Monday, November 12, 2012

# Anything and Everything

Lelaki Tertelan Sudu!







TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.



STABIL...
Ah Lek diziarahi Yew selepas pembedahan
 mengeluarkan sudu (gambar kecil) dari dalam perutnya.

Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.


Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.

“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping."


Sumber : Harian Metro 12/11/2012

P/S: Seriauuuuuu...!~

2 comments:

  1. Ya Allah...takutnya dengar..nasib baik xde apa2 yg serius

    ReplyDelete
  2. perut dibelah hisshhhh seriau saya! kalu kuar budak takpe la kak, ni kuar sudu heeeeee:D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates