Ikan Goreng Bercili

Monday, April 06, 2015


Assalamualaikum!


Baru je aku perabihkan stok ayam kampung yang mak kirimkan aku minggu sebelum tu, so aku fikir hari cuti-cuti gini aku nak masak lain pulak dah. Jemu gak tekak ni dok balun ayam pastu daging pastu ayam pastu daging! Tapi aku ni tak jugak bertambah-tambah dagingnya wakakakaka! :p

So, pagi-pagi Sabtu tu aku kasi setel kain baju sekolah anak-anak dan kasut sekolah diaorg dulu. Cuaca pun cukup 'cantik' dan cerah pagi tu, memang sesuai jemur baju awal-awal ni. Suruh diaorg mandi dan siap-siap temankan aku ke kedai. Opkos kalau dah temankan ibu kenala ada upahnya ....grrrr hahaha.

Sampai kat kedai Zam .... "Nak makan ape yek?" ... budak-budak diam. Tau dah diaorg memang tak minat bab-bab lauk pauk ni. Yang diaorg pandang ...tu ..... peti sejuk aiskrim! Grrrr .... haha.



Anyway, aku cakap kat kakak dan adik, "ibu beli ikan la yek. Buat goreng bercili satu, goreng kunyit tuk kakak dan adik satu ....ok tak?" Pastu Mira menyampuk, "buu..ikan yang kecik ni ibu goreng tau ...takmo cili" hahaha see! awal-awal dah order takmo cili ...adeh ....

So ok la, aku amik ikan 'uji rashid' 2 ekor untuk goreng bercili dan 3 ekor ikan sardin untuk goreng kunyit. Perghh ...lama dah aku masak ikan goreng bercili macam ni. Teringat aku kat masakan mak, ni kalau makan nasi ngan ikan goreng bercili wajib ada sup bayam merah! Perghh ... kesedapannya terserlah! Pastu terus membongkang tido sampai ke petang seperti dugong kekenyangan! haha.

Untuk lauk budak-budak aku gorengkan ikan dan buat sup suhun. Nak goreng telur tak 'laku' pulak huhu. Kicap mesti ada ...! adeh .... hehe.

Sekejapan je ikan goreng bercili aku habis! Sorang amik sekor ..kenyang sampai ke malam haha. Sambalnya aku tak buang lagi so aku simpan ... sayang .... membazir je kalau dibuang sambal yang sedap ni. Ape benda aku nak letak dalam sambal ni yek?

Esoknya aku goreng telur mata kerbau dan campurkan dengan sambal goreng ikan ni .... perghhh! Mula la 'meroyan' tekak aku ni ... hehehehe.


You Might Also Like

4 pengomen comel

  1. uih...itu pun dah sedap anim,lagi pulak makan nasi panas² kan

    ReplyDelete
  2. Btl tu Kak..jgn di bazir blh campur dgn telur memg sdp hhehe

    ReplyDelete
  3. Kalau anak2 saya suka ikan goreng cili tu..makan bertambah2 tau..:)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM