Story Kenit
Wednesday, June 15, 2016
Apa Yang Boleh Dibeli Dengan RM20 Di Bazar Ramadhan? - Selepas 2 Tahun
Assalamualaikum!
Dulu aku ada kongsikan apa yang boleh kita beli dengan duit RM20 di bazar ramadan. Selepas dua tahun, barang pun dah banyak naik dari turunnya tapi adakah harga makanan di bazar kekal sama seperti tahun-tahun lepas?
Kalau ke bazar selalunya berapa RM yang korang bawa? Ada sampai terlebih bajet tak? Tak dinafikan kalau aku ke bazar, kalau boleh nak singgah setiap gerai! hehe tambah tahun ni banyak pulak orang jual kambing bbq ... semerbak harum mewangi bau dia! Tapiiiii jangan lupa, kita membeli makanan jangan sampai terbazir dan membuang! Beli yang mana kita dan keluarga betul2 suka makan je, jangan ikut nafsu mata ok!
Lokasi Bazar Ramadhan yang strategik membuatkan setiap hari ramai yang menyinggah di bazar ni. Kawasan Desa Pandan ni memang padat penduduk sampai aku tak nampak dah tanah mana yang boleh dibuat rumah. Yang sedang dibina pun ada lagi tu ...kondo berapa puluh tingkat ntah! Kuarters kerajaan dan ATM pun dah ada dua ditambah dengan kondo yang baru naik macam cendawan lepas hujan ...lagila sesak!
Walaupun tahun ni dapat balik awal, tapi disebabkan jalan sesak sebab semua orang pakat balik pada waktu yang sama, maka kadang-kadang aku terlambat jugak sampai ke rumah. Kadang tu pukul 6 lebih baru sampai, memang tak sempat nak sediakan apapun. So, ke bazar la jawabnya hehee ....
BAZAR RAMADHAN DESA PANDAN
Berbekalkan pengalaman pada tahun-tahun sebelumnya, tiap kali sebelum nak ke bazar aku tau dah nak beli apa untuk diri sendiri dan anak-anak. Ada beberapa gerai yang jadi kegemaran aku di bulan puasa ni. Aku suka beli makanan yang dimasak disitu dan bukan yang readymade. Bukan tak suka langsung ... macam kuih muih tu aku beli tapi makanan lain kalau boleh elakkan sebab takut basi huhu. Tapi bukan semua la ye!
Bila dah tahu tempat nak dituju, makanan apa yang nak dibeli aku terus ke tempat tu. Takda pandang dah kiri kanan sebab masa pun tak cukup dah kan. Berbekalkan RM20 ini yang aku beli di bazar ramadan ....
roti jala 5 keping RM2 - aku suka roti jala ni sebab dia masak kat situ gak hehe
lemang sepotong RM2 - lemang untuk kakak, aku beli 3 potong untuk dia
murtabak Omar Kedah RM3/sekeping - murtabak daging dia memang tak tipu! Bertahun dah aku jadi regular customer pakcik ni hehehe :D
bubur lambuk kg. baru RM3/sebungkus - minggu lepas takda ni, minggu ni baru nampak. Aku kan 'hantu' bubur lambuk memang rugi la kalau tak beli hehehe ...
popia basah - lalu je tak beli pun sebab bukan peminat sejati. Memang hari2 panjang barisan dia
kebab melawati RM3/satu - teringin ... hehe
shawarma RM5/satu - menu terbaru bazar tahun ni. Murah dan nampak sedap, dimasak disitu so ... kenapa tidak? haha ...
Roti jala - RM2
Lemang 3 ketul - RM6
Murtabak Omar Kedah - RM3
Bubur Lambuk Kg Baru - RM3
Kebab Melawati - RM3
Shawarma - RM5
JUMLAH : RM22
Sebenarnya, antara kebab dengan shawarma tu boleh pilih salah satu pun ok dah. Tapi sebab aku teringin nau nak merasa sedap sangat ke shawarma tu ...maka beli jugak le hehehehe. Kalau tak beli shawarma tu, aku hanya belanjakan RM17 je untuk kesemua makanan tadi. Baki RM3 tu boleh beli air kalau nak huhu ....
Ok tak? hehe ...