan senang nak dapat yang ori. Tambah kebanyakan yang aku beli kat KL ni semuanya banyak bahan tambahan. Bila gigit rasa gebu semacam je patutla tak sodap!

Wednesday, April 23, 2014

Wednesday, April 23, 2014

I'm The Kuey Tiow Ghost!


Assalamualaikum!

How is everyone today? Feeling good? (^_^)

What did you eat for your dinner last night? 

Was it something you like or not so? Have you ever ate the same category of food in the same week? 

I have, in fact I do it regularly hehe. I just can't resist when it comes to the food I like. I would repeat the same food EVERYDAY if I have the chance and money lol. 



My kueytiow kungfu

Monday, April 14, 2014

Monday, April 14, 2014

Bila Tak Lalu Makan Nasi


Assalamualaikum!

Aku suka sangat mengunyah. Sedap mengunyah ni rupanya hehe. Tu pasal la pipi tu kembung semacam je kan ekeke. Tapi, dah lama rasanya aku tak mengunyah kat opis ni, bekas jajan pun dah lama kosong.

Tengahari ni, tetiba aku tak idea nak makan apa. Rasa tekak ni macam tak berselera dengan nasi dan lauk pauk. Padahal aku ni boleh dikatakan tekak lauk kampung yang tegar! haha. Ntah kenapa aku rasa macam .... taknak makan!

Thursday, April 03, 2014

Thursday, April 03, 2014

10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan!


Assalamualaikum!


100% rakyat Malaysia suka makan! Itu fakta yang semua orang pun dah tahu hehe. Negara Malaysia memang cukup terkenal dengan kepelbagaian makanan dan sajian pemanis mulut yang enak! Maka, tak hairanlah kalau pelancong luar yang melancong ke sini, perkara pertama yang mereka akan buat ialah cari makan! hehe.

Antara makanan tempatan yang terkenal di kalangan pelancong luar ialah seperti nasi lemak, roti canai, sate dan bermacam lagi. Tapi, tahukah anda kebanyakan makanan tempatan kita ni boleh menyumbang kepada kegemukan?? Nak tahu makanan apa yang boleh menggemukkan anda?

Sunday, February 16, 2014

Sunday, February 16, 2014

Tips Memilih Makanan Laut Segar.


Assalamualaikum!

sumber : google

Nak gi pasar dah ke? Sebelum nak gi, mai sini kenit kongsikan tips yang mungkin berguna untuk anda hehe. Nak memilih ikan, udang, kerang kat pasar juga memerlukan kekdah tertentu supaya ikan yang kita pilih bukan ikan busuk dan menjejaskan mood kita nak memasak untuk keluarga tersayang.

Perkara biasa yang akan kita buat dekat pasar atau kedai jual ikan. Picit-picit badan ikan tu, amik pastu bau hehehe. Bila banyak sangat picit, kena sound pulak ngan tuan punya kedai ....dah tak jadi nak beli hehe. Kalau kat pasar tu, lagi la tak boleh nak micit-micit ikan tu, takat tengok  mata, tengok badan, pura-pura pegang sekor tapi picit gak badan tu sikit-sikit nak tengok lembik ke idak muahahaha.

Thursday, January 30, 2014

Thursday, January 30, 2014

Tutorial Cara Menikmati Buah Limau


Assalamualaikum!

Haaaaa saje takde keje kan, tu yang timbul idea nak buat tuto ni hahaha. Nak makan pun kena ada tutorial ke? Opkossssss! especially buah limau. Macam kenit, peminat tegar buah limau kopek ada cara tersendiri menikmati buah limau kegemaran hehe. 

Buah limau ni sedap makan time musim perayaan je. Sebab tengok buah limau berlonggok-longgok dalam kotak tu kan, excited nak perabih sekotak! Tapi, tahun ni tak berkesempatan lagi nak membeli sekotak sebab dalam family, kenit sorang je yang 'hantu' limau yang lain tak berapa nak ber'hantu' sangat haha.

Ok la ok la. Jom kita mulakan tuto.....? (^_^)


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.