Breaking

Showing posts with label Parenting & Tips. Show all posts
Showing posts with label Parenting & Tips. Show all posts

Wednesday, June 08, 2016

Wednesday, June 08, 2016

Tips Persediaan Ibubapa Sebelum Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam


Assalamualaikum!


Ramai ibubapa beranggapan kalau bawa anak kecil naik bas atau keretapi memang leceh! Tambah kalau bawa 2-3 orang anak sekali .. fuh memang tak pergi kemana-mana la jawabnya kan! Mana nak pegang tangan, mana nak tengokkan anak, mana nak pilih barang lagi ... pendek kata kalau bawa anak kecil ni memang kena ada ibu dan bapa sekali! Ibu saje atau bapa saje memang tak jadi .... kadang-kadang ibubapa ada sekali pun anak-anak habis bersepah lari sana sini kan hahaha :p

Aku pun pernah mengalami benda yang sama dulu! Tak dinafikan memang mula-mula nak latih diaorang biasakan diri dengan pengangkutan awam ni, banyak benda yang tak terduga berlaku. Aku ingat lagi first trip kitaorang ke KLCC ... mencabar fizikal dan mental sungguh! :p



First time naik bas. Tahun 2012 :)

Start kami pindah KL la baru aku perkenalkan pengangkutan awam ni pada anak-anak. Time ni umur kakak 5 tahun dan adik 3 tahun. Memang tengah lasak la orang kata ... walaupun pempuan! Tapi sebab diaorang teruja sangat tiap kali tengok bas lalu depan mata, akhirnya aku beranikan diri amik langkah pertama!

Anak-anak aku memang teruja giler bila pertama kali dapat naik bas. Kesian ....duduk Kuantan tak pernah naik bas haha .. :p tapi diaorang tau seronok je. Bahaya sekeliling diaorang tak tahu, maka ibubapa la kena bersedia dengan segala kemungkinan. Tambah kita naik bas yang penuh dengan orang ramai, memang kena berjaga-jaga selalu.

Tips Persediaan Ibubapa Sebelum Bawa Anak Naik Pengangkutan Awam

1. Yakin pada diri sendiri & anak - ibubapa kena yakin dan konfiden mereka boleh handle anak bila di dalam bas atau keretapi (lrt, komuter, monorel etc.). Dalam erti kata lain .. mesti mau 'hati kering' hahaha. Ada ibubapa yang tak konfiden mereka boleh kawal anak bila di dalam bas. Ye la, orang ramai lepas tu kena selalu pegang tangan anak dan pastikan diaorang tak berlari atau berjalan ketika kenderaan bergerak. Ikut pengalaman aku sendiri, kakak dan adik memang ada perangai suka berjalan dalam bas ketika bas bergerak haha. Ape aku buat? kena selalu pesan berpesan sebelum naik bas dan ketika duduk di dalam bas. Lama-lama diaorang ok la ...

2. Study lokasi yang hendak dilawati - Yang ni memang aku buat sokmo! Tambah kalau lokasi tu aku tak pernah sampai lagi, maka memang kena pastikan dulu ada bas atau train sampai di situ atau berhampiran kawasan tu. Kalau bawa anak-anak, kena pastikan diaorang tak penat jalan jauh. Baru budak-budak selesa nak ikut kita berjalan. Budak-budak kan cepat penat, bila penat mula la buat perangai nanti huhu. 

3. Briefing awal mana kita nak pergi -  Aku selalu amalkan ni, malam sebelum nak pergi mana-mana tu aku akan panggil dua beradik tu dan briefing diaorang kemana kita nak pergi dan naik apa untuk ke sana. Dengan cara ini, aku dan mereka akan lebih bersedia untuk memulakan perjalanan nanti. 

4. Sediakan barangan keperluan - Pastikan ubat seperti minyak gamat, vicks, air minuman etc. dah siap sedia dalam beg. In case dalam perjalanan, anak sakit perut atau luka, ubat dah ada. Tak perlu nak singgah kedai banyak kali, sebab ini akan melambatkan perjalanan kita nanti. Kalau nak beli pun, beli yang perlu sahaja. 

5. Boleh kawal anak - yang ni memang ramai ibubapa mengeluh payah sikit, sebab tu tak ramai yang suka bawa anak jenjalan naik bas, train atau teksi. Sebenarnya, bagi aku Kita kenal anak kita macam mana kan, so kita boleh kenal pasti kawasan mana yang kita boleh elakkan sewaktu di sana dan jauhi bahaya yang mungkin ada. 

6. Cari tempat yang ada kemudahan asas - aku selalu pastikan tempat tu ada bilik solat/bilik rehat dan tandas. Kalau dalam shopping mall tak jadi masalah kot. Senang kalau kita nak singgah solat, anak-anak boleh berehat sambil menunggu. 

Macam aku cakap tadi, memang mencabar kalau bawa anak-anak gi jenjalan dengan pengangkutan awam ni. Tapi, sebagai penduduk di kota yang besar memang kita tak boleh nafikan kepentingannya dalam kehidupan seharian. Nak tak nak, itulah pilihan pengangkutan yang kita ada terutama di waktu-waktu kecemasan. Kalau aku tak biasakan diaorang dari sekarang, bila lagi? Anak-anak kita juga mungkin akan menggunakan pengangkutan awam satu hari nanti samada ke sekolah atau ke pejabat. Takkan la selamanya nak naik kereta je kan ... parok la weh hehehe ;p

Sekian saje tips dari saya. Ni melalui pengalaman sendiri tau, ada pengalaman baru boleh cerita hehe ...


Wednesday, May 18, 2016

Wednesday, May 18, 2016

Risiko Yang Perlu Ibubapa Tahu Ketika Anak Melayari Internet!


Assalamualaikum!


Di zaman teknologi alam siber yang berkembang maju ni, kanak-kanak dan gajet memang tak dapat dipisahkan! Aku sebagai ibu juga kadang-kadang risau kalau anak-anak terlalu banyak menghabiskan masa bersama gajet dan melayari video di internet.

Contohnya Hazwani, yang memang dah pandai melayari video kesukaannya di Youtube. Dia tengok kita buat sekali je, lepas tu dia dah pandai tekan sendiri dah! Nak tengok apa, di mana semua dia tahu. Yang Mira pun sama, dah reti cari sendiri video tanpa bantuan aku atau kakaknya! Huh .. cepat sungguh budak-budak ni belajar ye ...




Tapi, ada ketikanya akan terjumpa satu dua iklan yang tak sepatutnya terpampang di situ! Kalau dulu, aku boleh duduk bersama dengan diaorang dan pantau apa yang boleh ditonton dan yang tak boleh ditonton. Sampai kan ada masanya, bila iklan 'macam tu' keluar je aku terus tekup skrin iPad dengan tangan! Bila diaorang tanya kenapa ibu tutup dengan tangan, aku jawab iklan tak elok ... jangan tengok tau hehe ...

Tapi takkanla sehari suntuk korang nak tekup tangan setiap kali diaorang tukar video kartun tu kan hahaha. Nampaknya aku kenala guna alternatif lain untuk melindungi mereka ...




Ada hari tu aku terbaca kat blog kak Izwa yang rupanya mempunyai pengalaman yang sama macam aku! Dan dia syorkan ibubapa untuk download aplikasi Salam Browser sebagai alternatif untuk mengawal kemasukan iklan-iklan yang tak diingini!

Menarik ni! :)


SALAM BROWSER

Pelayar web islamik Salam dipacu teknologi Chromium dengan pelbagai ciri khas yang melindungi pengalaman internet agar lebih selamat dan bebas-spam. Menariknya, SALAM BROWSER ini yang berkonsepkan islamik turut menerapkan aspek menghormati adab ketika melayari internet. 



Walaupun SALAM BROWSER masih di dalam fasa BETA dan di peringkat ujian, namun ciri-ciri dan kemampuannya membuatkan aku tertarik untuk download aplikasi ini! 

Antaranya, ia memberi amaran terhadap laman web yang mengandungi unsur maksiat, perjudian, pornografi dan lain-lain yang memudaratkan. Selain tu, ia melindungi komuniti Salam daripada kandungan tidak sihat dengan sekali klik aje. Kemudian, maklumat yang disenarai hitam akan dikongsi dengan pengguna-pengguna Salam yang lain untuk kebaikan bersama.

Lagi satu dengan aplikasi SALAM BROWSER ni, keputusan enjin carian ditapis terlebih dahulu supaya tiada maklumat yang berunsur maksiat atau pornografi dapat diakses oleh anak-anak kita.





Amacam, senang tak? Lepas ni aku tak perlu pening-pening nak tekup skrin iPad dengan tangan dah, sebab SALAM BROWSER boleh lindungi anak-anak aku dengan cara yang lebih efisien dan mudah!

Nak downloadnya pun senang, korang boleh klik je MUAT TURUN SALAM BROWSER dan ikuti langkah yang diberi. 



Kalau korang prihatin tentang anak-anak, silalah download aplikasi SALAM BROWSER ni ye. Kerja korang pun senang tak perlu nak risau nak biarkan anak-anak melayari internet tanpa pemantauan orang dewasa. Bila korang dah download dan cuba aplikasi ini, jika ada sebarang komen atau maklumbalas boleh kemukakan pada pihak SALAM BROWSER

Selamat mendownload dan selamat melayari internet! ^^


Tuesday, April 26, 2016

Tuesday, April 26, 2016

Jom Borong Alat Tulis Murah STAEDTLER "FAMILY & FRIENDS"!


Assalamualaikum!


Wowweeeee! Jualan murah macam ni lah yang sekian lama ibu tunggu! Sejak kakak masuk darjah 1 lagi ibu dah alami kemurungan sebab alat tulis diaorang tak pernah yang cukup dalam seminggu tu haha ...

Awal tahun lengkap dengan kotak pensilnya, alat tulisnya, pemadamnya, pembaris sorang satu ... tapi masuk minggu ke dua ... hilang tanpa dikesan! Bila kita tanya, kawan dia pinjam la ... tak ingat letak mana la ... kawan belah dua pemadam tu la ... macam-macam lagi laaaaaa! adehh ...T_T

Paling kritikal ... pensil warna! Beli 12 batang, bawa balik 10 batang la ... 9 batang la ... lepas seminggu ada yang pendek, ada yang dia tertukar dengan kawan punya la ... haihh dari awal tahun sampai nak habis sekolah ibu punya stres tak turun gara-gara pensil warna anak! haha ..




Kelmarin cikgu kelas hantar gambar ni dalam WhatsApp .... wow! terlajak murah dah ni! Mula la #SindromMakMak merasuk diri ini haha ... heyyy, alat tulis STAEDTLER ok! Bukan cikai punya jenama tau. Memang hajat dihati ibu nak borong alat tulis ni, tu pun kalau ayahnya sudi nak bawa ibu ke sana hehe. Kakak dan adik kan suka mewarna ... terutama kakak! Memang sejak kecil, mewarna adalah aktiviti yang dia paling suka!

Jualan murah STAEDTLER "FAMILY & FRIENDS" ini hanya berlangsung selama 2 HARI SAHAJA! So, mak-mak sekelian sila kunci tarikh anda pada 5 & 6 Mei 2016 ini ye. Harap-harap hari bekerja tak ramai orang yang serbu jualan murah ni nanti heeeee :D ...


Monday, April 11, 2016

Monday, April 11, 2016

DRYPERS BERIKAN KESELESAAN KEPADA 120 ANAK YATIM SEMPENA KEMPEN MOMS OF MALAYSIA 2016


Asslaamualaikum!


Lebih 60 orang terdiri daripada ahli Drypers Baby Club, penyokong Moms of Malaysia (MOM), Elaine Daly, pihak penaja dan kakitangan SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd meluangkan masa selama dua hari untuk melakukan transformasi ke atas Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat yang menempatkan 120 kanak-kanak menjadi sebuah kediaman yang lebih selesa.




“Perkara penting Drypers MOM 2016 kali ini adalah melibatkan ibu bapa dalam program Share A Little Comfort, iaitu inisiatif yang membolehkan ahli Drypers Baby Club menderma mata ganjaran Drypers dan mengerah tenaga dalam usaha mengubahsuai kediaman kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu.”

“Mata ganjaran Drypers Baby Club yang disumbangkan akan digunakan untuk membuat kediaman dan persekitaran rumah yang lebih selesa untuk anak-anak yatim”

“Saya sangat gembira melihat begitu ramai sukarelawan meluangkan masa dan usaha untuk menyediakan kanak-kanak tersebut dengan persekitaran lebih kondusif, selain merasai pengalaman keselesaan dan kasih sayang yang selayaknya diterima,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.  

“Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat (RYAS) merupakan rumah pertama program ini. Kami menggesa semua rakyat Malaysia yang penyayang untuk turut serta bersama dengan kami dalam tiga lagi rumah anak yatim sepanjang 2016”

“Ada dua cara anda boleh membantu – menderma mata ganjaran Drypers Baby Club dengan matlamat mencapai 1 juta mata ganjaran Drypers atau menjadi sukarelawan untuk membantu melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaharuan,” tambahnya lagi.

Penyokong Drypers MOM 2016, Elaine Daly yang juga seorang ibu baru, turut menyertai ahli lain membantu kerja pengubahsuaian seperti baik pulih, mengecat, dan menambah perpustakaan baharu. Rumah anak yatim tersebut yang beroperasi dengan sumber dana daripada pemilik budiman sangat memerlukan pengubahsuaian. Drypers turut membawa Akemi, Favorita dan Khind sebagai rakan kongsi dalam inisiatif tangungjawab sosial korporat (CSR) kali ini.




Sasaran Program Share A Little Comfort kendalian Drypers – jenama di bawah SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd, adalah untuk menyediakan rumah yang lebih selesa kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. Justeru Drypers menggesa ahli-ahli Drypers Baby Club untuk menderma mata ganjaran Drypers danmenjayakan usaha yang bermakna ini. Mata Ganjaran Drypers (dikumpul menerusi pembelian produk Drypers) boleh didermakan dalam jumlah 100, 300 atau 500 poin menerusi akaun online Drypers Baby Club dan setiap mata ganjaran akan dipadankan oleh Drypers. Matlamat utama ialah mencapai 1 juta mata ganjaran yang bersamaan RM100,000, iaitu jumlah besar yang akan digunakan dalam program pembaharuan untuk menjadikan kediaman selesa buat kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Menerusi program CSR ini, Drypers mahu mengetengahkan fakta bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat sedikit keselesaan. Dalam erti kata lain, keselesaan yang diberikan ialah tanda diri mereka disayangi. Itulah sebenarnya apa yang mereka mahukan, iaitu untuk dicintai dan disayangi. Jadi, bersamalah kita menjadikan ruang hidup mereka benar-benar seperti rumah. Saya sangat berbesar hati melihat sokongan sepenuh hati daripada ahli-ahli Drypers Baby Club. Saya harap lebih ramai ibu bapa akan menderma mata ganjaran Drypers dan menyertai kami meneruskan kerja-kerja penuh bermakna ini,” kata penyokong MOM 2016, Elaine Daly.



Kempen Drypers MOM 2016 kembali lagi bagi tahun kedua dan terus menekankan kepentingan setiap detik ikatan antara ibu dan si kecil. Ibu-ibu seluruh negara dijemput berkongsi foto-foto detik-detik yang berharga bersama bayi mereka di Facebook atau Instagram dengan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia. Foto akan dipaparkan di skrin LED pada pelancaran rasmi acara itu di IOI City Mall, Center Court (Lower Ground), Putrajaya bermula 5-8 Mei.

“Asasnya, matlamat kami ialah menyerlahkan ikatan istimewa antara ibu dan anak – menggalakkan mereka menghargai detik-detik indah setiap hari menerusi kempen Drypers MOM 2016. Jadi, ini adalah satu gerakan untuk mengiktiraf dan berkongsi detik-detik harian yang indah bersama insan tersayang dengan ibu-ibu lain,” tambahnya.

Pada pelancaran acara itu pada Mei nanti, ibu bapa boleh bersama anak-anak mereka menyertai pelbagai permainan dan aktiviti – bermain buih di kawasan khas unik dan menikmati sesi nyanyian dan bercerita. Ahli-ahli Drypers Baby Club dan anak-anak mereka diberikan layanan khas,di mana si manja boleh melakukan aktiviti mewarna, melukis corak di muka mereka sambil menikmati snek percuma.




Ibu bapa boleh juga menikmati tawaran promosi produk Drypers dengan mendapatkan baju kanak-kanak dengan cetakan nama si manja tersendiri secara percuma. Ibu bapa yang hadir pada acara itu boleh menyatakan sokongan terhadap inisiatif Share A Little Comfort, di mana Drypers berbesar hati menyumbangkan 10 mata ganjaran bagi setiap sokongan daripada  ibu bapa. Terdapat juga ruang istimewa untuk ibu-ibu hamil di mana mereka boleh mendapatkan sampel lampin pakai buang Drypers Wee Wee Dry New Born di dalam beg mummy eksklusif dan mengambil foto percuma.




Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia dan menjadi sukarelawan, sila layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY

Untuk menderma mata ganjaran, ibu-ibu boleh layari http://bit.ly/1TCGkOE.


Friday, April 08, 2016

Friday, April 08, 2016

Temui Thomas & Friends Kini Di One Utama Shopping Centre!


Assalamualaikum!

They're two, they're four, they're six, they're eight,
Shunting trucks and hauling freight,
Red and green and brown and blue,
They're the really useful crew,
All with different roles to play,
Round Tidmouth Sheds and far away,
Down the hills and round the bends,
Thomas and his friends


Thomas & Friends kembaliiiiiiiii! :)

Masih ingat lagi tak lagu tema Thomas & Friends ni? Siri Thomas & Friends adalah antara siri kegemaran kakak dan adik sejak mereka kecil lagi. Kalau dengar lagu tema ni, bukan kakak dan adik saja yang akan sama menyanyi tapi aku pun turut ikut menyanyi depan tv sampai habis! hehehe ....




Kalau dulu boleh tengok dalam tv je, tapi kini ada berita baik untuk peminat Thomas & Friends, sebab bermula kelmarin (6hb) telah berlangsung pameran The Thomas Mini & Mighty di One Utama Shopping Centre sempena jelajah sulung Thomas Town Puteri Harbor yang berkolaborasi dengan Mattel Asia Tenggara. 

Untuk pengetahuan korang, Jelajah Malaysia 'Mini & Mighty' 2016 merupakan yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara, dan akan menjelajah ke beberapa tempat sebelum mengakhirinya di taman tema Thomas Town, Puteri Harbor pada bulan Disember 2016.




Sebelum aku bercerita lanjut mengenai aktiviti yang disediakan sepanjang pameran ini, meh aku kongsi sikit pasal pelancaran Pameran Thomas Mini & Mighty yang selamat dilancarkan baru-baru ni. 

"The story of Thomas & Friends has been continuously charming generations of boys and girls ever since it was introduced in the year 1945. We are very excited to be able to bring this amazing tour to Malaysia, not only as a gesture of acknowledgement and appreciation for existing Thomas enthusiasts, but also to open this range of lovable characters and the fun engagement of Thomas & Friends stories to a new public. As with our Thomas Town attraction in Puteri Harbor, we want everyone to be able to fully experience the world of Thomas and his friends," kata Fahruddin Najumudeen, Pengurus Besar Thomas Town Puteri Harbor.




Bermula 6hb sehingga 10hb April ini, pengunjung boleh datang dan terokai dunia si 'enjin' kecil Thomas bersama 'kawan-kawannya' dengan berlatarbelakangkan 'Pulau Sodor' yang dibina khas di LG OVal Concourse, One Utama Shopping Centre di samping ada banyak aktiviti best dan menarik menanti anak-anak korang!

6hb sehingga 10hb April
  • Thomas Train Ride
  • Story-telling Adventures
  • Thomas Maze Challenges, and
  • Meet-and-Greet sessions with Thomas & Friends characters (Rusty, Dusty & Sir Topham Hatt)





Korang boleh rujuk aktiviti di jadual atas ni ok. Tak nampak sila klik untuk 
imej lebih besar :)


Dan dari 6hb sehingga 24hb April 2016, ruang legar Oval Concourse ini akan dipenuhi dengan 'kawan-kawan' Thomas yang terdiri dari 70 replika enjin dipamerkan sepanjang tempoh pameran ini. Wowww ... memang puas amik gambar ni hehehe ... anak-anak pasti suka nak bergambar dia atas replika enjin ni kan!








Haaaa .. ni baru sikit je aku amik ni. Ada 70 replika enjin kesemuanya sedang menanti kehadiran korang di One Utama! Memang comel dan cantik setiap satunya, bergambar la puas-puas nanti ye hehehe ....

Selain pameran dan aktiviti, di sini juga akan dibuka gift shop khas menjual barangan Thomas & Friends! Ada macam-macam barang korang boleh pilih dan beli untuk anak-anak. Nak kasut? nak baju? nak mainan? semua tu ada dijual disini!









Kalau korang pengumpul replika mini karakter kartun atau sebagainya, mungkin korang boleh tengok-tengok replika Thomas & Friends di pameran ni. Mana tau ada yang berkenan di hati? hehe ...



Beli untuk si kecil pun ok gak ni ;)





Ok, jangan lupa ye datang ke LG Oval Concourse, One Utama bermula 6hb April sehingga 10hb April untuk sertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Bawa anak-anak korang untuk bergambar dan temui karakter-karakter menarik di sini sepanjang pameran berlangsung. 

Pastinya cuti hujung minggu bersama keluarga di sini sangat meriah dengan kehadiran Thomas & Friends! ;)

Untuk maklumat lanjut tentang Pameran Thomas Town, Puteri Harbor "Mini & Mighty" Malaysia ini, korang boleh layari www.puteriharbor.com/play/thomas-town


Thursday, April 07, 2016

Thursday, April 07, 2016

Rangkaian Ubat Gigi Buds Oralcare Organics Selamat Untuk Bayi, Anak Kecil & Kanak-kanak


Assalamualaikum!


Yang terbaik hanya untuk mereka! Dan terbaik itu bermaksud yang sihat, semulajadi dan  ...ORGANIK! Pastinya setiap ibubapa menginginkan produk yang digunakan untuk anak mereka adalah selamat dan bebas bahan kimia kan, terutama untuk anak yang masih kecil.

Dalam mendidik anak-anak kita mengutamakan penjagaan gigi di peringkat awal usia mereka, ibubapa perlu peka dan prihatin terhadap sebarang produk di pasaran. Untuk itu Buds telah memperkenalkan ubat gigi yang lebih selamat untuk bayi yang sedang tumbuh gigi, anak kecil dan kanak-kanak sehingga umur 12 tahun.




Baru-baru ini aku dijemput ke majlis pelancaran Buds Oralcare Organics bertempat di MAD About Coco, Publika. Bagi yang belum tahu, rangkaian ubat gigi Buds Oralcare Organics adalah bebas dari bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan serta kandungan berbahaya yang lain. Ianya lembut, selamat dan berkesan.

Sudah tentu ibubapa yang bijak akan memilih produk yang selamat untuk anak-anak mereka kan. Dan pastinya, Buds Oralcare Organics memberikan alternatif terbaik untuk penjagaan gigi yang sempurna dari peringkat awal.




Turut berada di majlis pelancaran, Pengarah Urusan I-Green (M) Sdn Bhd, En. Soo Siew Peng yang berkongsi inspirasi dalam mencari alternatif menghasilkan produk penjagaan gigi yang selamat untuk si kecil, iaitu melalui hasil temubual dengan ibubapa serta beberapa kajian lain yang menyeluruh untuk memastikan ubat gigi organik yang selamat dan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan tahap tumbesaran yang berbeza.

Bagi memastikan rutin menggosok gigi yang lancar dan menyeronokkan untuk si kecil, kedua-dua rangkaian ubat gigi Buds untuk bayi dan kanak-kanak didatangkan dalam 4 perisa buah-buahan menggunakan perisa semulajadi yang disahkan organik seperti epal hijau, strawberi, blackcurrent dan pudina.




Rangkaian Buds Oralcare Organics mempunyai 3 jenis ubat gigi yang disesuaikan dengan peringkat umur si kecil, iaitu :

  • Ubat gigi Gel Buds Baby - mengandungi Aloe Vera yang membersih dan melegakan gusi bayi yang sedang tumbuh gigi, dan pada masa yang sama seiring dengan Xilitol semulajadi bagi melindungi gigi yang baru tumbuh. Ia juga selamat jika tertelan

  • Ubat gigi kanak-kanak Buds Oralcare Organics dengan Xilitol - disyorkan untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun, lembut tanpa fluorida yang dirumus khas dengan gabungan pembersih semulajadi, jus Aloe Vera organik dan silika untuk membersih gigi secara lembut dan berkesan. Ia juga selamat jika tertelan

  • Ubat gigi kanak-kanak Buds Oralcare Organics dengan Fluorida - Hanya jumlah Fluorida yang selamat bagi kanak-kanak sahaja dimasukkan ke dalam rumusan untuk menentang pembentukan kaviti gigi walau dalam dos yang kecil. Ia meingkatkan perlindungan terhadap kaviti dan mengekalkan kesihatan mulut yang baik seiring dengan jus Aloe Vera, Phytic Acid dan Xilitol. Ianya disyorkan untuk kegunaan kanak-kanak berumur 3-12 tahun.




Untuk membuktikan ubat gigi Buds Oralcare Organics ini selamat digunakan untuk si kecil, aku sendiri telah melakukan ujian 'rasa' ketika di majlis pelancaran hehe...




Alhamdulillah ... memang sedap hahaha. Rasa buah-buahan lagi ada la! Tak pedas dan tak memudaratkan ... so, anak-anak kecil kalau tertelan takda masalah. Perisa pun semulajadi, bukan tiruan punya ya ..!

Majlis pelancaran juga diserikan dengan kehadiran selebriti-selebriti seperti Harith Iskander bersama isterinya, Dr. Jezamine Lim dan penyanyi Nurul Wahab bersama anak-anak masing-masing.





Mereka bukan sahaja berkongsi pengalaman masing-masing bersama anak-anak dalam rutin penjagaan gigi, malah selain menggalakkan anak-anak memulakan tabiat menggosok gigi di awal usia, mereka juga sangat mengesyorkan ibubapa di luar sana memilih produk yang betul-betul selamat dengan membaca dahulu kandungan bahan sesuatu produk sebelum membelinya. 

Untuk itu, rangkaian ubat gigi Buds Oralcare Organics adalah pilihan terbaik untuk penjagaan gigi anak-anak dan selamat digunakan kerana ia telah disahkan organik oleh ECOCERT, salah sebuah organisasi pensijilan organik terbesar di dunia.



(0-1 tahun) 30ML - RM29.90



(1-3 tahun) 50ML - RM32.90


(3-12 tahun) 50ML - RM32.90


Rangkaian ubat gigi Buds Oralcare Organics boleh didapati di Farmasi Carin, kedai-kedai menjual barangan keperluan organik dan pasaraya terpilih.






Jadikan rutin penjagaan gigi anak-anak kita satu aktiviti yang menyeronokkan setiap hari dengan pemilihan produk organik yang selamat dan berkesan melindungi gigi seperti Buds Oralcare Organics

Bagi ibubapa yang baru sahaja menerima cahayamata, ini mungkin langkah pertama yang anda boleh ambil untuk memastikan anak anda mendapat penjagaan gigi yang sempurna di peringkat awal usia.



Beauty and the 'Monster' :P
But this 'Monster' is a good one! hehehe ...


Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.budsbaby.com


Friday, February 19, 2016

Thursday, January 21, 2016

Thursday, January 21, 2016

Mira Ada Disleksia?


Assalamualaikum!




Untuk tiga minggu pertama ni, memang ni la keje aku tetiap malam. Membalut buku-buku teks kakak dan adik untuk sekolah rendah dan sekolah agama. Kakak punya buku teks dah setel, tinggal Mira punya je yang tak siap-siap lagi hehe. 

Buku teks baru dapat kelmarin ... sebab untuk minggu pertama sekolah aritu cikgu dah kabor buku teks akan dapat lambat sikit berbanding murid-murid darjah 2 hingga 6. Sebab minggu pertama dan kedua tu cikgu nak murid-murid menyesuaikan diri dulu dengan aktiviti santai sebelum memulakan kelas dengan lebih serius dan fokus.

Monday, January 11, 2016

Monday, January 11, 2016

Hukum Selfie Sambil Menyusukan Anak


Assalamualaikum!


Ni panas bukan setakat cuaca je yang panas. Tapi, timeline FB aku pun sama bikin 'panas' dengan pelbagai isu semasa yang dibangkitkan sejak kebelakangan ni. Bermula dengan isu ibu buat baby shower hidang makanan dalam pampers dan terkini ibu-ibu muda berselfie sambil menyusukan anak dan gambar dimuat turun dalam media sosial!

Alahaiiii kaum sejenisku .... awatnya hang buat lagu tu??

Penyusuan anak atau breastfeed adalah sangat digalakkan dalam Islam. Hatta kita digalakkan mencari ibu susuan sekiranya ibu kandung tidak mampu menghasilkan susu sendiri untuk anak, seperti yang pernah dilalui oleh Nabi s.a.w.

Pelbagai kempen penyusuan ibu telah diperkenalkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu-ibu moden terutama yang bekerja untuk menyusukan anak mereka secara ekslusif kerana manfaatnya pada anak-anak di masa hadapan. Even aku sendiri pernah memberikan komen menyokong penyusuan ibu di dalam satu interbiu untuk wawancara di tv.

Namun, akhir-akhir ini isu penyusuan ibu mendapat kecaman dari sesetengah pihak sehingga fanpage mereka direport kerana tidak berpuas hati! Isunya bukan penyusuan ibu... tapi SELFIE sambil menyusukan anak dan kemudian muat turun di FB! Terus terang ye, aku tengok gambar tu pun aku malu beb .... T_T


Tuesday, January 05, 2016

Tuesday, January 05, 2016

Jangan Pandang Rendah Duit RM1!


Assalamualaikum!


Mulai sekarang aku kena kumpul duit kertas RM1 sebanyak yang boleh. Bukan untuk buat tabungan, tapi untuk dua orang anak daraku tu la. Dulu kakak sorang je yang guna duit RM1 buat belanja sekolah. Sekolah pagi lain harga, sekolah petang lain harga hehe ...

Ni dah masuk dua orang, aku kena sediakan lebih banyak duit kertas RM1. Hari-hari kena cek dalam dompet, pastikan duit kertas RM1 cukup untuk 'bekalan' esoknya. Kadang-kadang aku naik takut pulak nak bayar duit kat kaunter haha. Bukan ape ... senang pagi-pagi nak hulur duit belanja kat diaorang. Adik pulak baru nak berjinak-jinak berbelanja di sekolah, so kena bagi dia pemahaman tentang perbelanjaan berhemah hehe ....


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.