Rileks Ibu ... Rileks!

Thursday, April 23, 2015


Assalamualaikum!


Semalam boleh pulak dia buat 'drama' swasta dengan ibu. Kesnya, kakak dia duduk rapat ngan dia dalam kete kat seat belakang. Pastu dia marah kakak dia suh ke sana sikit ... sempit katanya. Yang kakaknya pi marah balik sebab tak puas hati adik tu cakap sambil marah-marah begitu. Aku yang duduk di depan ni pun 'panas' telinga dengar dia kata gitu kat kakak dia. So, aku pun cakap leklok kat dia jangan marah kakak begitu .... cakap leklok ngan kakak. Bila aku cakap macam tu, boleh pulak dia sentap kata kita tak sayang dia, sayang kakak aje hohoho ...

Hurm .... ni baru dua orang! Dan disebabkan kedua-duanya perempuan la maka aku kena hati-hati selalu. Kena pandai tackle perasaan mereka dan bermain dengan psikologi! Adeh .... aku ni bab-bab tackle perasaan ni yang lemah ni huhu. Kalau ngan anak lelaki tak tau la camna nak handle ni hehe. . Kang kalau kita layan lebih adik sikit, si kakak merajuk. Kalau kita manja skit ngan kakak, si adik buat muncung itik berak kapur ..! huhu.

Kakak dia punyela cuba sedaya upaya bersabar dengan kerenah adik. Memang aku tengok dia banyak berubah sekarang ni. Kalau dulu, adik marah dia .. dia marah adik balik siap jerit-jerit lagi. Tapi lepas aku try bincang leklok face-to-face dengan dia seorang dalam bilik hari tu ....you know, mother-daughter session ..... dan akhirnya dia dah boleh kawal suara dan cuba bertahan untuk tidak memarakkan 'api' yang sedang marak! hehe ...perlahan-lahan la but improving huhu.

Sayang kakak ....<3




So, bila Mira dah sentap ngan ibu, ibu takleh nak cakap apa melainkan berdiam diri sekejap. Dari dalam kete dak bercakap apa pun dengan dia...sebab kalau aku cuba untuk pujuk atau provoke dia lagi atas kesalahan yang dia buat, dia akan semakin 'mengganas' ... hehe. So better ibu diam ....

Sampai di rumah pun aku still berdiam diri. Nak tengok apa yang akan dia buat seterusnya. Bukan sebab aku ego atau nak dia mengalah dulu, cuma nak dia belajar bagaimana untuk mengakui kesilapan diri dan belajar minta maaf. Tak guna aku membebel marah-marah pun kalau akhirnya dia masih tak dapat terima dan akui kesilapan sendiri....

Dan jangkaanku tepat ... akhirnya dia datang peluk aku di dapur malam tadi. Tu cara dia minta maaf la tu ...hehe. Style Mira.. marah macam mana pun dia lepas tu dia akan cari kita balik. Time buat homework, dia hulur tangan sambil ucap, "Bu ... adik minta maaf ...." dan cium tangan dan pipi aku.....alhamdulillah ...




Pagi tadi Mira request ayahnya untuk hantar dia sampai ke depan pagar sekolah. Hurmm .. elok la tu, begilir-gilir ngan ibu hehehe. Mood kembali ceriaaaaaaaa ......!



You Might Also Like

2 pengomen comel

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM