Sekolah Rendah
Tuesday, April 26, 2016
Jom Borong Alat Tulis Murah STAEDTLER "FAMILY & FRIENDS"!
Assalamualaikum!
Wowweeeee! Jualan murah macam ni lah yang sekian lama ibu tunggu! Sejak kakak masuk darjah 1 lagi ibu dah alami kemurungan sebab alat tulis diaorang tak pernah yang cukup dalam seminggu tu haha ...
Awal tahun lengkap dengan kotak pensilnya, alat tulisnya, pemadamnya, pembaris sorang satu ... tapi masuk minggu ke dua ... hilang tanpa dikesan! Bila kita tanya, kawan dia pinjam la ... tak ingat letak mana la ... kawan belah dua pemadam tu la ... macam-macam lagi laaaaaa! adehh ...T_T
Paling kritikal ... pensil warna! Beli 12 batang, bawa balik 10 batang la ... 9 batang la ... lepas seminggu ada yang pendek, ada yang dia tertukar dengan kawan punya la ... haihh dari awal tahun sampai nak habis sekolah ibu punya stres tak turun gara-gara pensil warna anak! haha ..
Kelmarin cikgu kelas hantar gambar ni dalam WhatsApp .... wow! terlajak murah dah ni! Mula la #SindromMakMak merasuk diri ini haha ... heyyy, alat tulis STAEDTLER ok! Bukan cikai punya jenama tau. Memang hajat dihati ibu nak borong alat tulis ni, tu pun kalau ayahnya sudi nak bawa ibu ke sana hehe. Kakak dan adik kan suka mewarna ... terutama kakak! Memang sejak kecil, mewarna adalah aktiviti yang dia paling suka!
Jualan murah STAEDTLER "FAMILY & FRIENDS" ini hanya berlangsung selama 2 HARI SAHAJA! So, mak-mak sekelian sila kunci tarikh anda pada 5 & 6 Mei 2016 ini ye. Harap-harap hari bekerja tak ramai orang yang serbu jualan murah ni nanti heeeee :D ...