Something in my head
Wednesday, June 11, 2014
Kesudahan Kisah Anak & Bapak
Assalamualaikum!
Selepas 'konflik' dengan bapaknya hari itu, aku tak lagi mendengar perkhabaran dia dan bapaknya.
Tup tup kelmarin, aku dapat panggilan telefon dari dia dan kedengarannya lebih tenang dan ceria dari panggilan sebelumnya.
Aku : "pergi mana? lama menghilang?"
Dia : "aku balik kampung..."
Aku : "la ye ke? habis tu bapak ko camne? dia masih merajuk lagi?"