Breaking

Friday, November 02, 2018

Friday, November 02, 2018

Style bila bergambar


Assalamualaikum! Seminggu diaorang 'bermain' di sekolah untuk minggu kokurikulum, pagi ni cikgu kongsikan gambar-gambar penyampaian hadiah. Kita pinjam gambar ye cikgu...thank you hehe.

Kedua-duanya menang hadiah tapi ibu tak pasti korang main game apa. Kakak ada cerita dia main futsal atau bola tampar dapat nombor 3. 

Tapi tu la .... cikgu share banyak gambar tadi, ibu dok tercari-cari la mana kakak ni. Dia kata akan terima hadiah tapi tak nampak gambarnya. Rupanyaaaaaaa ...dia tutup dengan sijil adehhhh .... hehe.


cer cari mana satu Hazwani

Thursday, November 01, 2018

Thursday, November 01, 2018

Tiada lagi peperiksaan bagi murid Tahun 1,2 & 3 mulai 2019!


Assalamualaikum! Ingat lagi tak kita ada share entri makluman untuk ibubapa tentang soal selidik ibubapa 2 bulan lepas? Haa jangan cakap kita tak share ye. 


Kelmarin, kementerian telah pun membuat keputusan semalam bahawa mulai tahun 2019 tiada lagi peperiksaan bagi murid Tahun 1,2 dan 3. Waahhh mesti ramai ibubapa yang lega dengan pengumuman ini kan? Atau ada yang menentang?


Wednesday, October 31, 2018

Wednesday, October 31, 2018

Sorry, I disappointed you


Assalamualaikum! Not much talking from you this morning. I know you are sad coz your friends are going and you are not. I'm sorry coz today you are supposed to go for a trip with school friends, but I have misplaced your trip form until today and totally forgotten to pay for the trip.

Totally understood if you are mad at me. It wasn't my intention to ignore your request. I am aware of you wanting so much to go to the trip with your school friends few weeks before, but sometimes I make mistakes too. 

And I'm sorry coz I have disappointed you...





Love,
Hanim

Tuesday, October 30, 2018

Tuesday, October 30, 2018

Pink Box Althea Dah Sampai!


Assalamualaikum! Syoknyee bila nampak kotak merah jambu atas meja. Hilang segala penat lelah bekerja seharian hehe. Orang perempuan begitulah, kalau nampak satu-satu benda yang dia suka dan idamkan lama, itulah yang akan jadi terapi untuk dirinya ... setuju?

Minggu lepas kotak merah jambu ni sampai yeayy! Setakat ni, Althea memang efisien. Tak sampai seminggu barang dah sampai. Tambahan pula, Althea baru je lancarkan produk terbarunya maka haruslah kita mencuba ye tak!


Friday, October 26, 2018

Friday, October 26, 2018

Bayangkan Mira jadi pengawas sekolah



Assalamualaikum! Minggu lepas dia cakap mulut je. MInggu ni dia bawa balik surat offer pengawas percubaan di sekolah. 

"Ibu ... cikgu kata kalau nak jadi pengawas tak boleh datang lambat. Kena ada kat sekolah sebelum tujuh sepuluh". Kalau lambat 3 kali, tak boleh jadi pengawas"

Hahaha ... selama ni sampai sekolah pun tujuh suku, tujuh dua puluh. Kalau awak pun bangun dan bersiap lambat, memang sampai pun lambat le.


Thursday, October 25, 2018

Thursday, October 25, 2018

Pageview 'Unknown Region' ni dari mana ye?


Assalamualaikum! Lamanyeeeeeee tak sembang pasal blog kan. Dulu ada gak buat tutorial blog, tapi sekarang terus sendu hehe. 

Kadang-kadang tu ada gak godek-godek tengok statistik blog ni, walaupun tak berapa nak gempak, tapi alhamdulillah boleh lah kan hehe. 

Bila tak join event, masih juga perlu berblogging. Selagi ada yang sudi nak baca dan manfaatkan cerita kita selagi itulah jari ini akan 'menari-nari' di papan kekunci. Kalau takda yang sudi nak baca, kita still menaip jugak untuk tatapan dan bacaan sendiri hehe. Dah minat macam tu la. Luar je sains, dalaman kita sastera wak! ekekeke.



Wednesday, October 24, 2018

Wednesday, October 24, 2018

3 Perkara Ibubapa TAK SEPATUTNYA Buat Bila Ambil Anak Di Sekolah


Assalamualaikum! Kalau ambil anak-anak balik dari sekolah, kawasan depan pagar tu adalah tempat paling sibuk selain dari tempat letak kereta berhampiran sekolah betul tak. Kadang-kadang ada ibubapa yang nak cepat, malas nak parking jauh atau takda parking langsung dan terus berhentikan kenderaan depan pagar sekolah.

Biasa tak nampak benda ni? Atau korang juga antara ibubapa yang selalu buat macam ni? Hurmm... agak-agaknya la kan, betul ke apa yang kita buat tu? Pernah terfikir tak mungkin cara kita selama ni tak berapa betul dan sebenarnya boleh menyusahkan orang lain? Pernah perasan tak?


gambar hiasan

Tuesday, October 23, 2018

Tuesday, October 23, 2018

Tak Suka Naik Teksi Sebab Apa?


Assalamualaikum! Isu lama yang kini jadi kecoh semula. Bermula dengan tindakan biadap segelintir pengusaha teksi di Langkawi yang dikatakan bertindak keluar ketika sesi dialog bersama Perdana Menteri sambil mengeluarkan kata-kata kesat akibat tidak berpuas hati kerana kerajaan mahu mengekalkan Grab.

Kemudian, timbullah pula isu layanan antara teksi dan Grab. Tak dinafikan ramai antara kita yang lebih selesa memilih perkhidmatan Grab atau E-hailing. Bagi kita, 2 sebab ni lah yang menjadi punca utama masyarakat dah muak dan jelak nak guna teksi sebagai pengangkutan awam:


MEMILIH TEMPAT 

TAK NAK GUNA METER

Sumber : Malaysiakini
Tuesday, October 23, 2018

Siapa suka cari kutu kucing?


Assalamualaikum! Harap benda ni tak terlalu pelik bagi korang ye sebab memang itulah yang saya suka buat hehehe. Siapa suka cari kutu kucing? Eh ada orang geli dengan kutu kucing ni tau tapi bukan saya hehe. Mungkin sebab saya dah terbiasa sejak saya mula-mula bela kucing tahun 1995.

Walaupun saya dah lama tak bela kucing, tapi bila jumpa kucing yang ada kutu ni saya boleh jadi gian pulak. Gian mencari kutu kucing hehe. Boleh duduk bersila dibuatnya tau! Kucing tu takkan dapat pergi mana-mana la jawabnya haha. Tambah kalau banyak sangat kutu kat badan dia tu, pastu besar-besar gemuk pulak....ishh memang takkan kulepaskan dikau wahai kutu!


Monday, October 22, 2018

Monday, October 22, 2018

Lepas kelas tambahan


Assalamualaikum! Minggu lepas adalah kelas tambahan terakhir kakak untuk tahun ini. Tahun depan dah tentu akan ada lagi kelas tambahan untuk UPSR. Bertambah sibuk la jadual kita lepas ni ye nak. Isnin sampai Jumaat dah sibuk dengan sekolah, tambah hari Sabtu kena pergi kelas tambahan pulak. Ibubapa yang anak-anaknya nak masuk Tahun 4 & 5 tahun depan kena siap siaga la ye.

Memang diakui, tahun ni kami tak berjalan sangat kemana-mana. Hari Sabtu kakak dah kena pergi kelas tambahan. Kalau takda kelas tambahan pasti ada je aktiviti dia di sekolah tu. Kalau clash dengan aktiviti lain, terpaksa batal yang tu untuk bagi laluan pada aktiviti kakak, terutama kelas tambahan atau program pembelajaran.

Sebab tu kalau kakak cuti panjang atau kakak tiada kelas tambahan ibu pasti akan berehat sepuas-puasnya di rumah! Time ni la pun ibu dapat melunjur kaki berbaring pastu tido haha. 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.