Promosi
Monday, July 14, 2014
Jom Beramal Bersama Planta.
Assalamualaikum!
Alhamdulillah, kita dah pun masuk minggu kedua bulan Ramadhan, dan Anim yakin pasti ramai yang dah mula menggentel kuih-muih dan biskut raya beraneka jenis dan rasa time ni kan hehehe.
Dan, dalam dua fasa pertama ini juga tentunya kita banyak belajar tentang erti berkongsi kasih sayang dan disebabkan itu, Planta ingin mengajak anda semua di luar sana untuk sama-sama berkongsi keceriaan menyambut Syawal dengan golongan yang kurang bernasib baik.
Seperti yang anda maklum, pada awal bulan Jun yang lepas Anim ada mengikuti kempen Seceria Air Tangan Bersama Planta. Dan kini, kempen Beramal Bersama Planta telah pun memasuki Fasa Kedua.
Dalam Fasa Kedua ini, Planta ingin menyeru dan mengajak anda especially yang pandai membuat kuih-muih dan biskut raya untuk sama-sama menyumbangkan hasil biskut raya buatan anda sendiri untuk diberikan kepada anak-anak yatim sempena menyambut Syawal.
Caranya mudah saja :
- Hasilkan biskut raya anda dengan air tangan sendiri
- Kunjungi Pasaraya MYDIN & GIANT terpilih untuk salurkan biskut raya anda. Atau anda boleh mengunjungi mana-mana Roadshow "Beramal Bersama Planta"
- Seterusnya, biskut raya anda akan disumbangkan kepada anak-anak yatim Malaysia.
Mudah bukan? (^_^)
Di samping anda membuat kuih-muih dan biskut raya untuk keluarga dan tetamu, anda juga boleh berniat untuk beramal dengan mendermakannya kepada anak-anak yatim melalui Planta.
Apa jua jenis biskut raya boleh disumbangkan. Yang penting usaha kita untuk sama-sama menceriakan anak-anak yatim di pagi Syawal nanti.
Kempen Beramal Bersama Planta ini akan bermula :
16hb Julai - 20hb Julai 2014
InsyaAllah sumbangan anda ini dapat sedikit sebanyak menceriakan mereka yang pastinya merindukan masakan dari air tangan seorang ibu.
Jadi, apa tunggu lagi! Sambil-sambil buat biskut raya tu kita boleh juga menambah pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sumbangan anda amatlah dihargai. Moga mendapat ganjaran yang tinggi dari Ilahi.
Selamat beramal!
(^_^)