Bila Kakak Dapat Kad Ucapan Dari Kawan ....

Friday, April 03, 2015


Assalamualaikum!




Semalam dikeluarkan beberapa keping kad cantik dari dalam beg sekolah dan ditunjuknya kat aku. 

"Buu ... kakak dapat kad ucapan birthday dari kawan ..."

"Huh ....?"

Kad yang dihulur aku sambut dan kemudian dibuka ....

Nenenenene nengggg nenene nenggggg nenenenenenene nengggg nenene nengggg nenene nenggggg (tak dapat cam yek? jap aku buh video :D)


video



Wahhhh ..siap ada lagu pulak!

"Kakak sure kawan kakak bagi dengan ikhlas? bukan dipaksa?"

"Betul bu ...diaorg yang bagi sendiri. Kakak tak suruh beli pun"

"Hurm .. ok"

Just nak make sure je ... sebab kad ni dibeli dengan duit kot. Ada lagu pulak tu ... I wonder berapa ringgit la budak tu bawa gi sekolah...atau dia dah siap-siap beli kat luar? huhu. Tak mau la nanti jadi kes 'pau-mengepau' walaupun aku percaya kakak takkan buat begitu pada kawannya. 

Apapun .. terima kasih bagi anak acik kad ni ye hehehe :)




Teringat aku zaman 90an dulu, kad ucapan yang ada lagu macam ni memang popular dan trending terutama time nak raya hehe. Lagu 'Selamat Hari Raya' pulak tu ...dan walaupun nada bunyi macam ringtone henfon Nokia 3310 tapi tetap menghiburkan sesiapa yang mendengarnya.

Dulu kalau aku tak mampu nak beli kad raya berlagu ni, aku just pergi kat rak kad tu dan amik sekeping dan buka hehe. Sekadar nak dengar lagunya pun jadi ler! hehe. Tapi takleh dengar lama-lama takut akak cashier perasan. Dah buka satu kad .. buka yang lain pulak huhu. Kad raya biasa tuk kengkawan ... kad raya berlagu untuk ehem ehem la hehe. 




Tapi ada satu kad ucapan ni yang betul-betul buat ibu tergelak besar bila baca ucapan dia. Ini kad ucapan hari lahir ke atau kad minta maaf? haha. Garang benar ke ketua kelas korang ni? haha. Beria benar kawan kakak minta maaf dalam ucapan dia. 

Walaupun ejaan tunggang langgang tapi kad yang dibuat sendiri oleh kawan kakak ni memang nampak sangat keikhlasan dia. 

Terharu acik .... :)


You Might Also Like

5 pengomen comel

  1. sweetnya kawan kakak tu...teringat kan dulu2..kad ucapan,kad raya,bangga seh dapat yang ada lagu..hehehe

    ReplyDelete
  2. waaa...
    untung aka dapat meber cmtu..
    uncle shark x pnah dapat skolah dulu..
    hahaa..
    comel sungguh spelling diorg tu.

    ReplyDelete
  3. Comelnya kad tu. Berlampu2 hehehehe

    ReplyDelete
  4. Amboii kemain kad berlagu lg.. Budak2 sekrg mengalah kita dulu2 kan anim... :)

    ReplyDelete
  5. Alahai... Pndai betul berkwan dan hargai kawan ni..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM